Saya terpanggil untuk menulis mengenai MH17 setelah perbualan pada 23.7.14 bersama anak-anak di kereta...
Anak : Ummi, nah surat
Ummi : Surat apa?
Anak : Surat kalau Ummi nak bagi sumbangan
Ummi : Untuk siapa?
Anak : Untuk anak kapten yang kapal terbang kena tembak baru ni...
Ummi : Ya Allah kakak, sedihnya... habis diorang sekolah tak?
Anak : Sekolah la Ummi... ada 2 orang... dua2 boy... satu darjah 3, satu darjah 5
Ummi : OK dan diam [dalam hati Ummi sangat sedih, dah la nak raya... berat Ummi memandang, berat lagi Ummi mereka menanggung... :-(... ]
Hati dan naluri keibuan saya sungguh tersentuh dengan peristiwa ini... apatah lagi apabila melihat surat tersebut di tangan. Saya dapat bayangkan perasaan ibu 2 orang anak ini. Namun, apalah daya kita untuk menghalang takdirNYA? Saya berdoa semoga anak2 ini kuat untuk terus menghadapi kenyataan ini.
Makluman/informasi tragedi:
Pesawat komersil boeing 777-200 Malaysia Airlines dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan ditembak jatuh di timur Ukhraine pada hari Khamis, 17.7.2014 kira-kira jam 11.00 malam itu mengejutkan Malaysia dan seisi dunia.
Dilaporkan; anak kapal yang terlibat ialah:
Belanda – 192 orang
Malaysia – 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia – 27 orang
Indonesia – 12 orang (termasuk seorang bayi)
United Kingdom – 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)
Jerman – 4 orang
Belgium – 4 orang
Filipina – 3 orang
Amerika – 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)
Kanada – 1 orangNew Zealand – 1 orang
Jumlah keseluruhan 298 orang, iaitu 283 orang penumpang dan 15 orang anak kapal. ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan 3 orang bayi yang tidak berdosa.
Pada saya, tindakan menembak jatuh pesawat ini adalah satu tindakan yang ZALIM dan tidak berperi kemanusiaan. Kita menyaksikan begitu ramai yang kehilangan orang-orang yang tersayang...
- Seorang nenek Pn Jamillah Noriah Abang Anuar kehilangan 6 orang ahli keluarga tersayang (Menantu, anak perempuan dan 4 orang cucu)
- PM kita kehilangan nenek tiri beliau
- Anak kecil kepada pembantu juruterbang; Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi akan membesar tanpa bapa
- dan yang lain-lain juga
Tragedi sangat menyayat hati.... Semoga Kerajaan Malaysia dapat merungkaikan persoalan punca kejadiaan ini dengan segera dan membawa orang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Kita tidak dapat mengembalikan insan yang telah pergi... Apa yang kita mampu buat adalah redha menerima Qada' dan Qadar dari Allah ini.
Semoga keluarga yang terlibat kuat menerima dugaan besar ini. Aminnnn....
Fazz
No comments:
Post a Comment