Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, April 20, 2021

JUADAH BERBUKA PUASA.... RESEPI MEE KARI.. By Fadzlina Rahman

 RESEPI πŸ…ΌπŸ…΄πŸ…΄ πŸ…ΊπŸ…°πŸ†πŸ…Έ.. By Fadzlina Rahman

-------------------------
mee kari - picture from google

Bila tiba bulan Ramadhan.. pasti la kita nak juadah berbuka kita special sikit.. lain dari yang lain...

Lebih-lebih lagi bila semua anak kita berpuasa dan mengharapkan kita menyediakan juadah yang istimewa sedikit berbanding kebiasaan.

Memandangkan Pandemik COVID-19 ni belum tamat lagi, Kak Nova lebih memilih untuk tidak ke Bazaar Ramadhan.

Hari Pertama Berbuka Puasa.. Kak Nova sediakan kurma, buah-buahan, mee kari, nasi dan udang sambal aje ... (nasi dan udang adalah pilihan jika ada yang nak makan nasi sewaktu berbuka)...

Kak Nova start masuk dapur jam 5.45 petang dan by the time berbuka puasa.. semuanya selamat terhidang... dengan penuh kasih-sayang πŸ˜‰

Ini adalah resepi Mee Kari Kak Nova yer.. 

◉ 1 kg mee kuning
◉ 500gram ayam dipotong kecil
◉ 300 gram udang
◉ 3 keping kek ikan (fish cake)
◉ 10 biji bebola ikan (fish ball)
◉ 4 sudu besar serbuk rempah kari (Kak Nova guna babas)
◉ 2 sudu besar serbuk cili (Kak Nova guna babas)
◉ Santan Kotak

Bahan untuk ditumis - Bahan A:
◉ 1 batang kayu manis
◉ 3-5 biji buah pelaga
◉ 2-3 kuntum bunga lawang
◉ 2 tangkai daun kari

Bahan untuk diblend (dikisar) - Bahan B:
◉ 4 biji bawang merah
◉ 6 ulas bawang putih
◉ 1 inci halia
◉ 1 batang serai (dihiris nipis)
◉ 2 sudu besar udang kering (rendam hingga lembut)

Bahan hiasan (takde pon takpe.. ada lagi baik):
◉ 4 biji telur rebus (dipotong 4 - sebab saya guna telur AAA)
◉ 2 tangkai sawi - potong dan rebus
◉ bawang goreng
◉ limau kasturi - dipotong 2
◉ taugeh
◉ cili merah
◉ tauhu kering goreng

Cara Penyediaan:
1. Panaskan air sehingga mendidih (celurkan mee dan angkat)
2.Panaskan minyak - tumiskan Bahan A sehingga naik bau. Kemudian, masukkan Bahan B dan pes rempah kari. Kacau rata sehingga agak garing dan pecah minyak. 
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih. (kalau guna santan kotak.. boleh lah masukkan air aje kat stage ni).
4. Masukkan santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor (kalau takde kerang pon takpe.. pon sedap πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Pastu... kalau korang guna santan kotak, korang boleh la tuang santan tu kat stage ni... )
5.  Perasakan dengan garam dan gula cukup rasa.
6. Hidangkan Mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
7. btw, jangan lupa angkat asam gelugor bila kuah dah ada rasa masam-masam sikit.. untuk elakkan kuah jadi terlebih masam.


Sekian... selamat mencubaaaaaa


       Luv








Monday, May 11, 2020

KEK PISANG KUKUS GUNA BLENDER 🍰🍰🍰... by Fadzlina Rahman

KEK PISANG KUKUS GUNA BLENDER 🍰🍰🍰... by Fadzlina Rahman

-----------------------



Okla... musim-musim PKP ni, akan ada banyak masa untuk buat kek la.. kuih la... try resepi baru la.. dan macam-macam lagi.

Kebetulan, kat belakang rumah ada pisang... jadi, daripada membazir.. baik la kita buat kek pisang.

Tambahan pulak, anak-anak memang suka kek pisang ni... So, biar Ummi dia cuba lah...

Ummi malas nak keluarkan mesin pengadun... so, Ummi decided nak pakai blender aje.. hehehe...

OK, korang nak tahu tak cara-cara nak buat kek pisang pakai blender? Meh sis share...

Bahan-bahan:

🌟 1 Biji Telur Gred A
🌟 1/2 Cawan Gula Pasir
🌟 1 Cawan Minyak Masak
🌟 1 Sudu Teh Esen Vanilla
🌟 5 Biji Pisang (Biasanya orang pakai pisang berangan. Tapi, sis pakai pisang belakang rumah aje... hehe)
🌟 1 Sudu Teh Baking Powder
🌟 1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
🌟 1 1/2 Cawan Tepung Gandum

Cara Memasak:

🌟 Masukkan telur dan gula ke dalam blender dan kisar hingga kembang. Anggaran kisaran adalah 5 minit.

🌟 Kemudian, masukkan minyak dan esen vanila. Kisar sekejap.

🌟 Seterusnya, masukkan pisang yang telah dilenyek. Kisar lagi. Tips : Untuk dapatkan kek pisang yang berurat, kisar selama 1 minit sahaja.

🌟 Dalam bekas yang lain, ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.

🌟 Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar tadi. Kaup balikkan hingga sebati dan rata.

🌟 Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang telah disapu dengan minyak. Letakkan kepingan pisang di atasnya. Tips : Jangan letak hirisan yang tebal sebab takut pisang tenggelam.

🌟 Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. 
Tips : Cucuk kek dengan lidi. Jika lidi licin dan tak melekat, itu petanda kek sudah masak.

🌟 Sedia untuk dinikmati


Sis guna Pengukus Noxxa. Senang banget....


Pengukus Noxxa - memudahkan hidup ku ❤❤❤

Pandangan atas - kek pisang.. Alhamdullillah, jadi.

Jadi, apa tunggu lagi? Korang boleh try untuk resepi berbuka petang ni... senang kan.. lom sempat berpeluh, dah siap....

Selamat Mencuba tau!

ps : resepi ni sis ambik dari blog rasa.my




Monday, November 14, 2016

RESEPI MIN KAFFE TIRAMISU...

RESEPI MIN KAFFE TIRAMISU...
🍡🍡🍡🍡🍡🍡🍡🍡





Bahan-bahan yang diperlukan:

Min Kaffe - 1 peket
Air panas - 1 cawan
Esen Vanila - 1 sdk
Telur Kuning - 3 biji
Gula Kastor - 1/4 cawan
Keju Mascarpone - 250 gm
Gula aising - 1/4 cawan
Krim Putar - 175ml
Biskut Italian Lady Fingers - 18-20 keping
Serbuk Koko (untuk hiasan)
Bar Cokelat (untuk hiasan)

Cara Penyediaan:

- Bancuh Min Kaffe dengan air panas di dalam mangkuk sehingga larut. Kacau sebati dan biarkan sejuk
- Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Pukul kuning telur dan gula kastor di atasnya menggunakan kaedah double boiler. Ketepikan dahulu.
- Pukul krim putar, gula aising dan esen vanila sehingga menjadi "soft peak" - apabila adunan mula memekat tetapi tidak terlalu kental.
- Di dalam mangkuk yang lain, campurkan keju mascarpone, bancuhan telur dan bancuhan krim putar. Kacau hingga rata.
- Celup Biskut Italian Lady Fingers ke dalam bancuhan Min Kaffe. Susun di dalam dulang pembakar. Tuangkan campuran keju dan ratakan menutupi semua Biskut Italian Lady Fingers yang telah disusun. Sejukkan di dalam peti ais selama sekurag-kurangnya 4 jam.
- Hiaskan dengan kepingan cokelat yang dihiris bersama-sama taburan serbuk cokelat.
- Min Kaffe Tiramisu sedia untuk dihidang.

Source : πŸ«

Selamat Mencuba!

Saturday, October 3, 2015

RESEPI APAM BERAS KAK JUNE... By Fadzlina Rahman

RESEPI APAM BERAS KAK JUNE... By Fadzlina Rahman


Salam Semua... Hari ni hari Ahad... hujung minggu... daripada duduk sesaja kat rumah... baik spend masa sikit dengan anak-anak... Almaklum... 5 hari dah kerja... keluar matahari lom keluar lagi... balik rumah plak bila matahari dah tersumbat kannnn.....

Malam pulang rushing nak siapkan makan anak2, ajar anak2 mengaji, buat kerja sekolah... lepas tu tidur... tak dan nak spend masa buat kerja together-gether macam nih dengan mereka...

Oh ya... Resepi ni, saya ambik dari June Ahmad.... resepi dia memang mudah dan senang nak follow....

Try la follow dia kat FB as June Ahmad...

Nih ha resepinya....

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula (boleh dikurangkan)
1 pek yis mauripan (11 gram)
*** gaul semua bahan & ketepikan

2 cawan nasi sejuk + 3 cawan air
*** blend hingga hancur dan halus

Cara:
Masukkan nasi yang diblend tadi ke dalam bahan tepung...
Gaul sebati dan biarkan perap sekurang-kurangnya 1 jam...
Boleh diwarnakan ikut kesukaan...
Masuk dalam acuan @ loyang kukus dalam 45 minit atau sehingga masak...
Kalau acuan kecil2, kukus lebih kurang 20 minit...

** acuan perlu disapu minyak dahulu supaya apam tidak melekat pada acuan

** tudung periku pula perlu dibalut dengan kain supaya wap tidak jatuh pada apam

Bahan-bahan ni diadun oleh anak saya yang darjah satu tu...

Tenkiu June Ahmad sebab share resipi ni... Sekarang, anak2 saya pun dah reti buat & nak bisnes kat kawan2 plak katanya... ekekeke...

Panjang pahala awak June Ahmad... terima kasih...

Nih ha... hasil hari ni oleh chef2 cilik saya... yang akan menjadi jutawan muda yang patuh syariah pada masa depan nanti... Insyaallah.....

Okla... first try kannnn.... boleh improve dari masa ke semasa nanti....


luv - fazz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...