Monday, May 19, 2014

Perbezaan Garam Bukit dan Garam Buluh...

Garam Buluh vs Garam Bukit


Ada yang tanya, perbezaan Garam Buluh dengan Garam Bukit? Ramai yang kata sama jerrrr....


Tapi, sama ke????
Jadi, saya nak share sikit info yang membezakan kedua-dua jenis garam nih...

Ini jawapannya berserta R&D serta ujian pH yang telah dilakukan.


Garam Bukit:


Garam bukit adalah berasal dari pergunungan Himalaya di sebuah kawasan bernama Karakoram di timur negara Pakistan. 

Proses pembentukan garam bukit iaitu penyejatan air laut oleh cahaya matahari yang mengeringkan laut sejak dahulu kala. Garam bukit ini terbentuk akibat berlaku tekanan ketinggian kawasan pergunungan. Lazimnya, garam bukit pelbagai warna seperti putih, pink, oren dan kemerah-merahan. Umumnya, pembentukan garam bukit adalah secara semulajadi, air laut yang tersejat di kawasan pergunungan dan mengalami tekanan ketinggian.




Picture from google




Garam Buluh:

 Ilustrasi pembuatan garam buluh seperti berikut:



Garam Buluh berasal dari Korea. Air laut Pantai Barat, Korea menjadi sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin and Pulau Yinping (Pantai Barat Korea).

Air laut ini kemudiannya disejat dan dijemurkan di bawah terik cahaya matahari. Selepas itu, dimasukkan ke dalam buluh yang berusia 3 tahun, yang dipilih dan dibersihkan menggunakan tenaga manusia.

Buluh tersebut kemudian ditutupi dengan tanah liat kuning (oren), yang diambil dari kawasan pendalaman Korea agar terjamin kualiti tanah yang jauh daripada unsur pencemaran akitivi industri. Tanah liat diambil sedalam 20 meter, digunakan sebagai penutup buluh tersebut.



Kemudian, buluh yang berisi garam dimasukkan ke dalam bagas untuk dibakar dengan menggunakan kayu pokok pine dan resin pine sebagai “pemangkin” bahan bakar untuk meningkatkan suhu tahap kepanasan. Suhu bakar yang digunakan mencecah 1000-1500 darjah celcius. Ini menyebabkan segala unsur asid, toksid, logam berat, kimia serta bendasing dalam air laut (garam laut) tadi dinyahkan dan akan bertukar menjadi unsur ALKALI.
Garam yang dipanaskan tadi mencair dan bercampur dengan unsur surih buluh, kayu pine, tanah liat yang memberi unsur mineral. Kemudian dibiarkan sejuk dan membentuk hablur seperti kristal (putih kelabu). Hablur kristal ini kemudiannya dikisar untuk dihancur dan menjadi serbuk halus.

Ujian pH Garam Buluh dan Garam Bukit:


Garam Bukit:  ujian pH ke atas garam bukit ionic (pink salt) menunjukkan pH6-4 keasidan iaitu kuning keperangan
 
Garam Buluh: Ujian pH menunjukkan warna biru keunguan gelap (pH 8-11). Ianya menunjukkan Garam Buluh berunsur ALKALI.





Picture from Google




Jadi, sekarang kita dah tahu sifat garam buluh kan?

Jadi, berikanlah yang terbaik untuk tubuh anda.... berikan yang terbaik juga untuk keluarga anda....

Hubungi saya... 0137461811 sekarang untuk mendapatkan produk ini.... kerana dirimu ... begitu berharga.

 

Luv : Fazz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...