Wednesday, December 6, 2017

PENGISYTIHARAN BIADAB TRUMP!!!

Dikejutkan dengan berita ini... hati begitu tersentak! 




Seluruh dunia menyaksikan Donald Trump mengumumkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara kepada Israel.



Ia adalah pengisytiharan yang paling biadab yang menimbulkan kemarahan ummah yang selama ini berjuang membebaskan Baitul Maqdis dari tangan Zionis.

Lihatlah bagaimana kerakusan Israel menjajah dan menodai Bumi Palestin daripada tiada kepada hampir keseluruhan negara itu!







Menurut sumber : Keterlibatan Amerika Syarikat selaku kuasa besar selepas Perang Dunia Kedua memainkan peranan besar di dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup di dalam ketakutan dan kesusahan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US pada ketika itu, Harry Truman.

Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke Persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin.

Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di Tanah Palestin sehingga kini.  Presiden Israel pertama ialah Chaim Weizman.



Bacaan penuh di sini .

Walau bagaimanapun, janji Allah tentang kemenangan Islam tetap akan berlaku seperti di dalam Firman Allah Surat Attaubah ayat 33. DIAlah yang mengutuskan RasulNYA dengan petunjuk agama yang sebenar (ISLAM) untuk mengatasi atas seluruh agama sekeliannya meskipun orang musyrik membencinya.

Kemenangan ke atas Yahudi ini kemudiannya dikuatkan lagi oleh Hadis daripada Abu Hurairah, yang mana Rasullullah saw bersabda yang bermaksud : Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, "wahai muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia". Kecuali (pohon ) gharqad kerana ia adalah  pohon Yahudi. - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Perlu kita ingat, Allah berfirman di dalam surah Baqarah ayat 120 yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) : Sesugguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Demi sesungguhnya jika engkau menurut hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".

Semoga umat Islam bangkit kembali. Kembali kepada Al-Quran. Perbetulkan iman dan amal.

Para pembaca yang budiman, mohon sign petition di link di bawah sebagai membantah pengisytiharan biadab Trump ini.


Can you help me out by signing this petition?http://chn.ge/2BQMVRY
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...