Monday, February 9, 2015

Ayat Ruqyah - Untuk Rawatan Makhluk Halus

Ayat Ruqyah - Untuk Rawatan Makhluk Halus


Di antara reaksi pesakit apabila ayat ini dibaca adalah:

-> pening-pening kepala
-> mabuk
-> muntah-muntah
-> menggeletar
-> pengsan
-> seram sejuk
-> berdebar-debar



Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Sekian. semoga kita sama-sama di dalam peliharaan Allah Yang Maha Esa.

Sunday, February 8, 2015

TRIP TO BANDUNG

TRIP TO BANDUNG


Hai all! 

Gals trip to Bandung was so fun! We have a very exciting 3 days trip! stay tune for the update yer!

See you!

Wednesday, November 12, 2014

CARA MENCUCI BIOSELEZA YANG TELAH DIGUNAKAN ... BY FADZLINA RAHMAN

CARA MENCUCI BIOSELEZA YANG TELAH DIGUNAKAN ... BY FADZLINA RAHMAN


Alkisah tersebutlah kisah tentang cara pembasuhan tuala wanita Bioseleza ini.... huhu....

hmmmm.... tengok... sampai tang cuci pad pun... mak ajar nih.... huhu...

Camni... ada kawan yang beli & suka sangat guna pad nih... tapi, lepas tu bulan depannya dia cakap... "Achik, aku taknak dah pakai pad kau nih sebab nak basuh susah..."

MasyaAllah.... my friend, cara membasuhnya teramatlah senang..... compare dengan pad yang biasa2 tuh....

Camni caranya kawanku:

  1. Koyakkan sikit hujung tuala wanita yang telah digunakan tu
  2. Halakan ke dalam lubang toilet
  3. Cucurkan air di bahagian tengah tuala wanita tersebut
  4. Gel berubat di dalam tuala wanita itu akan keluar ke dalam lubang toilet tersebut
  5. Flush kan kesemua gel yang jatuh di dalam lubang toilet itu (ini kan biodegradable gitewwww... so, toilet takkan tersumbat)
  6. Basuhkan permukaan luar tuala wanita bioseleza macam biasa
  7. Buangkan

hmmm... senang tak? senang kan? sangatttttttt.... tangan pun tak kotor & tak berbau... gel pon tak bersepah2 di lantai bilik air.... lagi hygiene gitew...

moral of the story... semua benda yang kita buat mesti ada solution nya... kalau kita tak tahu... kita tanya... sebab kalau kita terus jump into one bad conclusion... its may give bad effect  & impression to the other people...

para pembaca blog ku sekelian.... saya sangat2 menyarankan kita bertukar kepada tuala wanita yang lebih sihat demi kesihatan berpanjangan Miss V kita... Mencegah lebih baik dari mengubati....

Jom kita ceciter tentang harga tuala wanita ini... sebab apa? sebab ramai yang pm saya tanya harganya... hmmm... apa la sangat harga tu berbanding dengan kesihatan jangkapanjang kita kannnn...?

Jom tengok:

Utk harga tuala wanita ini... adalah seperti di bawah....


Bio Seleza Mixed Set :
30 pcs x 2 pack pantiliner
10 pcs x 2 pack pad siang
8 pcs x 1 pack pad malam
8 pcs x 1 pack pad malam extra panjang
Price
Harga Bio Seleza Retail SM/SS RM142/RM145; 

Ahli SM/SS RM123/RM126
=Total 96 pcs

Bio Seleza Day Safe :
10 pcs x 6 pack pad siang
Price
Harga Bio Seleza Retail 
SM/SS RM139/RM142;  
Ahli SM/SS RM120/RM123
=Total 60 pcs

Bio Seleza Panty Liner :
30 pcs x 6 pack pantiliner
Price
Harga Bio Seleza 
Retail SM/SS RM150/RM153;  
Ahli SM/SS RM130/RM133
=Total 180 pcs



Bio Seleza Feminin Pad (Night Safe) :
8 pcs x 6 pack pantiliner
Price
Harga Bio Seleza 
Retail SM/SS RM139/RM142;  
Ahli SM/SS RM120/RM123
=Total 48 pcs


(Harga di atas tidak termasuk harga pos yer)

Spesifikasi teknikal tuala wanita tersebut adalah seperti di bawah....






Kawan, apa tunggu lagi... jom pm laju2 ke 0137461811...


Luv,
fazz

Wednesday, November 5, 2014

REZEKI DAN SOLAT DHUHA

REZEKI DAN SOLAT DHUHA


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
 “Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 

-Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah 
 - Barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat
 - Barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut
 - Barangsiapa menunaikanyan sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat
 - Barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”

(Riwayat At-Thabarani ).

