Tuesday, April 20, 2021

JUADAH BERBUKA PUASA.... RESEPI MEE KARI.. By Fadzlina Rahman

 RESEPI πŸ…ΌπŸ…΄πŸ…΄ πŸ…ΊπŸ…°πŸ†πŸ…Έ.. By Fadzlina Rahman

-------------------------
mee kari - picture from google

Bila tiba bulan Ramadhan.. pasti la kita nak juadah berbuka kita special sikit.. lain dari yang lain...

Lebih-lebih lagi bila semua anak kita berpuasa dan mengharapkan kita menyediakan juadah yang istimewa sedikit berbanding kebiasaan.

Memandangkan Pandemik COVID-19 ni belum tamat lagi, Kak Nova lebih memilih untuk tidak ke Bazaar Ramadhan.

Hari Pertama Berbuka Puasa.. Kak Nova sediakan kurma, buah-buahan, mee kari, nasi dan udang sambal aje ... (nasi dan udang adalah pilihan jika ada yang nak makan nasi sewaktu berbuka)...

Kak Nova start masuk dapur jam 5.45 petang dan by the time berbuka puasa.. semuanya selamat terhidang... dengan penuh kasih-sayang πŸ˜‰

Ini adalah resepi Mee Kari Kak Nova yer.. 

◉ 1 kg mee kuning
◉ 500gram ayam dipotong kecil
◉ 300 gram udang
◉ 3 keping kek ikan (fish cake)
◉ 10 biji bebola ikan (fish ball)
◉ 4 sudu besar serbuk rempah kari (Kak Nova guna babas)
◉ 2 sudu besar serbuk cili (Kak Nova guna babas)
◉ Santan Kotak

Bahan untuk ditumis - Bahan A:
◉ 1 batang kayu manis
◉ 3-5 biji buah pelaga
◉ 2-3 kuntum bunga lawang
◉ 2 tangkai daun kari

Bahan untuk diblend (dikisar) - Bahan B:
◉ 4 biji bawang merah
◉ 6 ulas bawang putih
◉ 1 inci halia
◉ 1 batang serai (dihiris nipis)
◉ 2 sudu besar udang kering (rendam hingga lembut)

Bahan hiasan (takde pon takpe.. ada lagi baik):
◉ 4 biji telur rebus (dipotong 4 - sebab saya guna telur AAA)
◉ 2 tangkai sawi - potong dan rebus
◉ bawang goreng
◉ limau kasturi - dipotong 2
◉ taugeh
◉ cili merah
◉ tauhu kering goreng

Cara Penyediaan:
1. Panaskan air sehingga mendidih (celurkan mee dan angkat)
2.Panaskan minyak - tumiskan Bahan A sehingga naik bau. Kemudian, masukkan Bahan B dan pes rempah kari. Kacau rata sehingga agak garing dan pecah minyak. 
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih. (kalau guna santan kotak.. boleh lah masukkan air aje kat stage ni).
4. Masukkan santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor (kalau takde kerang pon takpe.. pon sedap πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Pastu... kalau korang guna santan kotak, korang boleh la tuang santan tu kat stage ni... )
5.  Perasakan dengan garam dan gula cukup rasa.
6. Hidangkan Mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
7. btw, jangan lupa angkat asam gelugor bila kuah dah ada rasa masam-masam sikit.. untuk elakkan kuah jadi terlebih masam.


Sekian... selamat mencubaaaaaa


       Luv








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...