Tuesday, October 20, 2020

HIBAH TAKAFUL SEHINGGA RM4 JUTA TANPA MEDICAL CHECKUP ‼‼‼ By Fadzlina Rahman

HIBAH TAKAFUL SEHINGGA RM4 JUTA TANPA MEDICAL CHECKUP ‼‼‼

By Fadzlina Rahman

-------------------------------------





Nak buat HIBAH TAKAFUL juta2 untuk orang yang tersayang tapi malas nak buat medical checkup 😵😵😵⁉⁉⁉

.
Ha! Inilah masanya ‼‼‼
.
Sekarang ada PROMOSI HIBAH TAKAFUL HINGGA RM4 JUTA TANPA MEDICAL CHECKUP!
.
Promosi TAMAT 31.12.2020!!!
.
Promosi ini SAH untuk pelan berikut:

❤ Pelan I GREAT NEO


Apa KELEBIHAN I-GREAT NEO ini?

1) Accidental Benefits up to 4 times Basic Sum Cover 
2) Maturity Benefit ✅
3) Loyalty Benefit 
4) Maturity Booster Benefit 
5) Savings 

Sangat berbaloi-baloi!!!

Ambil plan ini dan jadikan ianya sebagai :
- Retire Plan anda atau
- Legacy Plan anda atau
- Mortgage & Credit Management Plan anda atau
- Critical Illness Coverage & Continuos Protection Plan anda!

Apapun keperluan anda, PM cepat2 untuk grab PELUANG KEEMASAN ini!
.
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan itu lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" - Hadis Riwayat Bukhari
.
.



                Assistant Unit Manager
                Great Eastern Takaful Berhad






Sunday, October 18, 2020

U-TUBER By Fadzlina Rahman

 U-TUBER By Fadzlina Rahman

-----------------------

Kalau nak dikira... memang lah nak jadi u-tuber jugak sebab nampak seronok bila tengok orang share resepi lah.. share tips la.. share picture travel lah... Share video travel lah.. macam-macam yang mereka share...

Tapi, nak jadi u-tuber kena ada content. Kalau sebarang aje pun orang pun bosan jugak kannnnn

Dengan effort yang ada.. anak Kak Nova.. si Aqeela ni.. design kan satu video sebagai starter... dia berharap, Kak Nova dapatlah upload video tersebut ke dalam you tube.

Nak tak nak, kena la Kak Nova upload untuk tidak mengecewakan Aqeela dan menghargai segala effort yang si kecik ni buat untuk Ummi dia....

Jap, Kak Nova share... Korang... jomla follow Kak Nova di u-tube as well. Yang dah terer buat u-tube.. boleh la share ngan Kak Nova tips untuk dapatkan banyak like and views... & kalau korang tahu ada orang yang buat kelas u-tube.. jom la share ngan Kak Nova yerrrrr...







Yang nak jenguk-jenguk u-tube Kak Nova boleh la tekan sini yer.... terima kasih korang sapot! Sayang korang ❤❤❤ 





Fadzlina Rahman

56 JENIS PENYAKIT KRITIKAL (PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL PALING LUAS DI MALAYSIA)!!! By Fadzlina Rahman

 56 JENIS PENYAKIT KRITIKAL (PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL PALING LUAS DI MALAYSIA)!!! By Fadzlina Rahman

-------------------------------

🆆🅾🆆❗❗❗ 
Jangan tak percaya bahawa Great Eastern Takaful (GETB) adalah satu-satunya syarikat takaful yang memberi perlindungan Penyakit Kritikal Paling Luas di Malaysia! Ini betul-betul! Ini bukan bohong okayyyyy....

Kerana apa???
Kerana kami mendengar anda! Kami mendengar suara hati anda! Kami sedang berusaha untuk membantu anda!

Kami memberi 2 jenis perlindungan untuk Penyakit Kritikal ini.. kita namakan sebagai:
1) i-Early Lifetime Critical Illness Benefit
- ni macam kalau kanser to Stage 1 and 2 la... 
2) i-Lifetime Critical Illness Benefit - ni macam kalau kanser dah Stage 3 and 4

Walaupun anda ada pilihan untuk tidak mengambil manfaat Penyakit Kritikal ini... tapi, anda adalah sangat digalakkan untuk mengambilnya...