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari 

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca doa ini selesai solat


Selamat beramal....

Monday, October 27, 2014

KENAPA ANDA PERLU BERNIAGA DAN KAYA? BY FADZLINA RAHMAN...

KENAPA ANDA PERLU BERNIAGA DAN KAYA? BY FADZLINA RAHMAN...


Hai semua... jom kita share2 kenapa kita perlu Berniaga dan Kaya? ada banyak sebab kenapa kita kena kaya dan ada banyak duit... Antaranya....

1) Kita nak merealisasikan keinginan dan cita2 kita
2) Kita nak balas jasa kedua orang tua kita yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang
3) Kita nak pergi buat Haji
4) Kita nak pergi buat Umrah
5) Kita nak beli rumah besar
6) Kita nak beli kereta besar
7) Kita nak menderma pada fakir miskin
8) Kita nak jadi penyumbang tegar kepada rumah anak-anak yatim
9) Kita nak ada banyak masa dengan anak-anak
10) Kita nak ada banyak masa dengan Allah... Pencipta Alam Semesta
11) Kita nak merasai syurga dunia
12) Kita nak keluarga yang bahagia
13) Kita nak dihormati
14) Kita nak disegani
15) Kita nak bagi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak kita
16) Kita nak....

Hmmm... macam2 yang kita nak kan? Itu la namanya keinginan dan impian... Jangan berhenti berimpian kerana dari situlah lahirnya Kenyataan.... Ingat kata2 ini...

"WHEN I BELIEVE WHAT I BELIEVE, MY BELIEVE WILL COMES TRUE"

Inilah namanya The Power Of Dreams...

Pada saya, duit adalah pilihan.... kalau kita ada banyak DUIT... bermakna kita ada banyak pilihan... Sentiasa bersangka baik dengan DUIT sebab apabila kita sentiasa bersangka baik, DUIT akan datang dengan mudah... Ingat!... apa yang kita fikirkan ... semuanya adalah DOA. hmmm power tak? Power kan....

Hmmm... macam mana nak generate banyak duit kalau kita hanya bekerja makan gaji sahaja? Maafkan saya... tetapi ini adalah hakikat... Rasullullah pun kata... 9 dari sumber rezeki adalah dari perniagaan. So, kenapa nak tolak hakikat tu? Buat jerrrr... Buat dengan cara yang betul... nescaya berjaya. Insyaallah...

Jom kawan-kawan sekelian... Jom Bangkit!!! 

Era kini, hanya dengan kekuatan EKONOMI sahaja kita mampu bersaing dengan bangsa lain... Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah....

Macam mana kita nak bersaing kalau kita masih ketinggalan?

Apa pun perniagaan anda... apa pun pilihan anda... Semuanya terletak di tangan anda sendiri

Anda nak tahu satu rahsia kejayaan? Inilah dia...

RAHSIA UNTUK BERGERAK KE HADAPAN ADALAH MEMULAKAN SESUATU, RAHSIA UNTUK MEMULAKAN SESUATU  ADALAH MULAKAN LANGKAH PERTAMA DENGAN BERGERAK KE HADAPAN!

Jangan Tunggu! Teruskan langkah anda untuk memperbaiki ekonomi anda... Semua Orang Mampu Menjadi Kaya dan Berjaya!

Luv U... Fazz

Saturday, October 18, 2014

KEBAIKAN PIL MAHARANI... BY FADZLINA RAHMAN

KEBAIKAN PIL MAHARANI... BY FADZLINA RAHMAN


Hi semua.... pernah dengar Pil Maharani? Atau Te Zhi Bai Fen Wan? Haaaa.... gitewwww...

Yang tak pernah dengar or tak pernah nampak... jom kita tengok rupa parasnya bagaimana...

Tadaaaaa.... ni la dia pil maharani tuh... 



Sebenarnya, pil ni dah ada lama kat Malaysia nih... mana taknya, sesuatu yang mendorong saya menulis blog tentang pil ini hari ini kerana saya mendapat panggilan telefon dari seorang kakak yang telah berhenti mengambil pil ini 12 tahun yang lalu.... & beliau berkata mahu menyambung semula pengambilan pil ini kerana akhir-akhir ini beliau sering berasa penat dan sakit sendi...

Saya tidak perlu lagi meyakinkan beliau kerana beliau memang sedia yakin dengan kehebatan pil ini... Apa lagi yang saya boleh katakan selain dari bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan jalan saya... Alhamdullillah...

