Thursday, November 2, 2017

PENGINAPAN BAJET DAN SELESA DI TG. GEMOK, ROMPIN ... By Fadzlina Rahman

 PENGINAPAN BAJET DAN SELESA DI TG. GEMOK, ROMPIN ... By Fadzlina Rahman

🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊



Kak Nova nak kongsi tempat persinggahan bajet yang selesa sebelum korang meneruskan perjalanan ke Pulau Tioman.

Ni diaaaa.... Hotel Jeti Tg. Gemok!

Pada Kak Nova, lokasi Hotel Jeti Tg. Gemok ni memang ideal. Jaraknya lebih kurang 5 minit walking distance ke Terminal Feri Tanjung Gemok. So, untuk outsider/foreigner tak perlu gusar nak ambil teksi ke terminal ini. Jalan kaki jer... 5 minit dah sampai.

Untuk cari tempat makan pula, memang tak susah. Bawah hotel ini ada satu kedai mamak 24 jam... Sayid Ali dan disebelahnya pula ialah KFC.

Dalam seminit perjalanan, ada gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan masakan panas (goreng-goreng la tu).

Kalau siang, terdapat gerai nasi dan lauk-lauk. Kiranya dalam perjalanan ke terminal feri tu... kalau lapar, boleh la singgah di gerai-gerai tersebut....😁😁😁😁

Di bahagian hadapan hotel ini terdapat seven eleven. Jadi, kalau korang tiba-tiba terlupa bawa ubat gigi ke, berus gigi ke... boleh la beli di sini.

Dengan jarak 3 minit (dengan kereta) pula, ada pusat dobi layan diri di sebelah kanan korang... aisey... memang senang la... 

Hotel Jeti Tg. Gemok  ni tidak jauh dari jambatan yang menghubungkan Pahang dan Johor. Dalam 1.5 minit sahaja anda sudah boleh berada di Negeri Johor iaitu di daerah Endau.

OK... Jom Kak Nova ajak tengok-tengok keadaan hotel....

Kak Nova la tu possing depan hotel tu... 


Kak Nova ambil bilik single jer... since Kak Nova pun seorang diri... 

Pada Kak Nova, susun atur bilik sederhana dan sesuai dengan Kak Nova yang tidak terlalu cerewet ni. Keadaan bilik pun bersih dan tidak berbau...



Dan yang paling penting... keadaan bilik airnya... memang bersih.... dan tidak berbau. Kak Nova memang selesa tinggal di sini selama lebih kurang seminggu.





Di lobi hotel pula, terdapat sudut makanan/air panas yang disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu-tetamu di hotel ini.

Jadi, kalau tengah-tengah malam dan terasa nak makan, boleh ke sudut ini... boleh sapu jem dan roti buat alas perut... Air panas pun ada boleh la buat rendam mi segera... hehe.



Ada meja untuk makan dan minum di pantry kecil ini... 



Di lokasi yang bertentangan, terdapat lif. Jadi, sekiranya dapat bilik di tingkat 3, tidak perlulah memanjat tangga...
Sangat mudah dan convenient lah...




Di bawah ni pula, meja reception hotel ini. Sangat selesa mata memandang. 




Pendek kata, kalau korang semua sampai di daerah endau-rompin ni dan tidak ada tempat untuk menginap, boleh lah singgah menginap di sini. Selesa dan bersih.

Cubalah....


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...