Hehe.. paham ke? Ha! Kalau tak paham.. boleh call saya terus kay... apa maksud yang saya nak sampaikan tu yer... 😁😁😁


BTW, bersama-sama ini saya sertakan senarai 56 Penyakit Kritikal yang dilindungi oleh GETB untuk rujukan anda yer...


A) 40 PENYAKIT KRITIKAL (TEMPOH MENUNGGU 30 HARI)





B) 5 PENYAKIT KRITIKAL (TEMPOH MENUNGGU 60 HARI)




C) 11 PENYAKIT KRITIKAL KANAK-KANAK 1-18 TAHUN (TEMPOH MENUNGGU 30 HARI)




Perlindungan Penyakit Kritikal ini... anda boleh attachkan di mana-mana plan I Great Evo atau I Great Neo.

Saya ada bercerita tentang I Great Evo saya di post saya terdahulu di sini.

Baiklah... nanti kita cerita lagi tentang manfaat-manfaat perlindungan yang diberikan oleh GETB ini kepada anda... stay tune with me okay 💋💋💋!


Fadzlina Rahman
Assistant Unit Manager
Great Eastern Takaful Berhad
0137461811

Thursday, October 15, 2020

KALIS INFLASI.... UNLIMITED ANNUAL LIMIT... UNLIMITED LIFETIME LIMIT!!! ON TAK ON??? By Fadzlina Rahman

KALIS INFLASI! UNLIMITED ANNUAL LIMIT... UNLIMITED LIFETIME LIMIT!!! ON TAK ON??? By Fadzlina Rahman

---------------------------

Dengan kata lain, 

Had Kos Perubatan Tahunan = TIADA HAD
Had Kos Perubatan Sepanjang Hayat = TIADA HAD

Medical Card ini juga KALIS INFLASI (InsyaAllah).. 

Semuanya ada di dalam Plan Perlindungan Perubatan semestinya dari Great Eastern Takaful (GETB)

Alhamdullillah, GETB telah memperkenalkan Plan yang terbaik seiring dengan keperluan masyarakat masa kini...

Selain dari memberi perlindungan TANPA HAD, GETB juga memberi perlindungan sebanyak 56 jenis penyakit kritikal sedari dari kanak-kanak berusia 14 hari.

Banyak kan?


APAKAH JENIS PERLINDUNGAN/MANFAAT YANG ADA DI DALAM I-GREAT EVO?




Manfaat-manfaat Utama :

❤ Manfaat bermula dengan caruman serendah RM50
❤ Perlindungan Lanjutan Automatik
Manfaat Perlindungan Hilang Upaya Penuh & Kekal dan Kematian

Manfaat-manfaat Tambahan pula adalah seperti berikut :

🎁 Manfaat Ihsan, Matang dan Kemudahan Tidak Luput 
🎁Perlindungan Penyakit Kritikal Paling Luas di Malaysia (🆆🅾🆆❗)
🎁 Perkhidmatan Bakal Haji, Waqaf dan Hibah

Untuk semua pelanggan saya, sebutharga anda saya sertakan dengan rider pengecualian caruman. Maknanya apa? Maknanya penggunaan kad adalah percuma sekiranya 
- pemegang sijil ditimpa musibah/diduga dengan salah satu 44 penyakit kritikal yang tersenarai
- pemegang sijil diuji dengan TPD (Hilang Upaya Kekal) 
(terms and conditions applied)

Perlindungan yang kami beri ini betul-betul TANPA HAD TAHUNAN, TANPA HAD SEUMUR HIDUP DAN KALIS INFLASI!!!

CEPAT DAPATKAN PLAN I-GREAT EVO #igreatevo UNTUK JAMINAN PERLINDUNGAN PLAN PERUBATAN YANG TERBAIK YANG KAMI ADA!

pm sekarang!!!! 

Fadzlina Rahman
Assistant Unit Manager
Great Eastern Takaful Berhad
0137461811

Wednesday, October 7, 2020

PKPB DI KLANG BERMULA 9.10.2020 By Fadzlina Rahman

 PKPB DI KLANG BERMULA 9.10.2020 By Fadzlina Rahman

--------------------


PKP lagi.... Ye! PKP lagi bermula 09.10.2020 selama 14 hari❗❗❗


Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media telah mengumumkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah serta Klang, Selangor berkuatkuasa 12.01 tengah malam 09.10.2020 ini.


