Thursday, August 24, 2017

KAWAH PUTIH - BANDUNG & SEJARAHNYA ... By Fadzlina Rahman

KAWAH PUTIH - BANDUNG & SEJARAHNYA ... By Fadzlina Rahman

☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃














👆👆👆👆👆 Ini adalah among the best picture Kak Nova and mom masa recent trip ke Bandung #bawakmakjalan.

Nampak tak muka mak Kak Nova gembira? Alhamdullillah, Allah kurniakan rezeki untuk Kak Nova bawak mak jalan-jalan.

BTW, write up Kak Nova hari ni bukanlah nak cerita pasal recent trip tu... Kak Nova nak cerita pasal Kawah Putih nih jer....

Actually, perjalanan Kak Nova dari Hotel Vio, Cihampelas Bandung took about 2 hr 14 min dengan melalui jalan bertol... Its quite long, tapi worth it sebab kita boleh tengok pemandangan dan keadaan sekeliling. 

Sepanjang perjalanan, boleh dilihat alam sekitar yang masih 'dara' dan belum lagi diterokai.... masih kelihatan hutan-hutan hijau yang memang tenang dan sejuk mata memandang.






Saat kami sampai di kawasan kawah putih ini, udara memang sangat sejuk sekali... Kak Nova tak bawa pula baju sejuk... Kak Nova berdoa supaya Kak Nova boleh bertahan... Mak pun sama... hehe

Bau belerang memang sangat kuat... menyebabkan kami terpaksa membeli mask penutup hidung... supaya kami boleh bertahan lebih lama....





Sebenarnya Kawah Putih Ciwidey ini adalah Kawah Patuha... tetapi, menurut info, nama Kawah Patuha kian tenggelam dan kawah itu lebih dikenali sebagai Kawah Putih Bandung...

Sememangnya akan kelihatan tanah dan airnya berwarna putih...




Gunung Patuha ini berada di dalam daerah Bandung Selatan. Ia dianggap sebagai gunung yang tertua oleh masyarakat Ciwidey Bandung.

Nama Patuha ini dikatakan berasal dari perkataan Pak Tua (Sepuh) & masyarakat sekitar juga ada menyebut sebagai Gunung Sepuh.





Pada masa itu, puncak Gunung Patuha ini dianggap sebagai berhantu oleh masyarakat setempat sehingga tidak ada yang berani datang ke kawasan tersebut.

Oleh itu, kewujudannya dan keindahan alam sekitarnya tidak diketahui oleh masyarkat sekeliling pada saat itu.




Pada tahun 1837, seorang belanda peranakan Jerman yang dikenali sebagai Dr Franz Wilhelm Junghuhn (1809 - 1864) mengadakan lawatan ke Bandung Selatan. Ketika sampai di kawasan tersebut, beliau merasakan kawasan tersebut terlalu sepi dan sunyi. Tidak ada seekor binatang pun yang melintas di kawasan tersebut, 

Apabila beliau bertanya kepada penduduk tempatan, penduduk menyatakan bahawa kawasan puncak Gunung Patuha sangat berhantu dan ianya merupakan tempat bersemayam roh arwah para nenek-moyang serta pusat kerajaan bangsa jin.

Ini kerana, apabila ada burung yang melintasi kawasan tersebut, burung itu akan jatuh dan mati.




Walaupun dengan penjelasan tersebut, Junghuhn tidak percaya dan meneruskan perjalanannya ke kawasan tersebut untuk melihat sendiri apakah yang ada di kawasan itu.

Namun begitu, sebelum sampai ke Puncak Gunung, beliau sudah terpegun dengan keindahan alam di hadapannya. Beliau melihat sebuah danau yang begitu luas dengan air putih kehijauan. Dari danau itu keluar satu semburan lava serta bau belerang yang menusuk hidung. 

Dan terjawab sudahlah kenapa burung-burung tidak mahu terbang di kawasan itu.



Dan, dari situlah bermula perusahaan Belerang Kawah Putih dengan sebutan di Zaman Belanda sebagai Zwavel Ontgining Kawah Putih. Perusahaan itu diteruskan di Zaman Jepun dengan sebutan Kawah Putih Kenzanka Yokoya Ciwidey.

Cerita dan misteri kawah putih terus berkembang dari satu generasi ke satu generasi hingga kini.

Sehingga kini masih ada yang percaya bahawa tempat itu adalah tempat berkumpulnya para roh nenek-moyang...

Wallahualam... sumber dari Sejarah Kawah Putih.
























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...