Sunday, January 21, 2018

ANOTHER SCAM CALL RECEIVED... By Fadzlina Rahman

ANOTHER SCAM CALL RECEIVED... By Fadzlina Rahman

πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£

Nampaknya masih ada scammer yang  bergerak aktif. Ramai sangat yang berkeinginan wang segera tanpa kerja. Senang betulkan. Orang lain kerja... tapi, scammer2 ni senang2 nak ambik duit orang... Aduhai... tolonglah kerja dan cari duit yang halal untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak.

Kali ini, saya dapat panggilan dari "kononnya" Kastam Diraja Malaysia. Dimana, ia menyatakan terdapat amaran keras terhadap saya... 

Tetapi, kali ini, "panggilan" itu mengarahkan saya untuk tekan 9 untuk makluman lanjut.

Aduhai... sebab dah pernah terkena dulu kan... so, Alhamdullillah... saya tidak meneruskan arahan "kurang bijak" tersebut.

OK. Saya nak share nombor scammer ni... berhati-hati yer semua...



Saturday, January 20, 2018

TASKA DI BUKIT DAHLIA, PASIR GUDANG, PASIR GUDANG JOHOR.... By Fadzlina Rahman

TASKA DI BUKIT DAHLIA, PASIR GUDANG, PASIR GUDANG JOHOR.... By Fadzlina Rahman

☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃

Berita baik untuk penduduk Pasir Gudang, Johor kawasan Bukit Dahlia.... inilah pusat jagaan kanak-kanak yang uols cari-cari.

Located nearby KPJ Pasir Gudang and not too far from Pasir Gudang City Centre....

A trusted Childcare Centre. Calling for babies and kids... from 2 months to 4 years.... 

Please call Pn Azizah : 0197748777 for registration.

Sharing with you pictures of the childcare centre. Safe, comfortable and convenient for your babies and kids...

Jangan malu-malu untuk drop a call to Pn Azizah (number as stated above πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘† yer....)

I would like to share the childcare centre pictures - for your view & consideration.... 



































OK... Kak Nova memang recommended this place very much....




Thursday, January 18, 2018

HARGA LELONG RUNTUH INNER ANTI TEMBAM.. By Fadzlina Rahman

HARGA LELONG RUNTUH INNER ANTI TEMBAM.. By Fadzlina Rahman

❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥

Korang!... Pernah guna inner anti tembam tak?

Korang nak tahu ke... kalau korang guna nih....

Tetiba pipi korang yang gebu-gebas macam apam terlebih mauripan tu jadi kempis...
Tetiba pipi jadi bujur...
Tetiba muka jadi panjang...

Curlasssssss... sebab best giller banyak tetiba yang baik2 berlaku pada wajah/pipi korang.... 

Tambahan pula, inner ni...

** TAK TUTUP TELINGA **
** TELINGA TAK BERDENGUNG **
** PATUH SYARIAH **
** MESRA SOLAT **

dan macam-macam lagi la yang best2... 

Nih kak Nova nk bagitahu, Kak Nova nak letgo harga murah2 inner anti tembam ni.. untuk warna-warna yang tersebut di bawah:

1) AT 03 - SOLD
2) AT 07 - SOLD
3) AT 10
4) AT 12
5) AT 13 - SOLD
6) AT 14
7) AT 17
8) AT putih (maaf takde gambar yang putih nih.... sesuai la untuk anak-anak yang nak pergi sekolah)

(ilustrasi gambar seperti di bawah)


AT03 - SOLD











AT13 - SOLD






DAN....

WARNA PUTIH....

So, meh la hello-hello Kak Nova cepat sebelum stok kehabisan.... nombor Kak Nova ada pada bio tu πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

Ok... cepat tau...






Tuesday, January 9, 2018

SELAMAT HARI LAHIR AMEERA 🎊🎊🎊🎊... By Fadzlina Rahman

SELAMAT HARI LAHIR AMEERA 🎊🎊🎊🎊... By Fadzlina Rahman



07012018 datang lagi! Selamat Hari Lahir untuk anak Ummi Syafeeqa Ameera πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

07012004 .... 14 tahun yang lalu pada hari Rabu jam 1055pm di Specialist Hospital Johor Bahru..... Hari ini sangat bermakna selepas 2 kali Ummi keguguran menantikan anak yang pertama.... Dan, di kala kakak datang dalam hidup Ummi, maka naiklah satu martabat Ummi sebagai seorang ibu... Terima kasih kakak.... 

Sungguh cepat masa berlalu. Dah 14 tahun dah kakak... Masih terbayang kakak di saat peringkat kanak-kanak. Bila direnung, banyak yang Ummi kurang dalam mendidik kakak... Lebih-lebih lagi kakak sebagai anak yang sulung.... Kakak terpaksa mengalah dan bersaing dalam mendapatkan perhatian Ummi.... Maafkan Ummi di atas segala kekurangan dan kekhilafan Ummi.

