Tuesday, May 15, 2018

HAPPY BIRTHDAY ANEESA 🎁🎁🎁... By Fadzlina Rahman

HAPPY BIRTHDAY ANEESA 🎁🎁🎁... By Fadzlina Rahman 

----------------------

Catatan #throwback 310318

Many2 throwback... 



Aneesa... aka Ica...

Sekejap jer masa berlalu... sekarang Ica dah darjah 6 pun... dah 12 tahun pun....

Masih terbayang-bayang Ummi 12 tahun yang lalu bersama Ica, Kak Meera dan Ayah...

Ica lahir secara normal dengan berat 3.316kg di salah sebuah hospital pakar di Johor Bahru.... Alhamdullillah.... terima kasih kepada Dr Nooraini Shari dan semua staf di Hospital berkenaan....

Ingat lagi masa tu... Ummi ke hospital sebelum subuh... 
Kiranya, sempatla Ummi solat Subuh kat surau hospital...
Ummi pun tak sure masa tu Ummi rasa sakit apa... hehe 

Ummi melahirkan Ica dalam tengahari macam tu... tak lama lepas tu dengar azan berkumandang... Hari Jumaat 1 Rabiulawal 1427H... Alhamdullillah.... pada hari yang mulia ini, Ayah dan Ummi dikurniakan anugerah yang tak ternilai ini... iaitu Ica.... syukur...

Ummi ingat lagi, Ica ditahan di wad sebab kena kuning. Agak tinggi juga hingga menyebabkan Ica terpaksa duduk bawah cahaya ungu... 3 hari juga tuh... huhu, selama tu juga Ummi taknak balik rumah... Ummi tunggu Ica sampai Ica keluar... Alhamdullillah... Ica dibenarkan keluar pada hari ke-empat Ica dilahirkan...

Ica, Ica nak tahu tak? Masa baby, Ica tak suka dibedung... Ica akan kejungkan diri bila Ica dibedung.... sampai merah muka Ica tau.... hehe... masih terbayang-bayang Ummi muka Ica waktu tu.  Ingatkan kenapa. Tapi, bila dibuka bedung... Ica boleh tidur lena... tak kira siang atau malam... hmmmm.... macam-macam Ica nih...


Ica memang suka aktiviti2 lasak  nih... Ica suka sukan macam ayah... nampak sangat Ica ni memang ikut ayah...

Ummi sentiasa doakan Ica dan semua anak-anak Ummi berjaya di dunia akhirat.

Bila berada di atas, jangan lupa tunduk ke bumi... 

Jangan mendabik dada di atas setiap kejayaan yang kita kecapi.

Jangan lupa yang mulia cuma Tuhan Yang Esa je....

Ica... Ummi share pada dunia serba-sedikit gambar-gambar Ica.... Bila Ica dah besar, tengok balik gambar-gambar Ica yer..


Ica and Qeela masuk pertandingan lumba lari




Ica dapat hadiah kat SRIH... Alhamdullillah

Ica dapat hadiah kat SRIH... Alhamdullillah


Birthday Ica sambut di Kenny Rogers













Ummi nak Ica tau yang Ummi sayang Ica dan semua anak-anak..Ummi doakan semua anak-anak Ummi berjaya di dunia dan akhirat...

Maafkan Ummi sebab Ummi baru sempat upload and wish selamat hari lahir pada Ica dan announce pada dunia hari ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...