Wednesday, May 1, 2019

PUTERI AYU FROZEN.. By Fadzlina Rahman

PUTERI AYU FROZEN.. By Fadzlina Rahman

🍧🍧🍧🍧🍧🍧🍧🍧🍧🍧


Apam Puteri Ayu.. Kuih Puteri Ayu... Kuih yang sama.. nama sedikit berbeza...

Kuih Puteri Ayu Frozen.. sekarang boleh didapati dari Kak Nova... Korang boleh dapatkan yang lembut atau yang frozen... its depends on you!

Harga kedua-duanya sama... cuma, self pickup is advisable untuk semua tempahan ini.

InsyaAllah, Apam Puteri Ayu ini sangat gebu gebas dan rasanya sehingga menjilat jari... πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Untuk keterangan lanjut, boleh la pm Kak Nova segera untuk order 











Sunday, February 17, 2019

MARYAM ... By Fadzlina Rahman

MARYAM ... By Fadzlina Rahman

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺


MARYAM or NEYDA... benda yang sama... re-branding has changed the name from NEYDA to MARYAM.

BTW, khasiat nya tetap sama tau...  Dalam MARYAM ini mengandungi BUNGA SAFFRON, MADU YEMEN dan KURMA.

MARYAM ni sangat sesuai la untuk kanak-kanak, ibu menyusukan, ibu mengandung, lelaki, perempuan dan orang yang mempunyai masalah tekanan darah rendah.

Kelebihan Bunga Saffron, Madu Yemen dan Kurma ada Kak Nova share dalam entry yang terdahulu... boleh klik ==>sini<== untuk info yerrr.... 

OK... ni dia wajah baru MARYAM...


Offer price MARYAM RM50 untuk 2 botol (tak masuk postage) akan berakhir akhir bulan Februari ni tau.... cepat grab...

Normal Price MARYAM RM35 sebotol tau... cepat2 pm Kak Nova tau untuk info lanjut...

Klik kat ==>sini<==

OK... see you ❤❤❤



Tuesday, October 23, 2018

AUSSIE TRAVELOG ... By Fadzlina Rahman

AUSSIE TRAVELOG ... By Fadzlina Rahman

✈✈✈✈✈✈✈✈✈

Baru pun takde la baru sangat... lama pun tak de la lama sangat...Tapi, kira OK kot kalau Kak Nova baru nak share tentang aktiviti melancong Kak Nova bersama-sama keluarga baru-baru ni.... Lokasi kami ialah Aussie...! Bumi Kangaroo!.... Kami memilih Melbourne!



Travelog kami bermula dari 20 Ogos 2018 hingga 27 Ogos 2018. 

=============================

KLIA 2

Tada!!!!!.....

Perancangan kami bermula setahun sebelum tarikh di atas! 

Tempahan tidak melalui agen pelancongan. Justeru, kami memang gagahlah menunggu dan menempah tiket ketika tawaran tambang murah Air Asia mula dibuka.

Bukanlah taknak guna agen pelancongan... cuma, Kak Nova inginkan Kepuasan dan Penjimatan... Cing-cing gitewwww πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«πŸ’«

🌟 lebih penjimatan
🌟 lebih banyak masa bersama anak-anak dan suami
🌟 hanya keluarga Kak Nova sahaja di dalam trip ini
🌟perjalanan yang menggembirakan di mana kesesuaian masa akan di adjust mengikut keperluan semasa
🌟 elakkan tekanan
🌟 ikut suka kami

Yang paling penting, kak Nova inginkan percutian 8 hari ini sangat-sangat bermakna di dalam hidup Kak Nova dan anak-anak.

Takmo stress-stress... gitewwww

Kak Nova share serba-sedikit perkara yang perlu kita ambil peduli sebelum tarikh percutian bermula:

1) Tempahan Tiket Kapal Terbang.

Kalau tak plan untuk tiket ni, nak pergi macam mana kan? hehe....