Sumber Gambar : Google



Ini adalah untuk membendung jangkitan Covid19 di kawasan Klang ini ekoran jumlah kes jangkitan yang semakin meningkat setiap hari... 


Kali pertama PKP ialah bulan March lepas... bermula 18.03.2020. Lepas tu, hidup sebagai norma baru bermula 01.07.2020. Dan esok, akan ada PKP lagi! 


Cuma, kali ini PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)...


Bukan ini yang kita mahukan... kita bertungkus lumus mematuhi peraturan dan syarat ketat kerajaan bermula Bulan Mac lepas... Kita berasa lega bila virus Covid19 ini mula terkawal...


Tetapi, dek kerana ada insan yang terlupa, virus ini mula tersebar semula... Segala usaha kita mengasingkan diri betapa di rumah masing-masing berbulan-bulan lamanya menjadi hampir sia-sia.... Ingatlah tuan-tuan, Kita Masih Belum Menang !!! 😢😢😢


Jomla bekerjasama .. berganding bahu.. kerana kita perlu melakukannya bersama-sama... Kita jaga diri kita, kita jaga keluarga kita!


fadzlinarahman




Friday, September 11, 2020

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS CONVENTIONAL by Fadzlina Rahman

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS CONVENTIONAL by Fadzlina Rahman






TAKAFUL vs INSURANS

Terdapat beberapa perbezaan yang mendalam di antara kedua-dua sistem ini:

1) KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI


TAKAFUL:
Kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarruk (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah)

INSURANS:
Kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak penukaran (jual dan beli) antara penanggung insurance dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan). 


2) TANGGUNGJAWAB PEMEGANG POLISI

TAKAFUL:
Peserta takaful yang membuat caruman ke dalam skim ini saling menjamin sesama sendiri.

INSURANS:
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.


3) LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL

TAKAFUL:
Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali takaful.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta, pengendali takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan.


INSURANS:
Penanggung insurans bertanggugjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.


4) PELABURAN KUMPULAN WANG

TAKAFUL:
Caruman yang diterima akan hanya dilabur dalam instrumen yang memenuhi syariah

INSURANS:
Tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan.


Secara dasarnya, TAKAFUL adalah produk PATUH SYARIAH. Sebagai orang Islam, kita wajib mengambil produk takaful berbanding insurans konvensional.

Ianya boleh diringkaskan kepada jadual berikut:




Semoga Bermanfaat.

Fadzlina Rahman
Aspirant Unit Manager
Great Eastern Takaful Berhad
0137461811



 

Thursday, July 23, 2020

MLTT vs MRTT by Fadzlina Rahman

MRTT vs MLTT



Apa yang anda faham dengan MRTA?
Apa pula yang anda faham dengan MLTA?
Apa yang anda faham dengan MRTT?
Apa pula yang anda faham dengan MLTT?

MRTA = MRTT
MLTA = MLTT 

Apakah perbezaan di antara MRTA/MLTT dan MLTA/MLTT.

MRTA  adalah Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT adalah Mortgage Reducing Term Takaful

sementara

MLTA  adalah Mortgage Level Term Assurance
MLTT adalah Mortgage Level Term Takaful





Perkataan Reducing, Level, Assurance dan Takaful itulah yang membezakan plan yang kita ambil itu.

Bahasa yang mudah difahami, perkataan assurance merujuk kepada insurance conventional sementara perkataan takaful merujuk kepada insurance islamic yang patuh syariah.

Orang islam WAJIB mengambil produk takaful kerana ianya memenuhi tuntutan syariah.

Di sini, saya bawakan perbezaan ringkas di antara MLTA/MLTT dan MRTA/MRTT.


𝐏𝐄𝐑𝐁𝐄𝐙𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐑𝐓𝐀/𝐌𝐑𝐓𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐋𝐓𝐀/𝐌𝐋𝐓𝐓


Bank selalunya akan menawarkan MRTA/MRTT untuk melindungi loan rumah anda. Ada yang tanya wajib ke kena ambil MRTA/MRTT? JAWAPANNYA ADALAH TIDAK WAJIB!

