Tuesday, October 31, 2017

CARGO TO TIOMAN... By Fadzlina Rahman

CARGO TO TIOMAN... By Fadzlina Rahman

🚒🚒🚒🚒⛴⛴⛴⛴πŸššπŸššπŸššπŸššπŸš›πŸš›πŸš›πŸš›

Kak Nova tidak pernah percaya bahawa Kak Nova boleh melakukan tugasan logistik sesukses ini. Kak Nova tidak pernah percaya bahawa Kak Nova telah berada di tahap di mana Kak Nova boleh mencorakkan bentuk logistik yang Kak Nova ingini di dalam syarikat. Kak Nova tidak pernah percaya bahawa Kak Nova boleh memberi advise dan awareness kepada yang memerlukan tentang logistik. Kak Nova juga tidak pernah percaya bahawa pada hari ini Kak Nova telah menjadi bahan rujukan ramai pengguna....

Alhamdullillah... aturan Allah itu memang indah.

Bermula dengan seorang Jurutera Elektrik kemudian menjadi negotiator yang dibenci... dan kini menjadi seorang pemudahcara dan pengatur logistik syarikat.

Kak Nova berpeluang mengatur logistik dari yang sekecil-kecil barang sehingga ke sebesar-besar barang.

Peluang ini memang sungguh bermakna untuk Kak Nova.

Trip ke Tioman kali ini, Kak Nova perlu membawa kargo 40 kaki Open Top dari Netherland ke Pulau Tioman.

Tugasan kali ini sedikit mencabar kerana Kak Nova mengarahkan 3PL Kak Nova untuk melakukan urusan pengimportan bebas cukai.

Untuk tujuan tersebut, pengurusan yang teliti perlu dilakukan di Jeti yang disahkan oleh pihak kastam untuk melakukan pengeksportan barang ke Pulau Tioman.

Dan, syukur Alhamdullillah kerana pihak Kastam memang memberikan kerjasama yang sangat baik bagi memastikan kelancaran proses/program Kak Nova kali ini.

Kak Nova dari sudut hati yang paling dalam mengucapkan terima kasih kepada 3PL Kak Nova, pihak Kastam dan pihak jeti yang memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi.

Walaupun aktiviti hari ini selesai lebih kurang jam 8.00 malam, tetapi Kak Nova puas kerana aktiviti pemunggahan barang keluar dari kontena berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Alhamdullillah....

Esok, Kak Nova update lagi tentang aktiviti pengeksportan barang ke Pulau Bebas Cukai ini pula...

Ia sangat menarik....So, stay tune!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...