Wednesday, October 7, 2020

PKPB DI KLANG BERMULA 9.10.2020 By Fadzlina Rahman

 PKPB DI KLANG BERMULA 9.10.2020 By Fadzlina Rahman

--------------------


PKP lagi.... Ye! PKP lagi bermula 09.10.2020 selama 14 hari❗❗❗


Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media telah mengumumkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah serta Klang, Selangor berkuatkuasa 12.01 tengah malam 09.10.2020 ini.


Sumber Gambar : Google



Ini adalah untuk membendung jangkitan Covid19 di kawasan Klang ini ekoran jumlah kes jangkitan yang semakin meningkat setiap hari... 


Kali pertama PKP ialah bulan March lepas... bermula 18.03.2020. Lepas tu, hidup sebagai norma baru bermula 01.07.2020. Dan esok, akan ada PKP lagi! 


Cuma, kali ini PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)...


Bukan ini yang kita mahukan... kita bertungkus lumus mematuhi peraturan dan syarat ketat kerajaan bermula Bulan Mac lepas... Kita berasa lega bila virus Covid19 ini mula terkawal...


Tetapi, dek kerana ada insan yang terlupa, virus ini mula tersebar semula... Segala usaha kita mengasingkan diri betapa di rumah masing-masing berbulan-bulan lamanya menjadi hampir sia-sia.... Ingatlah tuan-tuan, Kita Masih Belum Menang !!! 😒😒😒


Jomla bekerjasama .. berganding bahu.. kerana kita perlu melakukannya bersama-sama... Kita jaga diri kita, kita jaga keluarga kita!


fadzlinarahman




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...