Walaupun tidak wajib, bank berhak memastikan pinjaman yang diberikan itu selamat (secure). Oleh itu, yang paling selamat bagi pihak bank adalah memasukkan nilai MRTA/MRTT ke dalam loan/pinjaman rumah anda.

Mungkin anda rasa seperti dipaksa oleh pihak bank, tetapi.. cuba anda fikirkan.. jika berlaku musibah kematian, siapa yang akan bayar baki loan anda kepada pihak bank? Sudah tentu MRTA/MRTT anda itu!

Faham ke faham setakat ini? Faham? OK, saya teruskan....


🅲🅾🅽🆃🅾🅷 : 🅰🅷🅼🅰🅳

Beli rumah dengan harga : RM500,000.00
Ambil MRTA/MRTT : RM15,000.00 (boleh dibayar lumpsum atau masuk ke dalam loan)
Tempoh pinjaman : 30 tahun

Saya pasti, ramai di antara kita malas nak fikir dan pilih MRTA/MRTT untuk dibayar sekali dengan pinjaman/loan... bayar sekali ngan interest 😨😨😨

Andai Ahmad diuji musibah kematian pada tahun ke 15 bayaran pinjaman 😢... Maka, baki loan RM250k lagi akan diselesaikan oleh pihak insurance. Maka, hutang rumah selesai .. dan sebuah rumah Ahmad pun diperolehi....

OK.. fahamkan bagaimana MRTA/MRTT berfungsi?

Seperti yang saya sebutkan tadi, anda tidak wajib untuk mengambil MRTA/MRTT sebab 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 iaitu mengambil MLTA/MLTT. Dan, ramai sekarang yang memilih untuk mengambil MLTA/MLTT!

Dengan mengambil MLTA/MLTT untuk perlindungan loan rumah anda, seharusnya memerlukan komitmen pembayaran secara berkala: iaitu bulanan, suku tahunan, setengah tahunan, atau tahunan.

Plan ini mempunyai nilai simpanan. Yang menariknya tentang plan ini, jumlah nilai simpanan ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan anda bagi menyelesaikan baki loan anda. Justeru, 𝗟𝗼𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶.

MLTA/MLTT ini juga boleh attach anda dengan rider-rider perlindungan tambahan yang lain seperti manfaat penyakit kritikal, manfaat kematian akibat kemalangan dan banyak lagi.

Jika anda adalah penggila hartanah dan mempunyai lebih dari satu rumah, anda boleh pertimbangkan untuk mengambil plan ini memandangkan plan ini (MLTT/MLTA) boleh melindungi kesemua pinjaman loan rumah anda dalam satu plan yang sama.

🅲🅾🅽🆃🅾🅷 🅻🅰🅸🅽 : 🆂🅸 🅹🅰🅼🅸🅻


Hutang rumah Jamil : RM500,000
MLTT yang diambil juga : RM500,000 dengan bayaran RM250 sebulan
Tempoh pinjaman : 30 tahun
Jamil meninggal dunia pada : tahun ke 15 pinjaman
Baki pinjaman Jamil : RM250,000

Isteri Jamil akan terima pampasan kematian Jamil : RM500,000 + cash value (nilai semasa)

Baki pinjaman RM250,000 akan diselesaikan melalui pampasan RM500,000 + cash value. Selepas tolak hutang pinjaman, baki di tangan isteri Jamil masih berbaki RM500,000 + cash value (simpanan).

Perghhhhh.....👏🏾 WOW!!!

𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁, 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗮𝗻𝘁 𝗰𝗮𝘀𝗵 𝗽𝗼𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁! 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻. 𝗜𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝘂𝗿𝘃𝗶𝘃𝗲 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗶𝘁𝘂! 𝗕𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻?

So, fikir-fikir dulu untuk:

💥 Anda si Pengumpul Hartanah...
💥 Suami yang membeli rumah untuk isteri
💥 Anak yang membeli rumah untuk ibu/bapa

Semoga bermanfaat!

Hubungi saya untuk plan MLTT yang hebat!



-Fadzlina Rahman-
Assistant Unit Manager 
Great Eastern Takaful Berhad 





Tuesday, June 9, 2020

BAWAK MAK JALAN VIETNAM... #TRAVELOGFADZLINARAHMAN 🎊🎊🎊

BAWAK MAK JALAN VIETNAM... #TRAVELOGFADZLINARAHMAN 🎊🎊🎊 
----------------------------

Here we go.. Vietnam! Kau tunggu kami datang!!!