Total tambang perjalanan 6 orang yang Kak Nova perolehi adalah : RM4,600.00

Senarai ahli : Kak Nova dan Suami - dewasa
Anak-anak : Umur 14, 12, 10 dan 7 tahun

2) Tempahan Bilik/Hotel Penginapan

Kami menempah secara online. Kami memilih untuk tinggal di apartment di pinggir Bandar Melbourne. Yang penting, haruslah tidak jauh dari kemudahan tram dan fasiliti membeli-belah yang lain.. hehe

Rate sehari apartment kami ialah Rm343. Kemudahan apartment :

- 2 bilik
- balkoni untuk aktiviti santai keluarga
- televisyen
- dapur dan peralatan memasak
- peti sejuk
- mesin  basuh
- pengering

Jadi, jumlah keseluruhan penginapan = RM2,400.00

3) Urusan Visa

Untuk urusan visa ni sebenarnya boleh aje mohon sendiri secara online. Tapi, Kak Nova minta ejen buatkan... hehe... ngada tak? korang boleh la email pada eta.australia@yahoo.com... Kos dalam RM20 seorang... So, untuk 6 orang, totalnya RM120 lah... hehe...

4) Persediaan Bagasi

BTW, sebelum pergi tu, Kak Nova cek la suhu kat Melbourne di sini untuk sepanjang tempoh kami di sana. Suhu dalam 15-6 Celcius la katanya.... So, kami prepare la untuk T-shirt dan baju yang agak tebal sikit.... Takde la menggigil nanti. hehe

Kak Nova buatkan list... jadi, semua orang boleh siapkan barang masing-masing. Time ni la kita nak ajar dan nilai anak-anak kita untuk setiap komitmen yang mereka berikan.

Ini contoh list nya... Tidak perlu banyak kerana kita akan recycle semula pakaian tersebut... katanya kan berkelana! ekekeke.... πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Contoh :
- Baju tidur 1 pasang
- baju kecik 2
- seluar kecik 2
- baju travel dan seluar 2 pasang
- baju musim sejuk 1
- stokin 2
- tudung/scarft
- toileteries
- tisu basah

** Sila ambil maklum yer... Kat sana tidak ada pili air... so, korang kena pandai-pandai lah kalau nak ke toilet tu... Kak Nova memang sediakan tisu basah dan botol air mineral kosong... Tisu kering, korang jangan risau... banyak gila...  Kak Nova usung la ke sana ke mari tisu basah dan botol mineral kosong tu... ekeke...

Sebenarnya. percutian kami ni tak sampai RM20k pun termasuk harga tiket dan tempat tinggal. 

OK la pada Kak Nova... kami shopping galak jugak... dan yang paling penting, sambil-sambil shopping untuk diri sendiri tu... kita jadi Personal Shopper sekali.... boleh la cover untuk percutian akan datang nanti... hehe...

Okla... sekian dulu... nanti Kak Nova share lagi aktiviti dan tentatif program Kak Nova yer...

Selamat membaca... 








Thursday, October 11, 2018

Mangga Asam Boi ... By Fadzlina Rahman πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Mangga Asam Boi ... By Fadzlina Rahman πŸ‘πŸ‘πŸ‘

------------------

Hai semua... rindu tak? Lama gak Kak Nova tak menulis nih... ke laut semuanya... Almaklumlah... agak sibuk sikit dengan tugas-tugas hakiki kat opis nuuuu....

Kak Nova ni makan gaji jer... kerja ngan gomen... Kecik2 dulu mak/ayah suruh belajaq pandai2... kerja elok2... jangan sampai macam depa.. kena beri salam kat pokok getah setiap hari... pergi bagi salam kat pokok tu start dari hari gelap... bertemankan cahaya suloh kat atas kepala... tengahari 'teng' baru balik rumah... huhu... Allahu... penatnya mereka...

Tu la pasainya Kak Nova belajaq elok2 sikit... boleh la... InsyaAllah, balas penat lelah depa besarkan dan berabih untuk Kak Nova....

----------------------

Ok la... takmo citer sedih2... Kak Nova cuma nak citer pasai Mangga Asam Boi ni aje sebenarnya.... hehe



 
Itulah... siapa sangka kan? Dari keinginan hendak mencuba, maka lahirlah sebuah ciptaan #krupkrap #manggaasamboifadzlina


Alhamdullillah, permintaan sangat menggalakkan walaupun belum sampai lagi seantero Malaysia ni... 



InsyaAllah, manalah tahu satu hari nanti kan... kalau Allah memberi keizinan, mampulah Kak Nova kembangkan perniagaan itu seantero Malaysia... Korang doakan lah eh...  Hari Jumaat ni, hujan pulak tu... InsyaAllah, makbul doanya... Aminnn

Tapi, tula... nak bisnes ni... Kak Nova struggle jugak cari mangga muda... kadang2 susah banget nak cari... nak nangis pon ada... 

Dah ke namanya #krupkrap kan... takkan la nak buat guna mangga masak pulak kan... huhu...

