Thursday, August 24, 2017

KAWAH PUTIH - BANDUNG & SEJARAHNYA ... By Fadzlina Rahman

KAWAH PUTIH - BANDUNG & SEJARAHNYA ... By Fadzlina Rahman

☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃














πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘† Ini adalah among the best picture Kak Nova and mom masa recent trip ke Bandung #bawakmakjalan.

Nampak tak muka mak Kak Nova gembira? Alhamdullillah, Allah kurniakan rezeki untuk Kak Nova bawak mak jalan-jalan.

BTW, write up Kak Nova hari ni bukanlah nak cerita pasal recent trip tu... Kak Nova nak cerita pasal Kawah Putih nih jer....

Actually, perjalanan Kak Nova dari Hotel Vio, Cihampelas Bandung took about 2 hr 14 min dengan melalui jalan bertol... Its quite long, tapi worth it sebab kita boleh tengok pemandangan dan keadaan sekeliling. 

Sepanjang perjalanan, boleh dilihat alam sekitar yang masih 'dara' dan belum lagi diterokai.... masih kelihatan hutan-hutan hijau yang memang tenang dan sejuk mata memandang.






Saat kami sampai di kawasan kawah putih ini, udara memang sangat sejuk sekali... Kak Nova tak bawa pula baju sejuk... Kak Nova berdoa supaya Kak Nova boleh bertahan... Mak pun sama... hehe

Bau belerang memang sangat kuat... menyebabkan kami terpaksa membeli mask penutup hidung... supaya kami boleh bertahan lebih lama....





Sebenarnya Kawah Putih Ciwidey ini adalah Kawah Patuha... tetapi, menurut info, nama Kawah Patuha kian tenggelam dan kawah itu lebih dikenali sebagai Kawah Putih Bandung...

Sememangnya akan kelihatan tanah dan airnya berwarna putih...




Gunung Patuha ini berada di dalam daerah Bandung Selatan. Ia dianggap sebagai gunung yang tertua oleh masyarakat Ciwidey Bandung.

Nama Patuha ini dikatakan berasal dari perkataan Pak Tua (Sepuh) & masyarakat sekitar juga ada menyebut sebagai Gunung Sepuh.





Pada masa itu, puncak Gunung Patuha ini dianggap sebagai berhantu oleh masyarakat setempat sehingga tidak ada yang berani datang ke kawasan tersebut.

Oleh itu, kewujudannya dan keindahan alam sekitarnya tidak diketahui oleh masyarkat sekeliling pada saat itu.




Pada tahun 1837, seorang belanda peranakan Jerman yang dikenali sebagai Dr Franz Wilhelm Junghuhn (1809 - 1864) mengadakan lawatan ke Bandung Selatan. Ketika sampai di kawasan tersebut, beliau merasakan kawasan tersebut terlalu sepi dan sunyi. Tidak ada seekor binatang pun yang melintas di kawasan tersebut, 

Apabila beliau bertanya kepada penduduk tempatan, penduduk menyatakan bahawa kawasan puncak Gunung Patuha sangat berhantu dan ianya merupakan tempat bersemayam roh arwah para nenek-moyang serta pusat kerajaan bangsa jin.

Ini kerana, apabila ada burung yang melintasi kawasan tersebut, burung itu akan jatuh dan mati.




Walaupun dengan penjelasan tersebut, Junghuhn tidak percaya dan meneruskan perjalanannya ke kawasan tersebut untuk melihat sendiri apakah yang ada di kawasan itu.

Namun begitu, sebelum sampai ke Puncak Gunung, beliau sudah terpegun dengan keindahan alam di hadapannya. Beliau melihat sebuah danau yang begitu luas dengan air putih kehijauan. Dari danau itu keluar satu semburan lava serta bau belerang yang menusuk hidung. 

Dan terjawab sudahlah kenapa burung-burung tidak mahu terbang di kawasan itu.



Dan, dari situlah bermula perusahaan Belerang Kawah Putih dengan sebutan di Zaman Belanda sebagai Zwavel Ontgining Kawah Putih. Perusahaan itu diteruskan di Zaman Jepun dengan sebutan Kawah Putih Kenzanka Yokoya Ciwidey.

Cerita dan misteri kawah putih terus berkembang dari satu generasi ke satu generasi hingga kini.

Sehingga kini masih ada yang percaya bahawa tempat itu adalah tempat berkumpulnya para roh nenek-moyang...

Wallahualam... sumber dari Sejarah Kawah Putih.
























Monday, August 21, 2017

MANGGA ASAM BOI... Fadzlina Rahman


MANGGA ASAM BOI... Fadzlina Rahman

🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏

Korang.... Korang suka tak mangga asam boi? Kak Nova suka... Suka sangat... nyam..nyam...

Memula, Kak Nova buat suka-suka aje... sekali tu.... kawan-kawan suka juga... Kak Nova start la jual harga kawan-kawan kat kawan-kawan Kak Nova... Alhamdullillah, syukur... rezeki Allah tu luas... selagi Allah buka pintu hati kawan-kawan Kak Nova untuk beli ngan Kak Nova, selagi itu ada rezeki untuk Kak Nova.... πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Bahan-bahan asas dia...:

1) Mangga
2) Cili
3) Asamboi
4) Garam
5) Gula


hmmmm.... sedap tak terkira.... nyam... nyam...

Kak Nova belanja la sikit gambar #manggaasamboi dari air tangan Kak Nova sendiri....

Kalau korang nak order... jom pakat mai bisik2 kat 0137461811 yer... see you.... πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹







