Monday, September 12, 2016

HARI RAYA KORBAN & PERISTIWA KORBAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL... oleh Fadzlina Rahman

HARI RAYA KORBAN & PERISTIWA KORBAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL... oleh Fadzlina Rahman

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Diceritakan di dalam Surah Ash-Shaffat Ayat 100-111 bermaksud:


100: Ya Tuhanku! Anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk di dalam golongan orang-orang yang soleh.

101: Maka, kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

102: Maka, tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab "Hai ayahandaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah kamu mendapatiku termasuk di dalam golongan orang-orang yang sabar". 

103: Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).

104: Dan kami panggillah dia : "Hai Ibrahim,

105: Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu". Sesunggunya demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

106: Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata

107: Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar

108: Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian.

109: iaitu "kesejahteraan dilimpahkan ke atas Ibrahim"

110: Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

111: Sesungguhnya ia termasuk di kalangan hamba-hamba kami yang beriman

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...