Monday, February 26, 2018

HAPPY BIRTHDAY AQEELA.....By Fadzlina Rahman

HAPPY BIRTHDAY AQEELA.....By Fadzlina Rahman

--------------------




Cepat betul masa berlalu... Aqeela dah 7 tahun pun sekarang.... 26022011 yang lepas, adik lahir pada pukul 6.03am secara normal dengan berat 3.35kg di salah sebuah hospital pakar di Selangor.... Haha...comel sangat masa tu... uwek...uwek.... hehe




Masa terus berlalu. Bila Adik semakin besar, bermakna Ummi semakin tua.... huhu... rindu betul Ummi saat adik baby2 lagi... berdukung, berbuai, bersuap...


Aqeela at Germany in 2014

Adik dah besar, dah boleh request tema kek yang macam mana yang adik nak... dah pandai google sendiri dah walaupun adik baru 7 tahun.



Alhamdullillah... adik tak buta IT... tak macam Ummi dulu2. Dah masuk universiti pun masih takut-takut nak guna komputer... 



Ummi tahu, zaman kita tak sama... tapi, Ummi sentiasa doakan yang gerak langkah adik sentiasa di dalam peliharaanNYA. Usah dihamba dengan teknologi yang semakin menggila.


Untuk birthday celebration kali ni, adik requested nak sambut dengan kawan-kawan... nak makan kek dengan kawan-kawan dan dan bagi goodies pada kawan-kawan juga...


Ummi tidak ada halangan untuk ini. 

Tapi dik, Ummi tak boleh cuti untuk ini. 

Jadi, Ummi terpaksa arrange dengan mualimah.

Terima kasih banyak-banyak pada Mualimah adik yang sangat sporting... Mualimah Norizan.

Mualimah adik ni la yang tolong Ummi snapkan gambar adik dengan kawan2, arrangekan adik potong kek dan agihkan goodies untuk kawan-kawan.

Jom tengok gambar adik yang happy nih....



Ini kenangan adik dengan kawan-kawan. Nanti bila adik dah besar dan jumpa blog ni... boleh tengok balik gambar adik dengan kawan-kawan awak yer masa umur awak 7 tahun... hehe










Kawan-kawan pun happy dapat goodies dari adik... Alhamdullillah, di peringkat usia ini... adik dah belajar memberi. Ikhlaskan hati di dalam memberi yer nak... semoga Allah melindungimu dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untukmu... Aminnnn









Apapun. Ummi nak adik tahu yang nama adik sentiasa berada di dalam doa-doa Ummi.

Semoga adik menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat... Sentiasa dilindungi oleh Allah. Semoga adik berjaya mencapai cita-cita adik.... nak bawa Ummi tengok aurora... nak bawak Ummi pergi niagara falls, nak ajak ummi tengok gunung Fuji... nak bawak ummi jalan-jalan seluruh dunia...

Ummi sentiasa doakan yang baik-baik untuk adik dan anak-anak Ummi...

Happy birthday adik... 

Sayang adik sangat-sangat....

nota kaki: Kek yang cantik dan sedap ini dari Sapphire Homemade Cakes n Cookies






Monday, February 12, 2018

BANGUNAN KWSP DI PETALING JAYA TERBAKAR.... By Fadzlina Rahman

BANGUNAN KWSP DI PETALING JAYA TERBAKAR.... By Fadzlina Rahman
---------------------------



Tetiba ramai je kawan-kawan Kak Nova yang ke tepi tingkap bangunan PJX ni... lebih kurang pukul 12.00 tengahari waktu tu...

Astaghfirullah! Bangunan KWSP terbakar! 

Tebal betul asapnya... Rakus sungguh api membakar bangunan tersebut.... Walau bagaimanapun, Kak Nova doakan semoga kebakaran ini tidak melibatkan nyawa...

Kelihatan federal highway sesak di kedua-dua arah...

Kak Nova share gambar kebakaran tersebut. Ada yang Kak Nova snap... ada yang Kak Nova ambil dari group whatsapp Kak Nova...

Pandangan dari tingkap office bangunan PJX

Pandangan dari tingkap office bangunan PJX

Gambar dari group whatsapp




VIDEO2 RAKAMAN DIAMBIL DARI GROUP WHATSAPP... UTK DIKONGSI...

video #1



Video dari group whatsapp Kak Nova


video #2







video #3





Video dari group whatsapp Kak Nova



Malang tak berbau... Kak Nova doakan semoga semuanya di dalam perlindunganNYA... Aminnnn

Sehubungan dengan kejadian ini, KWSP telah mengeluarkan notis penutupan sementara Cawangan KWSP Petaling Jaya, notis seperti di bawah....









Wednesday, February 7, 2018

INFO..... HATI2 DENGAN SCAMMER!... SURAT DARI KASTAM DIRAJA MALAYSIA

INFO.... HATI2 DENGAN SCAMMER!... SURAT DARI KASTAM DIRAJA MALAYSIA

☠☠☠☠☠☠☠

Kak Nova terima dari salah-satu group whatsapp Kak Nova... so, Kak Nova decided untuk share dengan korang yang sudi singgah di blog Kak Nova ni...