Tetapi, beliau meminta saya mengingatkannya cara-cara pengambilan pil ini sebab dah terlupa tentangnya...

Alang-alang menulis untuk kakak tu... saya menulis sekali untuk semua blog reader saya yang disayangi semua... mana tahu ada yang sedang tercari-cari sesuatu yang boleh membantu untuk :

1) Menambahkan tenaga dan darah
2) Menyelaras kitaran haid yang tidak teratur
3) Mengawal keputihan
4) Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid
5) Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita
6) Menguatkan tenaga dan stamina

Anda tidak perlu berfikir panjang lagi kerana Pil Maharani adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah anda itu.

Ada yang tanya... halal ke pil ini? Ohhhh... sudah tentu la halal....

Sijil halal tersebut dikeluarkan oleh Chinese Islamic Association & diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.



OK... cara pengambilan pil ini ialah...

Depends pada masing-masing... tetapi, saya suggestkan:

->1st timer : ambil 10 biji sehari selepas bangun tidur
-> bila dah biasa boleh ambil 25 biji sehari
-> Masa period tu stop...
-> ambil/makan balik semula hari pertama selepas habis period 

Jangan lupa minum air dalam kuantiti yang banyak yerrr...

Hmmm... nak share sikit tentang FAQ berkenaan dengan pil ini...

Apakah ramuan yang terkandung di dalam pil maharani ini?

Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

Apakah kesan Pil Maharani?

Pil Maharani dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.


Adakah pengambilan Pil Maharani akan menyebabkan badan terlalu panas?

Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk membantu penyerapan Pil Maharani oleh badan.



Siapakah yang perlu mengambil Pil Maharani?

Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.



Bolehkah ibu mengandung mengambil Pil Maharani?

Tidak dicadangkan kerana hormon ibu mengandung tidak stabil dalam tempoh mengandung.



Bolehkah kanak-kanak mengambil Pil Maharani?

Tidak dicadangkan.


Walau bagaimanapun, terdapat larangan untuk pil ini iaitu:




Ibu mengandung dilarang mengambil.

Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat.
Tidak sesuai diambil ketika selsema.
Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.


Kepada yang berminat untuk membeli Set Pil Maharani ini... boleh pm terus ke 0137461811.

Harga sekotak RM88.00 sahaja.

See you yer...

#sharingiscaring

luv,
fazz

Thursday, October 16, 2014

CERITA KES TIPU UMRAH LAGI... RJ KEMBARA TRAVEL & TOURS a.k.a. "Ustaz Zul"

CERITA KES TIPU UMRAH LAGI... RJ KEMBARA TRAVEL & TOURS a.k.a. "Ustaz Zul"


Kelmarin, saya mendapat panggilan telefon dari salah seorang blog reader saya... mendakwa bahawa beliau telah di"tipu" sebanyak RM1k oleh penama yang tersebut di atas & meminta saya mengesahkan nombor telefon dan nombor akaun bank penama tersebut. Menurut beliau, pada awalnya penama tersebut telah meminta wang RM5k dari beliau dengan alasan untuk renovate pejabatnya di Klang... & penama tersebut mendakwa beliau bekerja di Sime Darby Jalan Ampang. Tetapi, she manage to give him only RM1k.

Astaghfirullah... saya sudah pun cuba melupakan peristiwa "pahit" ditipu umrah (yang ditunda sebanyak 5 kali itu sebelum penama tersebut ditahan polis pada April yang lalu)... tiba-tiba hari ini teringat semula...

Tapi, atas dasar ingin menolong... saya cari semula fail umrah (tak jadi) yang saya letakkan entah di mana... korek punya korek.... saya jumpa nombor telefon & nombor akaun "Ustaz Zul" itu...

You guys guess what? The phone & account no. are SAME! S....A....M....E.... OMG! This is incidentally or what???? 

Yang penting.... "Ustaz Zul" yang telah ditahan reman pada April lalu... telah lepas bebas di luar sana.... so, hati2 orang di luar sana... 

Berikut adalah nombor telefon & acc. no untuk dijadikan rujukan. Kita berdoa supaya kita semua terpelihara dari ditipu oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

No telefon : 0173166621
Acc No : 1643-5107-0817 (Maybank)
Nama penuh : (sila rujuk blog sebelum ini) atau ke sini untuk melihat berita TV9 Berita TV9 atau ke link ini berita harian metro.

Saya berharap, pihak berkuasa... pihak polis... atau pihak2 yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara ini dapat memberikan sepenuh kerjasama agar penipuan demi penipuan tidak akan berlaku lagi...

Kita berdoa supaya diri kita, keluarga kita & negara kita sentiasa di dalam perlindunganNYA... Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...