Monday, February 26, 2018

HAPPY BIRTHDAY AQEELA.....By Fadzlina Rahman

HAPPY BIRTHDAY AQEELA.....By Fadzlina Rahman

--------------------




Cepat betul masa berlalu... Aqeela dah 7 tahun pun sekarang.... 26022011 yang lepas, adik lahir pada pukul 6.03am secara normal dengan berat 3.35kg di salah sebuah hospital pakar di Selangor.... Haha...comel sangat masa tu... uwek...uwek.... hehe




Masa terus berlalu. Bila Adik semakin besar, bermakna Ummi semakin tua.... huhu... rindu betul Ummi saat adik baby2 lagi... berdukung, berbuai, bersuap...


Aqeela at Germany in 2014

Adik dah besar, dah boleh request tema kek yang macam mana yang adik nak... dah pandai google sendiri dah walaupun adik baru 7 tahun.



Alhamdullillah... adik tak buta IT... tak macam Ummi dulu2. Dah masuk universiti pun masih takut-takut nak guna komputer... 



Ummi tahu, zaman kita tak sama... tapi, Ummi sentiasa doakan yang gerak langkah adik sentiasa di dalam peliharaanNYA. Usah dihamba dengan teknologi yang semakin menggila.


Untuk birthday celebration kali ni, adik requested nak sambut dengan kawan-kawan... nak makan kek dengan kawan-kawan dan dan bagi goodies pada kawan-kawan juga...


Ummi tidak ada halangan untuk ini. 

Tapi dik, Ummi tak boleh cuti untuk ini. 

Jadi, Ummi terpaksa arrange dengan mualimah.

Terima kasih banyak-banyak pada Mualimah adik yang sangat sporting... Mualimah Norizan.

Mualimah adik ni la yang tolong Ummi snapkan gambar adik dengan kawan2, arrangekan adik potong kek dan agihkan goodies untuk kawan-kawan.

Jom tengok gambar adik yang happy nih....



Ini kenangan adik dengan kawan-kawan. Nanti bila adik dah besar dan jumpa blog ni... boleh tengok balik gambar adik dengan kawan-kawan awak yer masa umur awak 7 tahun... hehe










Kawan-kawan pun happy dapat goodies dari adik... Alhamdullillah, di peringkat usia ini... adik dah belajar memberi. Ikhlaskan hati di dalam memberi yer nak... semoga Allah melindungimu dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untukmu... Aminnnn









Apapun. Ummi nak adik tahu yang nama adik sentiasa berada di dalam doa-doa Ummi.

Semoga adik menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat... Sentiasa dilindungi oleh Allah. Semoga adik berjaya mencapai cita-cita adik.... nak bawa Ummi tengok aurora... nak bawak Ummi pergi niagara falls, nak ajak ummi tengok gunung Fuji... nak bawak ummi jalan-jalan seluruh dunia...

Ummi sentiasa doakan yang baik-baik untuk adik dan anak-anak Ummi...

Happy birthday adik... 

Sayang adik sangat-sangat....

nota kaki: Kek yang cantik dan sedap ini dari Sapphire Homemade Cakes n Cookies






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...