Tapi, kasih sayang Ummi tak pernah padam. Doa Ummi tak pernah kurang... 

Ummi doakan kakak berjaya di dunia dan akhirat. Dipelihara setiap gerak langkah kakak... Dikelilingi orang-orang yang mulia. Dijauhkan segala musibah... Dijauhkan dari segala tipu daya dunia... Dikurniakan suami sebagai Imam yang baik dan setia... dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga semua yang baik-baik sentiasa mengelilingi hidup kakak.... 

Tuntut ilmu setinggi-tingginya.... kerana terdapat perbezaan yang besar di antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.

Satu hari nanti, bila kakak terbaca semula blog Ummi ni... ingat Ummi yer...

Ummi doakan kakak berjaya menjadi Saintis dan Profesional Photographer seperti yang akak cita-citakan.... dan pada masa yang sama seorang Hafizah yang menghafaz dan mendalami Qalam Allah...


Amin... ya rabbb....

Ummi sayang kakak.... ❤❤❤








Wednesday, December 6, 2017

PENGISYTIHARAN BIADAB TRUMP!!!

Dikejutkan dengan berita ini... hati begitu tersentak! 




Seluruh dunia menyaksikan Donald Trump mengumumkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara kepada Israel.



Ia adalah pengisytiharan yang paling biadab yang menimbulkan kemarahan ummah yang selama ini berjuang membebaskan Baitul Maqdis dari tangan Zionis.

Lihatlah bagaimana kerakusan Israel menjajah dan menodai Bumi Palestin daripada tiada kepada hampir keseluruhan negara itu!







Menurut sumber : Keterlibatan Amerika Syarikat selaku kuasa besar selepas Perang Dunia Kedua memainkan peranan besar di dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup di dalam ketakutan dan kesusahan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US pada ketika itu, Harry Truman.

Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke Persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin.

Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di Tanah Palestin sehingga kini.  Presiden Israel pertama ialah Chaim Weizman.



Bacaan penuh di sini .

Walau bagaimanapun, janji Allah tentang kemenangan Islam tetap akan berlaku seperti di dalam Firman Allah Surat Attaubah ayat 33. DIAlah yang mengutuskan RasulNYA dengan petunjuk agama yang sebenar (ISLAM) untuk mengatasi atas seluruh agama sekeliannya meskipun orang musyrik membencinya.

Kemenangan ke atas Yahudi ini kemudiannya dikuatkan lagi oleh Hadis daripada Abu Hurairah, yang mana Rasullullah saw bersabda yang bermaksud : Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, "wahai muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia". Kecuali (pohon ) gharqad kerana ia adalah  pohon Yahudi. - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Perlu kita ingat, Allah berfirman di dalam surah Baqarah ayat 120 yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) : Sesugguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Demi sesungguhnya jika engkau menurut hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".

Semoga umat Islam bangkit kembali. Kembali kepada Al-Quran. Perbetulkan iman dan amal.

Para pembaca yang budiman, mohon sign petition di link di bawah sebagai membantah pengisytiharan biadab Trump ini.


Can you help me out by signing this petition?http://chn.ge/2BQMVRY

Tuesday, November 14, 2017

TEMPAT MAKAN BEST DI TANJUNG KUPANG, JOHOR... By Fadzlina Rahman

TEMPAT MAKAN BEST DI TANJUNG KUPANG, JOHOR... By Fadzlina Rahman

✔✔✔✔✔✔✔✔✔✔



Baru ni Kak Nova ada meeting di Jabatan Kastam di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tg Kupang, Kedudukannya selepas tol terakhir dari Johor Bahru menuju ke Singapura melalui second link.

Kiranya, ini kali pertama Kak Nova ke sini... ambil teksi lagi senang... lepas tol terakhir tu... Kak Nova tanya pada kakak tol tu arah ke Jabatan Kastam Kompleks Sultan Abu Bakar nih...

Kompleks ni besar sangat... Kak Nova sampai hilang punca nak pergi arah mana... Kak Nova kemudiannya, turun kereta dan tunggu sampai ada orang yang datang untuk disapa/ditanya.

Sampailah ada satu abang motor tu bawa Kak Nova ke Bahagian Import dan Eksport. Tak sempat nak snap picture abang motor tu... 

Temujanji Kak Nova pukul 10.00 pagi... dan Kak Nova tiba lebih awal... Alhamdullillah...

Pegawai-pegawai kastam di sini, baik-baik belaka... Kak Nova dilayan baik dan kemusykilan Kak Nova terjawab dengan baik... syukur...

