Monday, May 15, 2017

LUAHAN HATI SEORANG IBU... 😢

LUAHAN HATI SEORANG IBU ðŸ˜¢... 

--------

Aku betul2 tersentuh membaca luahan perasaan seorang ibu ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ ...
.
.

Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit2 kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni
saya senduk nasi dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah....

letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mendengar bunyi kaca mencium lantai
bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut

tindakan reflek pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya
sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia

sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti menangis
hati saya sebal, sebak dan bagai tidak boleh bernafas
kakak mak bawak ke bilik untuk ditidurkan
tapi tak sampai 2 minit, kakak keluar
terus saya peluk dan minta maaf
Semoga Allah ampunkan saya....
.
.
😢😢😢

Semoga Allah ampunkan saya juga...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...