Sunday, January 28, 2018

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPKK 2017... By Fadzlina Rahman

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPKK 2017... By Fadzlina Rahman

-------------------------------


Keputusan UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA diumumkan bermula hari ini 29/1/2018 (11.00 pagi) hingga 5/2/2018 (5.00 petang).

Link semakan adalah di Semak Keputusan UPKK 2017.

Hati berdebar-debar bila cuba masuk banyak kali tapi tak berjaya... sms pula  masih belum berbalas...

Faham dengan trafik yang sesak di mana ibu/bapa sibuk menyemak keputusan anak masing2.... Ummi cuba berulangkali untuk menyaksikan sendiri keputusan peperiksaan Aneesa....

Akhirnya, sesawang tersebut berjaya Ummi tembusi tengahari tadi.... Alhamdullillah... Tahniah anak Ummi... Syafeeqa Aneesa... 8A !...

Ummi nak share kegembiraan Ummi di dalam blog ini... suatu hari nanti, bila Aneesa dah besar... boleh tengok balik blog ni... 

Ummi nak share betapa bangga Ummi dengan kejayaan anak-anak Ummi.

Jadikan kejayaan ini sebagai permulaan untuk kehadiran kejayaan-kejayaan yang akan datang....

Ummi doakan keseluruhan perjalanan hidup Aneesa dan semua anak-anak Ummi dipermudahkan. 

Ingat! Setiap kejayaan pasti didatangkan selepas usaha yang bersungguh-sungguh, doa dan tawakkal. 

Yang bulat tidak akan datang bergolek... Yang pipih tidak akan datang melayang....

Jangan sombong apabila sudah berjaya nanti kerana apa yang kita ada umpama setitis air dari himpunan lautan di dunia ini... Kita bukan siapa-siapa tanpa bantuan dari-NYA...

Ummi sentiasa doakan yang baik-baik untuk Aneesa dan semua anak-anak Ummi... Semoga terus sukses di dunia dan akhirat.... Aminnnn....






Saturday, January 27, 2018

COZUMA BLUSH PALLETE πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹ ... By Fadzlina Rahman

COZUMA BLUSH PALLETE πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹ ... By Fadzlina Rahman

------------------------------


Blush Pallete aka Palet Pemerah Pipi.

Bila terasa nak glowing2 dengan produk yang berkualiti, Kak Nova cadangkan uol milikilah Blush Pallete ni...

Harga doesn't matter... as long as its approved by KKM... we will not worry anymore.

Di datangkan dengan 2 pilihan iaitu:

1) Cozuma Rosy Pink Blush Pallete
2) Cozuma Sun-Kissed Peach Blush Pallete



Meh sini Kak Nova citer camna nak gunakan pallet ni...

Yang dah biasa tu --> guna macam biasa jerrrr la yer

Yang lom biasa guna.... meh Kak Nova nk tunjukkan caranya... iaitu :

✿ Uol boleh guna satu rona warna sahaja
✿ ATAU dapatkan kesan yang berbeza dengan mengadun dan memadan kan rona-rona warna untuk penampilan yang tampak pelbagai
✿ Sapukan warna Gangsa berdekatan garis rambut, bawah garis rahang dan leher untuk menyerlahkan wajah
✿ Serlahkan bahagian-bahagian 'tinggi' pada wajah seolah-olah memberikannya pantulan cahaya
✿ Sapukan pemerah pada tulang pipi untuk menghasilkan kemasan yang diingini
✿ ...... and... siapppppp... senangkan.


Kak Nova share sikit kelebihan Blush Pallet ni:

πŸ’• Palet ini disediakan di dalam bekas kompak yang mempunyai cermin besar dan berus lembut  yang berkontur

πŸ’• Ia disediakan dari pigmen bermikron dengan ciri melekap termaju yang memaksimakan ketahanan pemerah pipi sepanjang hari dan malam

πŸ’• Setiap rona warna mempunyai polimer sfera asli untuk menghasilkan kemasan yang menyerlahkan kehalusan  dan keseriaan wajah serta kelihatan seperti semulajadi

πŸ’• Rumusan berkilau selembut sutera yang mengandungi mutiara berkemasan silikon yang mudah disapukan serta menyembunyikan garis halus dan kedutan pada wajah dengan setiap sapuan

πŸ’• Tekstur ringan berkrim dengan warna yang mudah diadun dan meluncur halus pada wajah untuk menghasilkan pelbagai gaya kemasan yang diingini

πŸ’• Rona warna universal dan versatil iaitu Gangsa. Penyerlah dan pemerah yang menepati semua warna kulit

πŸ’• Tanpa paraben

πŸ’• Tanpa sulfat

πŸ’• Tanpa minyak mineral

πŸ’• Tanpa phthalates

Kak Nova share sikit harga satu set yer.... hello2 Kak Nova cepat yer.... ☎☎☎

Harga SM = RM83.00 per set (tidak termasuk pos)
Harga SS = RM86.00 per set (tidak termasuk pos)