Dah lama teringin nak bawak mak jalan2.... Sebelum2 ni memang biasa bawak mak jalan2 dalam negeri... Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pangkor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Cameron Highland, Genting Highland... hmmm... rasanya, Semenanjung Malaysia ni dah merata jugak bawak mak jalan-jalan.. Syukur sebab Allah beri sis rezeki untuk bawak mak jalan-jalan ni.


Sis start bawak mak jalan oversea tahun 2016.... Alhamdullillah... ada rezeki sikit... kita bagi mak happy, Allah akan bagi kita happy juga.. InsyaAllah....

2016 : Bandung
2017 : Padang
2020 : Vietnam


Fadz dan Mak di KLIA2. Baru lepas check point. Time ni la hilang jam MOVADO ku.. uhuk

Actually, plan dah lama dah nak bawak mak pergi vietnam... cumanya perginya aje awal tahun ni....tapi, syukurlah ... Allah permudahkan...



Kami dari KL pada 20 Jan 2020 dan balik dari Vietnam 23 Jan 2020. Sekejap jer.. plan 5 hari 4 malam... dah potong sehari... jadi, macam rushing sikit la...



Berikut adalah itenari perjalanan kami.. kot2 korang ada yang nak pergi sendiri, boleh lah refer untuk masukkan dalam aktiviti korang.

Antara tempat-tempat menarik yang kami sempat pergi :

1. Datanla Waterfalls
2. Dalat Flowers Garden (Taman Bunga Dalat)
3. Crazy House
4. Lang Biang Mountain
5. Strawberry Farm
5. Valley of Love
6. Dalat Market
7. White Sand Dunes
8. Red Sand Dunes
9. Fishing Village
10. Ho Chi Minh (shopping.... yahoooooo)


Day 1 : Dalat (20/1/2020)

Dalat from above

Flight dari KLIA direct ke Dalat, Vietnam. Kami naik Air Asia masa tu.

Kenderaan kami di Dalat
Sesampai di Dalat, kami terus ke Datanla Waterfall.


Datanla Waterfalls

Fadz - infront of Datanla Waterfalls

Mak di depan Waterfall

Hmmm. yang menariknya waterfall ni, nak tengok waterfall kena naik mini roller coaster ... so, nak taknak kena bawak mak naik ni.. kalau tak, mak tak boleh tengok waterfall. 

Fadz dan Mak naik mini roller coaster. Sempat wefie masa ni sebab dari waterfall ke atas, tak payah control brake


Fadz & Mak. Mak tu berani-berani takut tapi, dia enjoy!!!

Mak. Bunga-bunga kat sini cantik macam kat Cameron Highland


Fadz & Mak

Fadz & Mak


Ini kali pertama mak naik benda mengarut ni.. tapi, syukurlah sebab mak tak menangis naik ni pergi dan balik... hahaha

Masa pergi.. sis kena control roller coaster tu. mak dok depan, sis dok belakang... paling tak tahan bila kat selekoh dan laluan sedikit jem... perggghhhh.. rasa macam nak terbalik di buatnya sis control!


Roller Coaster - picture from google

Lepas ke Dalat, kami makan kat Restoren Halal di situ. Ramai jugak jumpa orang kampung (orang Malaysia la tewwww) kat situ.. hehe.

Kampung Pandan Restaurant

Kami makan nasik dan lauk biasa jer macam orang Malaysia makan... hihi...

Kami pergi berlima aje

Lepas tu, kami pergi ke Taman Bunga Dalat (Da Lat Flowers Park).

Mak di depan Taman Bunga Dalat

Fadz & Mak kat Taman Bunga Dalat

Kiranya, suhu Dalat ni macam suhu Cameron Highland. Sejuk-sejuk panas dia macam tu  la lebih kurang...

Fadz

Jadi, bunga-bunga dia memang menjadi betul lah!.. Cantik2 belaka.

Fadz & Mak di Taman Bunga Dalat

Fadz & Mak di Taman Bunga Dalat

Mak... comel lagi Mak ni.. hehe

Petang kami check in dulu hotel. Solat, mandi dan keluar semula untuk makan malam.


