Showing posts with label jalan-jalan penang. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan penang. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

CUTI-CUTI MALAYSIA D2... PENANG (LAGI) BY FADZLINA RAHMAN

CUTI-CUTI MALAYSIA D2... PENANG (LAGI) BY FADZLINA RAHMAN

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Hari ke-2 kami ronda2 Penang aje... kereta kabel semua tu kami tak naik sebab dah pernah naik before... So, lebih baik ronda pekan Penang.... 

Shopping2... cari Jeruk Madu Pak Ali & Jeruk Tak Madu Sekali.




Antara tempat-tempat yang kami pergi ialah --> PENANG 3D TRICK ART MUSEUM.


Front View - Pic from Google


Muzium ini terletak di Lebuh Penang, Georgetown, Penang.... Lokasinya memang betul-betul di hadapan Food Court Esplanade Padang Kota. Ada lorong kat situ... masuk sikit & boleh jumpa...
Boleh klik sini untuk pergi Page Muzium 3D nih... atau klik sini untuk ke website mereka.


Lukisan dalam 3D Trick Art Museum ni memang win... memang nampak macam real.

Meh tengok antara gambar-gambar yang ada... Kita act jer... Cameraman ada berkeliaran jer kat situ... dia leh advise kita gaya apa yang patut kita buat.... heheh... no worry la!

Ni nak belanja 2 gambar... jemput tengok.... ada lagi 43 arts kat sini... hmmmm.... memang sampai besok la kalau nak upload semuanya... sebab semua (termasuk Ummi) jakunssss.... ekekeke

Tengok pakcik ni.... tarik kami... berpeluh2 dia... cian.... hehehe

Ummi & Dekya


Feeling-feeling main air kat depan perkampungan nelayan... ehe... 


Neesa, Ummi & Aqeela

Yang berhajat nak ke Muzium 3D nih, berikut adalah harga tiket yer....

Pic from google

Dah shopping & habiskan masa berjam-jam kat muzium nih... terasa lapar tahap gaban...

Dah sampai Penang mesti nak kena pekena rojak pasemboq (betoi ka chek eja ni?) & char kuey teow....

Huhu... kami ke Anjung Gurney untuk mencari pasemboq yang dikatakan lazatttttt sehingga menjilat jari itu....

Haruslah... dah datang penang kannnn

Hmmm...cari punya cari gambaq makanan dah takde dah... So, korang yang berhajat nak ke Penang, leh cuba la ke Anjung Gurney untuk try Pasembor & Char Kuey Teow dia...

Kitoang makan2 and end around 5.00 pm...

From Penang's Bridge

Off to Taiping. Penang Bridge


Pastu, kami pun meninggalkan Penang dengan penuh keseronokkan. Kami menuju ke Taiping pulak untuk aktiviti2 cuti sekolah yang lain...

Stay tune yer untuk aktiviti2 kami di Taiping....

❤ : fazz




Monday, January 11, 2016

CUTI-CUTI MALAYSIA : PULAU PINANG D1 by Fadzlina Rahman

CUTI-CUTI MALAYSIA : PULAU PINANG D1 by Fadzlina Rahman

❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥

Perjalanan diteruskan.... keluar dari Lumut lebih kurang jam 2.00 petang.... Kami makan tengahari di Lumut jerrr....

Tak sempat nak ambik gambar kedai makan tu... sebab orang ramai sangat... 

Food review: makanan biasa jer... tak berapa nak sedap la... cara servis -> layan diri.

OK... perjalanan diteruskan... untuk ke Pulau Pinang...

Kami merentasi lautan untuk ke Pulau dengan melalui Jambatan Kedua (Batu Maung). Sampai di situ dah masuk waktu maghrib dahhhh...

Jom tengok antara gambar yang dapat di'captured' semasa perjalanan ini...

Jambatan Kedua (Pulau Pinang):

Fakta Mengenai Jambatan Kedua Pulau Pinang: Jambatan Kedua ini dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Panjang jambatan ini adalah 24km (15 batu) di mana 16.9km daripadanya berada di dalam air. Jambatan ini merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Jambatan ini mula dibina pada Tahun 2008 dan dibuka penggunaannya untuk orang awam pada 1 Mac 2014. Ianya dinamakan sempena nama Yang Dipertuan Agong yang ke-14.












Hotel  (Vistana Hotel):


masa check-in : Dekya, Kak Meera ngan Qeela


dalam lif : Dekya, Kak Neesa


Susun atur dalam bilik: 

Kami tinggal di sini... ada 2 bilik tidur, 2 bilik air, pantry, ruang makan dan ruang tamu... OK la...untuk 7 orang... huhu...
RM400 per night...




ruang makan



pantry


Tok Mak & anak-anak di hadapan bilik hotel



anak-anak di hadapan kolam renang



pemandangan Bukit Jambul dari bilik tidur kami




Sampai Penang, kalau tak 'pekena'nasi kandar memang tak sah... malam tu kami jalan kaki cari nasi kandar... memang tak jauh dari Hotel ni... dalam 5 minit gitewwww...Kami borong nasi kandar dia... Kak Neesa memang suka nasi kandar Penang nih....











borong nasi kandar kayu... :-)


Lepas pekena nasi kandar, kami terus ke Batu Feringghi untuk sama-sama me'ramai'kan 'night market' di sana... hehehe... 

Okla... boleh window shopping & shopping betul2 juga... kebanyakan yang kami beli adalah T-Shirt dan beberapa barang lain sebagai cenderahati.

Balik tu dalam pukul 1.00 am... sampai bilik dah tak larat apa dah... gosok gigi, ambil wudhu' dan terus tidur.... ready untuk next day trip pulak... 

hihi...

❤ Fazz




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...