Thursday, December 8, 2016

#travelalone TO SABAH (D2) ... Kundasang here I come! ... By Fadzlina Rahman



KUNDASANG.... here I come.... πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹



Perjalanan diteruskan dari gunung ke persisiran gunung... kita pergi New Zealand Malaysia. Nih kiranya masuk la dalam pakej teksi pakcik tuh... RM350.00 dari Promenade Hotel, Kota Kinabalu.

Fee masuk ke ladang ni dalam RM5.oo seorang.... okla... Pakcik Teksi hantar sampai dalam.... tempat tengok lembu n shopping....


Kiranya tempat ini merupakan ladang ternakan lembu dan kambing dan tempat pemprosesan produk tenusu. Dengan lebih tepat lagi, ianya terletak di Mesilau Kundasang.

Suhunya memang sejuk ... ala2 New Zealand.

Pintu masuk ladang ini -> Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd. Selfie sikit!






Pemandangan berlatar belakangkan kabus... ala-ala New Zaeland... hehehe



 Barn 2 visit....




Makan ais krim ... πŸ˜πŸ˜πŸ˜



Bagi anak lembu minum susu:



Kiranya kalau pergi straight dari Promenade ke Kundasang lebih 2 jam jugak la...jauh kan... tapi berbaloi la... pergi sekali-sekala kannnn...


Hmmm ... dipendekkan cerita, apa je aktiviti yang boleh anda buat kat sini? Meh nak cerita... mana tahu boleh bantu anda2 yang belum pernah ke sini....

1) Bergambar dengan lembu
2) Memberi makan rumput kepada anak kambing dan susu kepada anak lembu (masing-masing RM1.00 dan RM1.50)
3) Melihat aktiviti pemprosesan susu lembu
4) Membeli keychain, T-shirt dan hasil tenusu
5) Makan ais krim.... ❤❤❤

Best kan? hmmm... memang BEST!
.
Tengahari... bergerak balik ke KK sebab kerja dah start jam 3.00 petang.....


OTW balik... kita snap gambar Jambatan Tamparuli... Nah... Ambik dari dalam kereta jer... tak larat dah nak turun.



Rumah terbalik pon kita tak sempat singgah... huhu... masuk dalam itenari untuk next trip plak la....

Walau bagaimanapun, reason kenapa saya snap picture Jambatan tu adalah sejarah jambatan itu sendiri. Asalnya jambatan tu merupakan jambatan gantung (gambar seperti di bawah).


Pembinaan jambatan ini dikatakan telah dimulakan oleh orang Cina. Ia di bina menggunakan kayu dan tali merentasi Sungai Tamparuli. Jambatan asal itu diberitakan telah musnah berikutan dari banjir besar pada tahun 1930an. Sebagai ganti, jambatan berukuran 200 meter dibina di tempat yang sama. Jambatan baru tersebut merupakan ilham dari pihak British dan dibina menggunakan gabungan besi dan simen... sumber google.

OK... sekian dulu perjalanan hari kedua ... Kota Kinabalu -> Gunung Kinabalu -> Kundasang....

See you in the next entry!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...