Thursday, January 25, 2018

PENANGAN KEKASIH PAKSA RELA... πŸ’•πŸ’•πŸ’•

PENANGAN KEKASIH PAKSA RELA... πŸ’•πŸ’•πŸ’•
===========


Tiba-tiba Kak Nova terjebak dengan cerita ni... omg...omg... Kak Nova jarang-jarang tengok citer2 melayu macam ni... apatah lagi taim maghrib2.... Tapi, disebabkan citer ni macam menyentuh perasaan (kononnya)... Kak Nova tengok  la jugak... Tapi, Kak Nova tengok taim lunch hour kat FB ...

Memang cair giller la tengok si Remy Ishak ni berlakon. Dia punya tenungan... perghhhh.... 

Kalau Kak Nova jadi pelakon wanitanya... mesti Kak Nova feel nervous & terus lupa skrip... kahkahkah.... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ekceli, cerita ini membariskan pelakon utama Remy Ishak (sebagai Adham), Ain Edruce (sebagai Rosnaida) dan Intan Najuwa (sebagai Hanan Khaira).

Dan dibantu dengan pelakon2 lain iaitu Dayang Areeda (sebagai Shiqin), Afzan A. Rahman (sebagai Firdaus), Nynaa Harizal (sebagai Nonie), Khaty Azian (sebagai Puan Zuraidah), Hazman Al-Idrus (sebagai Izamel), Fizz Fairuz (sebagai Yusman aka ayah tiri Hanan Khaira), Emelda Rosemila (sebagai Suraya aka ibu Hanan Khaira), Azhar Amir (sebagai Datuk Idrus), Dato Jalaluddin Hassan (sebagai Dato' Azman), Aman Gaseka (sebagai Kamal aka ayah Hanan) dan Fatin Afeefa (sebagai Zila)

Ianya berkisarkan kepada Adham yang telah berkahwin dengan Rosnaida (yang dianggap oleh Adham tidak direstui oleh Ayahnya (dibintangi oleh Dato Jalaluddin Hassan).

Rosnaida berasa kecewa dengan ayah mentuanya dan membawa diri ke luar negara dengan alasan untuk sambung belajar. Rosnaida membawa dirinya bertahun-tahun dan enggan pulang ke Malaysia.

Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan Khaira dari kejahatan ayah tiri Hanan Khaira iaitu Yusman. Adham telah menikahi Hanan Khaira tanpa sebarang perbincangan dengan Rosnaida demi untuk mengelakkan sebarang fitnah kerana Hanan Khaira dibawa tinggal oleh Adham ke banglo miliknya.

Perkahwinan mereka sangat bahagia sehinggalah tiba-tiba Rosnaida kembali pada malam annual dinner syarikat milik Adham.

Jeng...jeng....jeng... 

Memang best... betol... Kak Nova kata best... πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Tahniah la Remy Ishak... walaupun pada Kak Nova, Adham ni macam lemah jer... tapi, dia tetap baik, hensem dan romantik... dia terlalu menjaga hati orang lain sedangkan Kak Nova tahu bahawa hati dia sangat remuk di dalam.... gitewwwww.

Masa Kak Nova menulis nih... Cerita ni dah main 19 episod... So, ada lagi 9 episod la.... sebab, semua sekali ada 28 episod.

Korang yang nak tengok episod2 yang tertinggal boleh la klik kat KEKASIH PAKSA RELA .... so korang, jemputla tengok yer πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹....









2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...