Monday, May 11, 2020

KEK PISANG KUKUS GUNA BLENDER 🍰🍰🍰... by Fadzlina Rahman

KEK PISANG KUKUS GUNA BLENDER 🍰🍰🍰... by Fadzlina Rahman

-----------------------



Okla... musim-musim PKP ni, akan ada banyak masa untuk buat kek la.. kuih la... try resepi baru la.. dan macam-macam lagi.

Kebetulan, kat belakang rumah ada pisang... jadi, daripada membazir.. baik la kita buat kek pisang.

Tambahan pulak, anak-anak memang suka kek pisang ni... So, biar Ummi dia cuba lah...

Ummi malas nak keluarkan mesin pengadun... so, Ummi decided nak pakai blender aje.. hehehe...

OK, korang nak tahu tak cara-cara nak buat kek pisang pakai blender? Meh sis share...

Bahan-bahan:

🌟 1 Biji Telur Gred A
🌟 1/2 Cawan Gula Pasir
🌟 1 Cawan Minyak Masak
🌟 1 Sudu Teh Esen Vanilla
🌟 5 Biji Pisang (Biasanya orang pakai pisang berangan. Tapi, sis pakai pisang belakang rumah aje... hehe)
🌟 1 Sudu Teh Baking Powder
🌟 1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
🌟 1 1/2 Cawan Tepung Gandum

Cara Memasak:

🌟 Masukkan telur dan gula ke dalam blender dan kisar hingga kembang. Anggaran kisaran adalah 5 minit.

🌟 Kemudian, masukkan minyak dan esen vanila. Kisar sekejap.

🌟 Seterusnya, masukkan pisang yang telah dilenyek. Kisar lagi. Tips : Untuk dapatkan kek pisang yang berurat, kisar selama 1 minit sahaja.

🌟 Dalam bekas yang lain, ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.

🌟 Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar tadi. Kaup balikkan hingga sebati dan rata.

🌟 Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang telah disapu dengan minyak. Letakkan kepingan pisang di atasnya. Tips : Jangan letak hirisan yang tebal sebab takut pisang tenggelam.

🌟 Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. 
Tips : Cucuk kek dengan lidi. Jika lidi licin dan tak melekat, itu petanda kek sudah masak.

🌟 Sedia untuk dinikmati


Sis guna Pengukus Noxxa. Senang banget....


Pengukus Noxxa - memudahkan hidup ku ❤❤❤

Pandangan atas - kek pisang.. Alhamdullillah, jadi.

Jadi, apa tunggu lagi? Korang boleh try untuk resepi berbuka petang ni... senang kan.. lom sempat berpeluh, dah siap....

Selamat Mencuba tau!

ps : resepi ni sis ambik dari blog rasa.my




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...