Saturday, October 11, 2014

BREAK.... JOM BACA KISAH JUTAWAN PRODUK KECANTIKAN! ....

BREAK.... JOM BACA KISAH JUTAWAN PRODUK KECANTIKAN! ....


1) Puan Rozita Ibrahim - Pengasas Produk Sendayu Tinggi


picture from google
Wanita yang mempunyai 8 orang anak ini merupakan Pengarah Urusan kepada2 syarikat i.e Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd & Jamu Ratu Malaya Sdn Bhd.
Kejayaan Rozita dan syarikat Sendayu Tinggi tidak terjadi dalam sekelip mata.  Dia yang terkenal dengan kisah silam nya yang dipenuhi kedaifan dan serba kekurangan, pernah menoreh getah semata-mata kerana ingin mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya.  Akibat ketiadaan wang untuk membeli susu, dia juga pernah memberi bayi kecilnya minum air sirap bagi menggantikan susu.  Dugaan datang bertimpa-timpa apabila ditakdirkan anak keduanya pergi meninggalkan dunia dalam usia yang masih muda.  Ketika anaknya itu sakit, Rozita pernah menampal badan anaknya dengan daun-daun kayu bagi menggantikan ubat yang dia sendiri tidak mampu untuk membeli pada ketika itu.  
Beliau memulakan perniagaannya di Sendayu Tinggi hanya dengan bermodalkan RM400, Beliau bermula dengan menjual produk herbanya dari rumah ke rumah.  Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga akhirnya Rozita menubuhkan syarikatnya sendiri, Sendayu Tinggi Enterprise pada tahun 2000.
Kini Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. mempunyai 9 buah anak syarikat iaitu Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd, ST Advertising Agency Sdn. Bhd, C Max Exhibition & Promotion, Sendayu Tinggi Logistics (M) Sdn Bhd, Ethnique Food Industries Sdn Bhd, ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.  Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.
Atas ketabahan, kekuatan dan usaha kerasnya memartabatkan produk kecantikan diri di negara kita, Rozita pernah dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

2) Datin Ira Abd Ghani - Pengasas Produk Aura Seri

picture from google

Datin Ira a.k.a nama sebenarnya Nor Zaina Abd Ghani merupakan seorang gadis biasa yang berasal dari kampung.  Dia banyak merantau untuk mencari pengalaman hidup.  Sama seperti Rozita, Datin Ira juga pernah mengharungi kehidupan yang amat pahit pada usia mudanya.  Semua ini tidak dijadikan penghalang untuknya terus berjaya. Berkahwin pada usia yang muda juga bukan penghalang dan berkat sokongan suami dan minat yang mendalam kepada kecantikan membuatkan beliau berani menceburkan diri dalam bidang kecantikan ini. Tanpa berbekalkan sebarang pinjaman dan bantuan wang ringgit, beliau dan suami memberanikan diri untuk menceburi bidang ini.
Datin Ira memperoleh Diploma Kecantikan in Alternative Medicine di Universiti Terbuka Antarabangsa, Calcutta India, dan kini merupakan pengarah Eksekutif Positive Image Resources dan pengasas Kosmetik Aura Sri.
Apabila ditanya tentang matlamat hidupnya, dia ingin melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera terutamanya wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan.  Dia juga mahu menjadi ikon dan inspirasi kepada wanita-wanita agar berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.  Impiannya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Aura Seri untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, khususnya dari aspek pendidikan, kebajikan dan lain-lain. 
Beliau kini telah berjaya bergelar JUTAWAN KOSMETIK!

2) Erni Dekritawati Yuliana Bukhari - Pengasas Produk Novelles Visages


Tragedi yang menimpa ibunya, Datuk Sosilawati Lawiya mengemparkan dunia.  Tragedi itu kemudiannya mengubah kehidupan Erni Dekritawati Yuliana Buhari.  Pada usia 25 tahun, beliau telah terpaksa memikul tanggungjawab yang ditinggalkan ibunya.  Satu tanggungjawab yang besar memerlukan dia cekal, secekal ibunya dalam mengharungi dunia perniagaan serba mencabar.
Empayar Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1994 kini sudah menjangkau seluruh Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia dan dinilai kan melebihi RM 100 juta.  Beribu pejabat di Cyberjaya, syarikat itu kini giat merancang untuk mengembangkan jenama Nouvelles Visages dengan memperkenalkan produk alat solek,  penjagaan produk penjagaan kulit, badan dan rambut untuk farmasi dan pasar raya besar tempatan tidak lama lagi.   Nouvelles Visages juga sedang mengintai peluang untuk menembusi pasaran Timur Tengah. Pada masa ini, terdapat lebih 30 stokis dan 500 cawangan di Malaysia.
Kini, produk Nouvelles Visages sudah berada di pasaran lebih 18 tahun.  Bagi Erni atau lebih dikenali sebagai Rita, cabarannya adalah untuk mengekalkan perniagaan ini untuk tempoh 20 tahun akan datang.  Matlamatnya adalah untuk memajukan lagi perniagaan kecantikan diri ini bagi memastikan ia kukuh dan boleh bersaing di pasaran antarabangsa.
Diajar berdikari sejak kecil, Rita mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.
Pendedahan dalam dunia perniagaan bermula sejak daripada bangku sekolah menengah lagi dan kini beliau telah berani melakukan beberapa gelombang perubahan seperti mengubah kaedah pemasaran produk yang lebih moden dan mengikut peredaran masa. Rita juga bijak menggunakan saluran media cetak dan elektronik selain laman web sendiri dalam mengetengahkan produk kecantikan Nouvelles Visages.

Semoga kisah-kisah seperti ini memberi inspirasi kepada kita untuk terus berjaya... Untuk berjaya perlukan kerajinan & usaha yang tidak pernah kenal jemu....
Jom kita ambil iktibar dan berjaya seperti mereka.... Aminnn (sumber : www.usahawan.com)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...