Kak Nova tunggu yerrrrrrrrrrrrrr... πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹






Thursday, January 25, 2018

PENANGAN KEKASIH PAKSA RELA... πŸ’•πŸ’•πŸ’•

PENANGAN KEKASIH PAKSA RELA... πŸ’•πŸ’•πŸ’•
===========


Tiba-tiba Kak Nova terjebak dengan cerita ni... omg...omg... Kak Nova jarang-jarang tengok citer2 melayu macam ni... apatah lagi taim maghrib2.... Tapi, disebabkan citer ni macam menyentuh perasaan (kononnya)... Kak Nova tengok  la jugak... Tapi, Kak Nova tengok taim lunch hour kat FB ...

Memang cair giller la tengok si Remy Ishak ni berlakon. Dia punya tenungan... perghhhh.... 

Kalau Kak Nova jadi pelakon wanitanya... mesti Kak Nova feel nervous & terus lupa skrip... kahkahkah.... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ekceli, cerita ini membariskan pelakon utama Remy Ishak (sebagai Adham), Ain Edruce (sebagai Rosnaida) dan Intan Najuwa (sebagai Hanan Khaira).

Dan dibantu dengan pelakon2 lain iaitu Dayang Areeda (sebagai Shiqin), Afzan A. Rahman (sebagai Firdaus), Nynaa Harizal (sebagai Nonie), Khaty Azian (sebagai Puan Zuraidah), Hazman Al-Idrus (sebagai Izamel), Fizz Fairuz (sebagai Yusman aka ayah tiri Hanan Khaira), Emelda Rosemila (sebagai Suraya aka ibu Hanan Khaira), Azhar Amir (sebagai Datuk Idrus), Dato Jalaluddin Hassan (sebagai Dato' Azman), Aman Gaseka (sebagai Kamal aka ayah Hanan) dan Fatin Afeefa (sebagai Zila)

Ianya berkisarkan kepada Adham yang telah berkahwin dengan Rosnaida (yang dianggap oleh Adham tidak direstui oleh Ayahnya (dibintangi oleh Dato Jalaluddin Hassan).

Rosnaida berasa kecewa dengan ayah mentuanya dan membawa diri ke luar negara dengan alasan untuk sambung belajar. Rosnaida membawa dirinya bertahun-tahun dan enggan pulang ke Malaysia.

Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan Khaira dari kejahatan ayah tiri Hanan Khaira iaitu Yusman. Adham telah menikahi Hanan Khaira tanpa sebarang perbincangan dengan Rosnaida demi untuk mengelakkan sebarang fitnah kerana Hanan Khaira dibawa tinggal oleh Adham ke banglo miliknya.

Perkahwinan mereka sangat bahagia sehinggalah tiba-tiba Rosnaida kembali pada malam annual dinner syarikat milik Adham.

Jeng...jeng....jeng... 

Memang best... betol... Kak Nova kata best... πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Tahniah la Remy Ishak... walaupun pada Kak Nova, Adham ni macam lemah jer... tapi, dia tetap baik, hensem dan romantik... dia terlalu menjaga hati orang lain sedangkan Kak Nova tahu bahawa hati dia sangat remuk di dalam.... gitewwwww.

Masa Kak Nova menulis nih... Cerita ni dah main 19 episod... So, ada lagi 9 episod la.... sebab, semua sekali ada 28 episod.

Korang yang nak tengok episod2 yang tertinggal boleh la klik kat KEKASIH PAKSA RELA .... so korang, jemputla tengok yer πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹....









Sunday, January 21, 2018

ANOTHER SCAM CALL RECEIVED... By Fadzlina Rahman

ANOTHER SCAM CALL RECEIVED... By Fadzlina Rahman

πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£

Nampaknya masih ada scammer yang  bergerak aktif. Ramai sangat yang berkeinginan wang segera tanpa kerja. Senang betulkan. Orang lain kerja... tapi, scammer2 ni senang2 nak ambik duit orang... Aduhai... tolonglah kerja dan cari duit yang halal untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak.

Kali ini, saya dapat panggilan dari "kononnya" Kastam Diraja Malaysia. Dimana, ia menyatakan terdapat amaran keras terhadap saya... 

Tetapi, kali ini, "panggilan" itu mengarahkan saya untuk tekan 9 untuk makluman lanjut.

Aduhai... sebab dah pernah terkena dulu kan... so, Alhamdullillah... saya tidak meneruskan arahan "kurang bijak" tersebut.

OK. Saya nak share nombor scammer ni... berhati-hati yer semua...