Kami makan di sini malam ni. hmmm.. biasa2 jer restoren ni.

Lepas makan, kami direct balik ke Hotel untuk berehat. Tidur dan esok another place to be visited!

Day 2 : Dalat (21/1/2020)

Day 2, kami masih di Dalat.

Kami memulakan perjalanan hari kedua di Crazy House aka Hang Nga Guest House. Reka bentuk nya memang unik dan menarik.

Crazy House - picture from Google


Fadz & Mak di halaman Crazy House

Mak di Crazy House

Fadz & Mak di Crazy House

Mak di dalam Crazy House

Mak di Depan Crazy House

Selepas Crazy House, kami melawat pula Lang Biang Mountain.

Lang Biang

Lang Biang Mountain terletak 2,167m dari aras laut.


Lang Biang

Kenderaan yang membawa kami naik dan turun puncak Lang Biang

Nak pergi puncak Lang Biang, kami perlu naik kenderaan mereka. Apa ke nama kenderaan kaler hijau ni? Jip ke? sebab kenderaan kami rasanya tak mampu nak naik puncak yang tinggi tuh. Kenderaan tu agak tinggi. Jadi, mak susah sikit la nak naik.

Tapi, still manageable. Alhamdullillah.

Fadz & Mak di Puncak Lang Biang

Pemandangan dari Puncak Lang Biang


Pemandangan dari puncak Lang Biang sangat cantik.

Balik dari Lang Biang, kami ke Kebun Strawberi dan  Sayur... nampak segar buah-buahan mereka.. 

Jom nak share gambar buah sat....

Fadz & Emak di Ladang Strawberi









Kami juga ke Valley of Love... Bunga-bunganya cantik-cantik terletak di tengah-tengah Bandar Dalat.

Fadz & Team

Fadz & Emak di Valley of Love


Di sebelah petang, kami ke stesen keretapi - DALAT PLATEAU RAIL ROAD..

Emak ❤

Fadz, Emak ❤ dan Pn Intan

Fadz shopping cenderahati


Day 3 : Dalat to HCM (22/1/2020)

Kami meninggalkan Dalat pada hari ke tiga.

Babai Nguyen Hotel


Perjalanan mengambil masa agak lama kerana kami sempat singgah di:

White Sand Dunes 

Fadz & Emak

Emak ❤

Fadz - angin kuat betul

Red Sand Dunes

Fadz

Dari Seberang Jalan


Fishing Village



sebelum tiba di HCM.

Kami makan tengahari di Restoren Halal di Halal Food Karim.




Lebih kurang jam 8.00 malam kami tiba di HCM dan terus ke Jalan Malaysia untuk shopping di situ.

Membeli-belah memang tak hengat.... hihi. syukurlah, mak suka...

Day 4 : HCM (23/1/2020)

Hari ini adalah hari terakhir kami di Vietnam.

Pagi-pagi kami dah ke pasar Ben Thanh. Dan, sis sempat tempah sepasang baju untuk dijahit dah dihantar ke hotel tepat jam 12.00 tengahari hari tersebut. Power betul!!!


Selepas shopping tak hengat, kami check-out hotel dan melawat Hard Rock Cafe, Pejabat Pos dan Masjid di HCM sebelum pulang ke Kuala Lumpur.


Emak di depan hotel HCM

Emak di depan Masjid HCM

Emak ❤



Kami makan tengahari di airport HCM


Alhamdullillah... so far, mak suka dengan perjalanan ini.  Mak memang nak sangat pergi tempat-tempat macam ni. Cuma, kaki mak sakit sikit la.. tapi, sis kagum sebab semangat mak kuat untuk teruskan perjalanan ini.

Yang sedih sikit, sis kehilangan jam Movado sis bernilai RM4,000 yang sis beli 16 tahun yang lalu. Salah sis sebab sis terlupa nak ambil balik masa check out kat security check point di KLIA2 tersebut. Walaupun sedih, sis redha mungkin rezeki sis dah takde lagi untuk memiliki terus jam tersebut.

Jam sis hilang... hanya tinggal kenangan 


Ok... Nantikan tulisan sis untuk trip Korea dan Aussie yer...

Sayang selalu 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...