Dipendekkan cerita, Kak Nova jual #manggaasamboifadzlina ni dalam 3 sizes:

Size S : RM2.50
Size M : RM6.00
Size XL : RM20.00

Size S dan XL

hehe... jangan tanya pasal Size L tau... Size L ni.. belum buat lagik... hehehe

Size S, M dan XL

Kalau ada yang berkenan, nak order dengan Kak Nova boleh la whatsapp Kak Nova cecepat.  Boleh COD di Stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya. Whatsapp dulu sebab selalunya stok Kak Nova selalu licin... Kak Nova buat fresh tau... gigih bangun awal pagi untuk pastikan korang dapat #manggaasamboi tu ber#krupkrap keesokan harinya... gitewwww... 

So, nyamnyam sangat kan.... Apa lagi? Jom pm Kak Nova sekarang... --> whatsapp

See you soon.... huggggg πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•





















Tuesday, September 11, 2018

Ceylon Vs Cassia... By Fadzlina Rahman

CEYLON Vs CASSIA... By Fadzlina Rahman

❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥
PICTURE FROM GOOGLE

Hari ni, Kak Nova nak share berkenaan fakta kedua-dua kayu manis ini.

Dua-dua Kayu Manis... Nampak sama, tapi tak serupa tau...

Kayu Manis Ceylon = TRUE Cinnamon
Kayu Manis Cassia = FAKE Cinnamon

Jom kita tengok perbezaan TRUE Cinnamon dan FAKE Cinnamon nih....



Pendek kata, Cinnamon yang kita buat masak-masak kat rumah (yang ada kat dapur kita tu) ialah FAKE Cinnamon... sesuai digunakan untuk masak-masak. Bertindak sebagai rempah-ratus di dalam masakan kita. So, ia sangat tidak sesuai digunakan sebagai bahan ubatan disebabkan oleh kadar Coumarin nya yang tinggi.

Rujukan lanjut boleh dapatkan di ➣ sini

Kalau nak info lanjut lagi boleh la whatsapp Kak Nova ... kita boleh kenal-kenal dan tukar-tukar ilmu gitewwww...

Tekan sini untuk whatsapp

Kak Nova tunggu yerrr....πŸ’•πŸ’•πŸ’•




Friday, August 31, 2018

TIUB SUSU MANIS UNTUK TRAVEL... BY Fadzlina Rahman

TIUB SUSU MANIS UNTUK TRAVEL... BY Fadzlina Rahman

✈✈✈✈✈✈



Korang... pernah jumpa susu macam ni?

Ni Kak Nova nk bagitahu ni... Susu ni dalam bentuk tube... Sis namakan #TubeTravelSweetCondensedMilk

Sangat mudah nak bawa... terutama yang suka travel dan selalu outstation tu... Nak simpan selepas buka pun senang... Nak bekalkan anak-anak balik ke asrama pun mudah... PicitDanTutup... senang jer. hehe

Kak Nova nak kata... Susu ni murah aje.... Dan yang penting ianya HALAL...


2 tiub cap teapot --> RM10 aje... tak masuk kos penghantaran....

2 tiub cap palace --> RM12 aje.... tak masuk kos penghantaran....

Berminat? Cepat2 pm Kak Nova yer ❤❤❤






Thursday, August 16, 2018

RESEPI DETOX 2 BAHAN KEBABOOOOOM...πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦

RESEPI DETOX 2 BAHAN KEBABOOOOOM...πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦

πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’


Siapa yang tak kenal dengan watak HERO yang ada pada KMC atau Kayu Manis Ceylon ni. Kayu manis yang diimport dari Sri Lanka oleh Casadiab ini memang benar-benar berkualiti dan baik untuk perubatan. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Hari ni, Kak Nova nak share resepi Detox  2 bahan kebabooooom ni dengan korang semua. Resepi ni sangat senang dibuat. Semudah ABC gituuuu. πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰


Bahan-bahan yang diperlukan:

1 liter air
1 biji epal merah dihiris dengan kulit
1 batang stick KMC @ 2 uncang KMC

Caranya:

Campurkan semua bahan di atas dan simpan semalaman di dalam peti sejuk. Minum segelas setiap hari  sebelum sarapan.

Air ni boleh disimpan 2-3 hari.

Siapa yang dah cuba, pasti terasa kebaboooomnya... enak yakmat! Perut LAWAS, badan pun berTENAGA.

Korang, cubalah yer. 

Tapi, pastikan korang gunakan KMC bukan Cassia tau!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...