Sunday, August 2, 2015

Kematian Mustafa Kamal Ataturk....Yang Menyiksakan... By Fadzlina Rahman

Kematian Mustafa Kamal Ataturk....Yang Menyiksakan... By Fadzlina Rahman


Saya berhajat untuk share sikit saat-saat kematian yang menyiksakan oleh Mustafa Kamal Ataturk... untuk kita jadikan iktibar dan pengajaran...

Ada adik-adik yang tidak kenal siapa Kamal Ataturk ni?

Mustafa Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Ataturk:

  • Lahir pada 19 Mei 1881
  • Meninggal dunia pada 10 November 1938
  • Pemimpin Turki yang telah memusnahkan Institusi Khalifah Uthmaniah/Ottoman yang telah berkuasa selama 595 tahun (di bawah pimpinan 36 orang sultan)
  • Memerintah Turki dari 1918 sehingga 1934

Kerosakan yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk terhadap Turki:

  • Membolehkan perempuan memakai tudung tetapi dengan syarat memakai skirt
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang tetapi dengan syarat memakai tali leher dan topi 
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai
  • Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju jika rakyat tidak cenderung kepada pakaian moden"
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka
  • Mengarahkan Al-Qur'an dicetak di dalam Bahasa Turki
  • Menukar azan ke dalam Bahasa Turki
  • Agama Islam dibuang daripada menjadi Agama Rasmi Negara
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja
  • Menutup masjid serta melarang dari sembahyang berjemaah
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
  • Menghapuskan kalendar Islam & menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf & membiarkan anak-anak yatim fakir miskin
  • dll 

Saat Kematian Mustafa Kamal Ataturk:

  • Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasakan gatal-gatal di seluruh badan
  • Sakit jantung
  • Sakit darah tinggi
  • Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk. Dikhabarkan bomba diarahkan untuk menyiram rumah rumahnya selama 24 jam. Sementara pembantu-pembantu beliau meletakkan ketulan-ketulan ais di dalam selimut beliau untuk menyejukkan beliau.
      Rasa panas itu tidak hilang-hilang sehingga beliau menjerit di dalam istananya. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, maka beliau telah diletakkan di dalam bot & dihantar ke tengah laut (dengan harapan rasa panasnya akan berkurangan)

       Namun, rasa panasnya masih tidak hilang juga & beliau telah pengsan selama 48 jam pada 26 September 1938 akibat kesan panas itu. Selepas beliau sedar, beliau telah hilang ingatan.

        Beliau telah pengsan sekali lagi pada 9 November 1938 selama 36 jam pula dan akhirnya meninggal dunia.

        Sewaktu beliau meninggal dunia, diberitakan tidak seorang pun yang memandikan, mengkafankan & menyembahyangkan beliau. Mayat beliau diawetkan selama 9 hari & 9 malam sehingga adik beliau meminta Ulama' Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

        Apabila saat untuk menanam mayat tersebut, tanah tidak menerimanya menyebabkan mayatnya di awet sekali lagi & disimpan di dalam muzium EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun.

        Selepas 15 tahun, cubaan untuk menanam mayat beliau masih gagal. Namun, usaha terakhir yang dilakukan adalah menguburkan mayat beliau di dalam satu binaan mar-mar seberat 44 tan. Mayatnya di tanam di celah-celah batu mar-mar tersebut.


Makam Mustafa Kamal Ataturk - pic from google


Nauzubillah, inilah contoh pemimpin zalim yang membawa kerosakan kepada agama dan rakyat.

Maha Suci Allah... Tuhan semesta alam... 

Semoga kisah kematian Mustafa Kamal Ataturk yang menyiksakan ini dapat diambil iktibar oleh kita semua....

Sekian...

Sumber : Blog Aku Islam




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...