Ni ha... notice dari JKDM... 




Kan hari tu Kak Nova ada share yang Kak Nova ada terima panggilan dari Kastam kan? Haaaa... hari ni, akak share notice ni... harap2 ianya membantu la yer...

Yang lom baca pos Kak Nova yang terdahulu berkenaan panggilan dari Kastam ni... boleh baca kat sini yer....

Yang lom baca tulisan2 berkaitan dengan scammer ni... boleh juga baca di sini dan sini....

OK korang... gtg... 

Kalau nak share pon ok sebab Kak Nova pun dah pernah kena... panjang-panjangkan pada mak/ayah/makcik/pakcik kita kat kampung juga yer....

See you in the next writing yer...




Monday, February 5, 2018

PING-PONG DAN ANEESA...By Fadzlina Rahman

PING-PONG DAN ANEESA...By Fadzlina Rahman

πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Hari ini... 6/2/2018, Aneesa ada perlawanan ping-pong untuk MSSD. Aneesa terpilih untuk mewakili sekolahnya... Alhamdullillah....

Dia betul-betul bersungguh-sungguh. Ummi kagum dengan Aneesa sebab memang kuat betul semangat dia...

Apapun keputusan perlawanan tu, Ummi tetap nak ucapkan tahniah dan Ummi tetap sayang Aneesa tanpa syarat... kalah atau menang adalah adat pertandingan...

Aneesa dah terpilih mewakili sekolah pun Ummi tetap tumpang berbangga....

Ummi nak share gambar-gambar Aneesa dalam blog ni untuk tatapan Aneesa satu hari nanti... dan untuk tatapan dunia ...


Kat sekolah sebelum bertolak ke tempat pertandinganπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡:



Di tempat pertandingan (semasa pendaftaran)πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡:






 Are you ready???? πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡







 Semasa pertandingan... My princess in action πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

















Semasa pertandingan... kawan-kawan lain πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡














 
Tahniah kepada para mualim dan mualimah juga kerana berjaya melatih anak-anak ini dan membina kekuatan dalaman mereka untuk menempuh kehidupan masa depan yang lebih baik.




Friday, February 2, 2018

TRAVEL HIJAB... TAK PERLU PIN, TAK PERLU SETERIKA... By Fadzlina Rahman

TRAVEL HIJAB... TAK PERLU PIN, TAK PERLU SETERIKA... By Fadzlina Rahman

πŸš—πŸš—πŸš—πŸš—πŸš—πŸš—πŸš—πŸš—πŸš—

Ni Kak Nova nak bagitahu, ada banyak para wanita diluar sana yang kurang masa untuk iron/seterika tudung. Apatah lagi kalau pergi travel/outstation.

Apa kata, korang cuba travel hijab Kak Nova ni? 

Kain tak panas... cotton knit gitewwww... aka cotton yang dikait.

Yang tak suka guna pin... boleh lilitkan aje di atas bahu & adjust labuh ikut keselesaan masing-masing.

Yang paling best tudung ni... tak payah la iron/seterika... jimat masa, jimat elektrik... gitewwww

Walaupun tak iron dan tak pin... kita tetap nampak anggun...

Kak Nova share sikit gambar-gambar travel hijab yer... sistur2 di luar sana, boleh pm/whatsapp Kak Nova di sini  yer.... 

JENIS 1 :TRAVEL HIJAB : RM39 sehelai (exclude postage)
(model picture from Google)


SOLD OUT: 
TURKEY
GERMANY
PARIS
ICELAND
ENGLAND


JENIS 2 : TRAVEL HIJAB : RM39 sehelai (exclude postage)
(model picture from Google)



SOLD OUT: 
ONION
GOLD
OLIVE
ASH
ROSE
BROWN
ICE


JENIS 3 : TRAVEL HIJAB : RM39 sehelai (exclude postage)
(model picture from Google)






SOLD OUT
CREAM
ORANGE
GREY
GREEN
DARK GREEN
BLACK


JENIS 4 : TRAVEL HIJAB : RM49 sehelai (exclude postage)
(model picture from Google)





SOLD OUT: 
RED



JENIS 5 : TRAVEL HIJAB : RM59 sehelai (exclude postage)
(model picture from Google)




SOLD OUT
LIGHT RED
BROWN

Memang worth to have... Kak Nova pergi outstation pun guna travel hijab ni... ye la kannnn... sibuk nak cari seterika bagai... memang tak dan la...

Labuh boleh adjust according to your likes....













Boleh adjust untuk niqab juga....

Ekceli, masa ni Kak Nova kena tunggu masa panas terik mentari... So, Kak Nova have no choice... Kak Nova kena cover muka sikit... Kalau tak, burn la muka Kak Nova... πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ.. 









OKla gurls/mommies/mama... Kak Nova berundur dulu yer. Jangan lupa roger Kak Nova untuk warna-warna travel hijab yang korang minat tau!


See you.... πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...