Friday, September 11, 2020

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS CONVENTIONAL by Fadzlina Rahman

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS CONVENTIONAL by Fadzlina Rahman






TAKAFUL vs INSURANS

Terdapat beberapa perbezaan yang mendalam di antara kedua-dua sistem ini:

1) KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI


TAKAFUL:
Kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarruk (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah)

INSURANS:
Kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak penukaran (jual dan beli) antara penanggung insurance dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan). 


2) TANGGUNGJAWAB PEMEGANG POLISI

TAKAFUL:
Peserta takaful yang membuat caruman ke dalam skim ini saling menjamin sesama sendiri.

INSURANS:
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.


3) LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL

TAKAFUL:
Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali takaful.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta, pengendali takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan.


INSURANS:
Penanggung insurans bertanggugjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.


4) PELABURAN KUMPULAN WANG

TAKAFUL:
Caruman yang diterima akan hanya dilabur dalam instrumen yang memenuhi syariah

INSURANS:
Tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan.


Secara dasarnya, TAKAFUL adalah produk PATUH SYARIAH. Sebagai orang Islam, kita wajib mengambil produk takaful berbanding insurans konvensional.

Ianya boleh diringkaskan kepada jadual berikut:




Semoga Bermanfaat.

Fadzlina Rahman
Aspirant Unit Manager
Great Eastern Takaful Berhad
0137461811



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...