Sunday, August 28, 2016

Langkawi D4 🌹🌹🌹 ... By Fadzlina Rahman

Langkawi D4 🌹🌹🌹 ... By Fadzlina Rahman

------------------

Day 4 di Langkawi... kami ke:

1) Galeria Perdana
2) Kilim Geoforest Park
3) Langkawi Craft Complex
4) Faizy Crystal Glass Blowing Studio
5) Tanjung Rhu

Hari ni memang kami balun jalan kaw-kaw... Bukan sebab esok puasa.... Kami tak ingat pun yang hari esok dah start puasa.... huhu...



GALERIA PERDANA.

Galeria Perdana ni adalah tempat menyimpan cenderahati dan anugerah yang diterima oleh Mantan Perdana Menteri Ke-4 kita... Tun Mahathir Mohamad dan isteri.

Memang banyak cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-ketua Negara serta pemimpin-pemimpin dari dalam dan luar negeri semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri. 

Kiranya Tun mengamalkan konsep cenderahati ini adalah milik kerjaan dan rakyat Malaysia.

Besar betul galeria ni... ada Blok A, Blok B dan Blok C.

Sempat jugak la saya mengabdikan kenangan semasa di galeria ini.


Replika kapal layar ni tak ingat la dari mana... tapi, tengok tu semua SYAFEEQA bergambar di situ... huhu

'


Terdapat ruang bertingkat di setiap blok. Perjalanan agak memenatkan juga... tapi, kita enjoy!




Gambar bawah tu konon2 nak tiru Tun. Tapi, Cik Abang kita dah terlebih lentok plak... adohai...

Ni kat Blok B rasanya.




Gambar budak gembira... Aneesa & Aqeela di depan pintu masuk Blok C... 




 Bergambar dengan kereta F1.



Sempat selfie dengan Pontiac Catalina & Mitsuoka Classic Type F. Hehe...





Kat depan galeria ni ada sebuah bahtera kayu. Kami ambil kesempatan untuk ber "wefie" dua orang. 




Perjalanan di Galeria Perdana tamat tengahari... So, ada masa lagi untuk kami buat aktiviti lain... hehe



KILIM GEOFOREST PARK

Dah alang-alang, kami decided nak boating la...

Hmmm... yuran tak mahal la untuk satu boat tu

Tapi, untuk yang tak biasa naik bot cam diriku ini... memang terasa macam nyawa nak melayang la... adohai....

Tapi, good experience to go through actually.... πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Kami ambil one hour package jer... iaitu:

- Bat Cave
- Fish Farm
- Eagle Watching
- Crocodile Cave
- Andaman Sea Tour



 Gua Kelawar (Bat Cave)






Tak berapa nak perasan - ada banyak kelawar sebenarnya atas tuh... huhu... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Hutan bakau di sekitar Gua Kelawar. Cantik sungguh ciptaan Allah. Ni air tengah pasang... memang tak nampak segala selut dan jerlus... memang cantik...






 Di Andaman Sea... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Kecut perut juga bila bot nih laju jer menuju ke laut lepas... Laut Andaman... First time sampai ke Laut Andaman nih & boleh nampak Thailand dari sini....







Dalam takut-takut tu sempat jugak la ber"selfie" berlatar belakangkan bukit batu berlabel "KILIM GEOFOREST PARK". 

Actually, kat bahagian atas tu leh nampak batu seperti bentuk penyu... ia terbentuk secara semulajadi... Subhanallah!




River Cruise... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





Lunch @ Restoran Terapung ... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Nah... belanja gambaq lobster sekeping!




Alang-alang makan memang kami makan betul-betul la... Lebih kurang RM500.00 jer... utk 6 orang makan... rasa pun boleh tahan sedapnya... Alhamdullillah...





 Kak Ameera dengan kulit Lobster.


 Nah... belanja lagi gambaq... perut masing-masing pun dah boroi... dah kenyang la tewwww...








LANGKAWI CRAFT COMPLEX  πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

ialah salah satu tarikan pelancong yang mana di dalamnya memaparkan hasil kraftangan masyarakat Malaysia dan budaya masyarakat Malaysia.

Ia terletak 21km dari Pekan Kuah.




FAIZY CRYSTAL GLASS BLOWING STUDIO πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Studio ini terletak di atas bukit di kawasan yang sama dengan Langkawi Craft Complex. Ia memaparkan hasil kraftangan yang menggunakan kristal. Pelbagai hasil kraftangan dihasilkan dan dijual di sini.






TANJUNG RHU πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Lepas beli souvenir dari Faizy, kami terus ke Pantai Tanjung Rhu. Hmmm... Pasirnya memang halus mulus! Memang cantik... Subhanallah!

Ada permatang hingga ke tengah laut... tapi tak berani nak meniti permatang tu sebab takut air naik tiba-tiba tak berani nak lari... hehehe

Kitorang main pantai betul2 sebelah Tg Rhu Resort....

Melompat kegembiraan... hahaha... sekali2 'buat hal' kat tempat orang....



Balik dari Tg Rhu, kami singgah di Laksa Ikan Sekoq untuk makan-makan. 

Memang cantik sunset di tepi pantai nih.... Nah belanja gambar!




Kiranya final place untuk hari ke-4 ini ialah Laksa Ikan Sekoq di Padang Matsirat la... esok puasa... & confirm la takde orang jual laksa kat sini... Kami siap tapau bawak balik lagi... hehe...

Aktiviti hari ke-4 memang happening! ❤❤❤

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...