Tengahari tu... kami makan di Restoren Yeo Sekeluarga di Tanjung Kupang.

Jaraknya agak jauh juga ikut jalan kampung dari belakang Kompleks Sultan Abu Bakar tu... dalam 15 minit macam tu la ikut jalan kampung tu...

Jarak yang Kak Nova tunjuk ni kalau kita lalu second link la... 



maafkan la muka Kak Nova yang keletihan nih... Almaklum baru habis meeting panazzzzz

Restoran ni menyediakan makanan laut yang enak dan lazat... yummy... memang sedang elok la... tengah lapar kan... kita makan la bersungguh-sungguh.

Yummy kan... tu masih ada lagi lauk yang tak sampai tuh... hehehe πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Dengan kawan... accidentally terserempak kat office Kastam ni... kita makan sekali... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Belakang tu Tg Pelepas okay... hmmmm.... erti sebuah pembangunan... pesat betul!



Kita share menu yang ada kat sini pulak yer.... (sumber : google sebab tak dan nak ambik gambar hari tu... lapar sangat)











Ni lala yang kitorang makan hari tu... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ yummy...



 ni ruang legar restoran ni... simple dan bersih... (sumber : google)





BTW, ni adalah tempat yang Kak Nova rekomen untuk korang semua try... sedap, cepat dan bersih....


Cuba tau... jangan tak cuba... :-)






Thursday, November 2, 2017

PENGINAPAN BAJET DAN SELESA DI TG. GEMOK, ROMPIN ... By Fadzlina Rahman

 PENGINAPAN BAJET DAN SELESA DI TG. GEMOK, ROMPIN ... By Fadzlina Rahman

🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊



Kak Nova nak kongsi tempat persinggahan bajet yang selesa sebelum korang meneruskan perjalanan ke Pulau Tioman.

Ni diaaaa.... Hotel Jeti Tg. Gemok!

Pada Kak Nova, lokasi Hotel Jeti Tg. Gemok ni memang ideal. Jaraknya lebih kurang 5 minit walking distance ke Terminal Feri Tanjung Gemok. So, untuk outsider/foreigner tak perlu gusar nak ambil teksi ke terminal ini. Jalan kaki jer... 5 minit dah sampai.

Untuk cari tempat makan pula, memang tak susah. Bawah hotel ini ada satu kedai mamak 24 jam... Sayid Ali dan disebelahnya pula ialah KFC.

Dalam seminit perjalanan, ada gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan masakan panas (goreng-goreng la tu).

Kalau siang, terdapat gerai nasi dan lauk-lauk. Kiranya dalam perjalanan ke terminal feri tu... kalau lapar, boleh la singgah di gerai-gerai tersebut....😁😁😁😁

Di bahagian hadapan hotel ini terdapat seven eleven. Jadi, kalau korang tiba-tiba terlupa bawa ubat gigi ke, berus gigi ke... boleh la beli di sini.

Dengan jarak 3 minit (dengan kereta) pula, ada pusat dobi layan diri di sebelah kanan korang... aisey... memang senang la... 

Hotel Jeti Tg. Gemok  ni tidak jauh dari jambatan yang menghubungkan Pahang dan Johor. Dalam 1.5 minit sahaja anda sudah boleh berada di Negeri Johor iaitu di daerah Endau.

OK... Jom Kak Nova ajak tengok-tengok keadaan hotel....

Kak Nova la tu possing depan hotel tu... 


Kak Nova ambil bilik single jer... since Kak Nova pun seorang diri... 

Pada Kak Nova, susun atur bilik sederhana dan sesuai dengan Kak Nova yang tidak terlalu cerewet ni. Keadaan bilik pun bersih dan tidak berbau...



Dan yang paling penting... keadaan bilik airnya... memang bersih.... dan tidak berbau. Kak Nova memang selesa tinggal di sini selama lebih kurang seminggu.





Di lobi hotel pula, terdapat sudut makanan/air panas yang disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu-tetamu di hotel ini.

Jadi, kalau tengah-tengah malam dan terasa nak makan, boleh ke sudut ini... boleh sapu jem dan roti buat alas perut... Air panas pun ada boleh la buat rendam mi segera... hehe.



Ada meja untuk makan dan minum di pantry kecil ini... 



Di lokasi yang bertentangan, terdapat lif. Jadi, sekiranya dapat bilik di tingkat 3, tidak perlulah memanjat tangga...
Sangat mudah dan convenient lah...




Di bawah ni pula, meja reception hotel ini. Sangat selesa mata memandang. 




Pendek kata, kalau korang semua sampai di daerah endau-rompin ni dan tidak ada tempat untuk menginap, boleh lah singgah menginap di sini. Selesa dan bersih.

Cubalah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...