Thursday, July 23, 2020

MLTT vs MRTT by Fadzlina Rahman

MRTT vs MLTT



Apa yang anda faham dengan MRTA?
Apa pula yang anda faham dengan MLTA?
Apa yang anda faham dengan MRTT?
Apa pula yang anda faham dengan MLTT?

MRTA = MRTT
MLTA = MLTT 

Apakah perbezaan di antara MRTA/MLTT dan MLTA/MLTT.

MRTA  adalah Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT adalah Mortgage Reducing Term Takaful

sementara

MLTA  adalah Mortgage Level Term Assurance
MLTT adalah Mortgage Level Term Takaful





Perkataan Reducing, Level, Assurance dan Takaful itulah yang membezakan plan yang kita ambil itu.

Bahasa yang mudah difahami, perkataan assurance merujuk kepada insurance conventional sementara perkataan takaful merujuk kepada insurance islamic yang patuh syariah.

Orang islam WAJIB mengambil produk takaful kerana ianya memenuhi tuntutan syariah.

Di sini, saya bawakan perbezaan ringkas di antara MLTA/MLTT dan MRTA/MRTT.


𝐏𝐄𝐑𝐁𝐄𝐙𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐑𝐓𝐀/𝐌𝐑𝐓𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐋𝐓𝐀/𝐌𝐋𝐓𝐓


Bank selalunya akan menawarkan MRTA/MRTT untuk melindungi loan rumah anda. Ada yang tanya wajib ke kena ambil MRTA/MRTT? JAWAPANNYA ADALAH TIDAK WAJIB!

Walaupun tidak wajib, bank berhak memastikan pinjaman yang diberikan itu selamat (secure). Oleh itu, yang paling selamat bagi pihak bank adalah memasukkan nilai MRTA/MRTT ke dalam loan/pinjaman rumah anda.

Mungkin anda rasa seperti dipaksa oleh pihak bank, tetapi.. cuba anda fikirkan.. jika berlaku musibah kematian, siapa yang akan bayar baki loan anda kepada pihak bank? Sudah tentu MRTA/MRTT anda itu!

Faham ke faham setakat ini? Faham? OK, saya teruskan....


🅲🅾🅽🆃🅾🅷 : 🅰🅷🅼🅰🅳

Beli rumah dengan harga : RM500,000.00
Ambil MRTA/MRTT : RM15,000.00 (boleh dibayar lumpsum atau masuk ke dalam loan)
Tempoh pinjaman : 30 tahun

Saya pasti, ramai di antara kita malas nak fikir dan pilih MRTA/MRTT untuk dibayar sekali dengan pinjaman/loan... bayar sekali ngan interest 😨😨😨

Andai Ahmad diuji musibah kematian pada tahun ke 15 bayaran pinjaman 😢... Maka, baki loan RM250k lagi akan diselesaikan oleh pihak insurance. Maka, hutang rumah selesai .. dan sebuah rumah Ahmad pun diperolehi....

OK.. fahamkan bagaimana MRTA/MRTT berfungsi?

Seperti yang saya sebutkan tadi, anda tidak wajib untuk mengambil MRTA/MRTT sebab 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 iaitu mengambil MLTA/MLTT. Dan, ramai sekarang yang memilih untuk mengambil MLTA/MLTT!

Dengan mengambil MLTA/MLTT untuk perlindungan loan rumah anda, seharusnya memerlukan komitmen pembayaran secara berkala: iaitu bulanan, suku tahunan, setengah tahunan, atau tahunan.

Plan ini mempunyai nilai simpanan. Yang menariknya tentang plan ini, jumlah nilai simpanan ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan anda bagi menyelesaikan baki loan anda. Justeru, 𝗟𝗼𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶.

MLTA/MLTT ini juga boleh attach anda dengan rider-rider perlindungan tambahan yang lain seperti manfaat penyakit kritikal, manfaat kematian akibat kemalangan dan banyak lagi.

Jika anda adalah penggila hartanah dan mempunyai lebih dari satu rumah, anda boleh pertimbangkan untuk mengambil plan ini memandangkan plan ini (MLTT/MLTA) boleh melindungi kesemua pinjaman loan rumah anda dalam satu plan yang sama.

🅲🅾🅽🆃🅾🅷 🅻🅰🅸🅽 : 🆂🅸 🅹🅰🅼🅸🅻


Hutang rumah Jamil : RM500,000
MLTT yang diambil juga : RM500,000 dengan bayaran RM250 sebulan
Tempoh pinjaman : 30 tahun
Jamil meninggal dunia pada : tahun ke 15 pinjaman
Baki pinjaman Jamil : RM250,000

Isteri Jamil akan terima pampasan kematian Jamil : RM500,000 + cash value (nilai semasa)

Baki pinjaman RM250,000 akan diselesaikan melalui pampasan RM500,000 + cash value. Selepas tolak hutang pinjaman, baki di tangan isteri Jamil masih berbaki RM500,000 + cash value (simpanan).

Perghhhhh.....👏🏾 WOW!!!

𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁, 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗮𝗻𝘁 𝗰𝗮𝘀𝗵 𝗽𝗼𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁! 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻. 𝗜𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝘂𝗿𝘃𝗶𝘃𝗲 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗶𝘁𝘂! 𝗕𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻?

So, fikir-fikir dulu untuk:

💥 Anda si Pengumpul Hartanah...
💥 Suami yang membeli rumah untuk isteri
💥 Anak yang membeli rumah untuk ibu/bapa

Semoga bermanfaat!

Hubungi saya untuk plan MLTT yang hebat!



-Fadzlina Rahman-
Assistant Unit Manager 
Great Eastern Takaful Berhad 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...