Monday, March 5, 2018

HAPPY BIRTHDAY ALEEYA πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚ ... By Fadzlina Rahman

HAPPY BIRTHDAY ALEEYA πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚ ... By Fadzlina Rahman
🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁

Catatan #throwback 030318

Kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe 


Sekejap jer masa berlalu... anak Ummi dah umur 10 tahun dah.... teringat lagi Ummi lahirkan Dekya 10 tahun lepas di Hospital Pakar di Johor Bahru... 


Dekya nak pergi sekolah


Yang kelakarnya masa tu, Ummi tak fikirkan pun nama untuk baby Ummi ni... (Dekya  la tu)... sebab Ummi dan ayah ingat Dekya lelaki.




Walaupun doktor scan dan bagitahu Dekya (masa tu masih dalam perut ummi) siti fatimah - perempuan la tu... tapi, Ummi tetap tak percaya... hehe... punya la mengharap anak lelaki masa tu...

Dekya memang lasak masa dalam perut Ummi... masa Ummi mengandung 7 bulan, Ummi dan ayah ada pertandingan di Indonesia. Jadi, kami terpaksa mendapatkan surat kebenaran untuk menaiki kapal terbang... hehe...


Dekya Umur 4 tahun ni...mengaji 

Masa ni jugak Ummi diduga dengan ujian maha hebat... Ummi masa tu terpaksa berlagak kuat memandangkan Ummi bawa Dekya dalam perut Ummi...

Ummi harap, bila Dekya dah besar nanti Dekya akan jadi kuat... lebih kuat dari Ummi... Ummi harap, tidak ada satu kedukaan pun yang akan menimpa Dekya bila Dekya dewasa kelak.


Dekya masa umur 7 tahun... comelnyaaaaaaaaaaa


Tapi kan Dekya, Dekya memang cantik dan comel... paling senang nak jaga... tak meragam pun... nak lahirkan Dekya pun senang jer... Terima kasih Dr Nooraini atas bantuan.... πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Dekya la tu bagi makan monyet... hehe... Umur dekya masa ni 9 thn.... masa ni kita singgah jap kat Bukit Melawati sebelum sampai kat rumah Tok Wan. Bulan posa masa nih. tapi, monyet ni tak posa... hehe 


Untuk sambutan hari lahir Dekya tahun ni, Dekya requested untuk sambut dengan kawan-kawan sekolah.

Ummi ikutkan je sebab Ummi nak bagi kenangan yang terindah untuk Dekya dengan kawan-kawan Dekya. Semoga suatu hari nanti, Dekya akan ingat kawan-kawan Dekya bila Dekya dah besar dan melangkah ke alam menengah....


Terima kasih kepada Mualimah Rogayah Ismail yang menguruskan sambutan hari lahir ini, share gambar Dekya bersama kawan-kawan Dekya dan beri goodies untuk kawan-kawan Dekya tanpa bantuan Ummi. Dekya kena ingat pada Mualimah tau bila besar nanti.


Ummi share gambar Dekya dan kawan-kawan dalam blog ini. Satu hari nanti bila Dekya dah besar, Dekya tengok balik yer... ni la kenangan yang terindah kita... masa tidak akan boleh diputar semula. Yang tinggal hanya kenangan dan  ingatan suka/duka sahaja.


















Akhir kalam, Ummi doakan Dekya semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Jaga diri dan maruah walau di mana dekya berada.

Ummi sentiasa doakan supaya Allah akan jaga dekya untuk Ummi. Ummi doakan Dekya ditemukan jodoh yang baik, setia, dari keturunanan yang mulia... yang boleh menjadi Imam yang baik kepada Dekya dan anak-anak nanti.

Dekya kata nak jadi Dato' Seri nanti kan macam Siti Nurhaliza... muda2 lagi dah jadi Dato' Seri. Ummi doakan, semoga dipermudahkan segalanya. 

Dan jangan lupa ye Dekya juga nak mengelilingi dunia dengan Ummi kan... Ummi doakan supaya semua niat dan cita-cita Dekya tercapai dan dipermudahkan olehNYA.... Amin...

Ummi sayang Dekya dan semua anak-anak Ummi hingga ke syurga...πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...