Saturday, January 20, 2018

TASKA DI BUKIT DAHLIA, PASIR GUDANG, PASIR GUDANG JOHOR.... By Fadzlina Rahman

TASKA DI BUKIT DAHLIA, PASIR GUDANG, PASIR GUDANG JOHOR.... By Fadzlina Rahman

☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃

Berita baik untuk penduduk Pasir Gudang, Johor kawasan Bukit Dahlia.... inilah pusat jagaan kanak-kanak yang uols cari-cari.

Located nearby KPJ Pasir Gudang and not too far from Pasir Gudang City Centre....

A trusted Childcare Centre. Calling for babies and kids... from 2 months to 4 years.... 

Please call Pn Azizah : 0197748777 for registration.

Sharing with you pictures of the childcare centre. Safe, comfortable and convenient for your babies and kids...

Jangan malu-malu untuk drop a call to Pn Azizah (number as stated above πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘† yer....)

I would like to share the childcare centre pictures - for your view & consideration.... 



































OK... Kak Nova memang recommended this place very much....




Thursday, January 18, 2018

HARGA LELONG RUNTUH INNER ANTI TEMBAM.. By Fadzlina Rahman

HARGA LELONG RUNTUH INNER ANTI TEMBAM.. By Fadzlina Rahman

❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥

Korang!... Pernah guna inner anti tembam tak?

Korang nak tahu ke... kalau korang guna nih....

Tetiba pipi korang yang gebu-gebas macam apam terlebih mauripan tu jadi kempis...
Tetiba pipi jadi bujur...
Tetiba muka jadi panjang...

Curlasssssss... sebab best giller banyak tetiba yang baik2 berlaku pada wajah/pipi korang.... 

Tambahan pula, inner ni...

** TAK TUTUP TELINGA **
** TELINGA TAK BERDENGUNG **
** PATUH SYARIAH **
** MESRA SOLAT **

dan macam-macam lagi la yang best2... 

Nih kak Nova nk bagitahu, Kak Nova nak letgo harga murah2 inner anti tembam ni.. untuk warna-warna yang tersebut di bawah:

1) AT 03 - SOLD
2) AT 07 SOLD
3) AT 10
4) AT 12
5) AT 13 - SOLD
6) AT 14
7) AT 17
8) AT putih (maaf takde gambar yang putih nih.... sesuai la untuk anak-anak yang nak pergi sekolah)

(ilustrasi gambar seperti di bawah)


AT03 - SOLD











AT13 - SOLD






DAN....

WARNA PUTIH....

So, meh la hello-hello Kak Nova cepat sebelum stok kehabisan.... nombor Kak Nova ada pada bio tu πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

Ok... cepat tau...






Tuesday, January 9, 2018

SELAMAT HARI LAHIR AMEERA 🎊🎊🎊🎊... By Fadzlina Rahman

SELAMAT HARI LAHIR AMEERA 🎊🎊🎊🎊... By Fadzlina Rahman



07012018 datang lagi! Selamat Hari Lahir untuk anak Ummi Syafeeqa Ameera πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

07012004 .... 14 tahun yang lalu pada hari Rabu jam 1055pm di Specialist Hospital Johor Bahru..... Hari ini sangat bermakna selepas 2 kali Ummi keguguran menantikan anak yang pertama.... Dan, di kala kakak datang dalam hidup Ummi, maka naiklah satu martabat Ummi sebagai seorang ibu... Terima kasih kakak.... 

Sungguh cepat masa berlalu. Dah 14 tahun dah kakak... Masih terbayang kakak di saat peringkat kanak-kanak. Bila direnung, banyak yang Ummi kurang dalam mendidik kakak... Lebih-lebih lagi kakak sebagai anak yang sulung.... Kakak terpaksa mengalah dan bersaing dalam mendapatkan perhatian Ummi.... Maafkan Ummi di atas segala kekurangan dan kekhilafan Ummi.

Tapi, kasih sayang Ummi tak pernah padam. Doa Ummi tak pernah kurang... 

Ummi doakan kakak berjaya di dunia dan akhirat. Dipelihara setiap gerak langkah kakak... Dikelilingi orang-orang yang mulia. Dijauhkan segala musibah... Dijauhkan dari segala tipu daya dunia... Dikurniakan suami sebagai Imam yang baik dan setia... dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga semua yang baik-baik sentiasa mengelilingi hidup kakak.... 

Tuntut ilmu setinggi-tingginya.... kerana terdapat perbezaan yang besar di antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.

Satu hari nanti, bila kakak terbaca semula blog Ummi ni... ingat Ummi yer...

Ummi doakan kakak berjaya menjadi Saintis dan Profesional Photographer seperti yang akak cita-citakan.... dan pada masa yang sama seorang Hafizah yang menghafaz dan mendalami Qalam Allah...


Amin... ya rabbb....

Ummi sayang kakak.... ❤❤❤








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...