Monday, December 21, 2015

KEBAKARAN DI TEMPAT PARKIR BERSEBELAHAN STESEN LRT TAMAN JAYA, PETALING JAYA... BY Fadzlina Rahman

KEBAKARAN DI TEMPAT PARKIR BERSEBELAHAN STESEN LRT TAMAN JAYA, PETALING JAYA... BY Fadzlina Rahman

_____________________________________

Dalam lebih kurang jam 12.58 tengahari, kawan-kawan dok riuh kata... Wei, ada asap tebal wei depan tuh... ada kebakaran la wei... semua kami berlari ke arah tingkap yang berhampiran... 

Pergh... sapa pegang phone? cepat call bomba... ada kawan pegang phone & terus call bomba... Bomba jawab & kata dah ada orang report & depa tengah hantar orang ke sana....

Tunggu bomba datang dengan berdebar-debar... 

Mula-mula kami menyaksikan kereta kuning wira tuh terbakar... pastu... asap hitam semakin pekat berkepul2 naik... dengar bunyi letupan kecil... tak pasti dari mana... tapi, mungkin dari tangki minyak kot! 

Tak lama selepas itu, api semakin liar memusnahkan laluan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT dan Bangunan PJX... Kemudian, bumbung, tiang semua rebah ke bumi...

Heat + Hot... api menjangkit ke kereta yang berhampiran dengan laluan pejalan kaki tersebut... huhu...

Wei tengok tuh! Kereta hitam tu memang berani la... tuannya bawak lari keluar dari situ sedangkan Heat dah mula kena pada keretanya... MasyaAllah! Nekad sungguh perempuan itu!

Bomba datang lebih kurang jam 1309 dan selama 12 minit itu kami menyaksikan kerakusan api... Betul orang tua2 kata, api masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan...

Api sudah mula memanjat tiang stesen LRT tersebut... huhu...

Apabila bomba sampai, mereka terus menjalankan tanggungjawab mereka dengan jayanya... Alhamdullillah...

Api selamat dipadamkan lebih kurang jam 1332 gitew...

Pengalaman yang sungguh ngeri bagi saya. menyaksikan api begitu rakus sekali tidak mengenal apa yang disambarnya...

Takziah kepada pemilik2 kereta yang terlibat.... Mujurlah tiada kemalangan jiwa....




turut bersedih - Fazz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...