Sunday, January 28, 2018

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPKK 2017... By Fadzlina Rahman

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPKK 2017... By Fadzlina Rahman

-------------------------------


Keputusan UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA diumumkan bermula hari ini 29/1/2018 (11.00 pagi) hingga 5/2/2018 (5.00 petang).

Link semakan adalah di Semak Keputusan UPKK 2017.

Hati berdebar-debar bila cuba masuk banyak kali tapi tak berjaya... sms pula  masih belum berbalas...

Faham dengan trafik yang sesak di mana ibu/bapa sibuk menyemak keputusan anak masing2.... Ummi cuba berulangkali untuk menyaksikan sendiri keputusan peperiksaan Aneesa....

Akhirnya, sesawang tersebut berjaya Ummi tembusi tengahari tadi.... Alhamdullillah... Tahniah anak Ummi... Syafeeqa Aneesa... 8A !...

Ummi nak share kegembiraan Ummi di dalam blog ini... suatu hari nanti, bila Aneesa dah besar... boleh tengok balik blog ni... 

Ummi nak share betapa bangga Ummi dengan kejayaan anak-anak Ummi.

Jadikan kejayaan ini sebagai permulaan untuk kehadiran kejayaan-kejayaan yang akan datang....

Ummi doakan keseluruhan perjalanan hidup Aneesa dan semua anak-anak Ummi dipermudahkan. 

Ingat! Setiap kejayaan pasti didatangkan selepas usaha yang bersungguh-sungguh, doa dan tawakkal. 

Yang bulat tidak akan datang bergolek... Yang pipih tidak akan datang melayang....

Jangan sombong apabila sudah berjaya nanti kerana apa yang kita ada umpama setitis air dari himpunan lautan di dunia ini... Kita bukan siapa-siapa tanpa bantuan dari-NYA...

Ummi sentiasa doakan yang baik-baik untuk Aneesa dan semua anak-anak Ummi... Semoga terus sukses di dunia dan akhirat.... Aminnnn....






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...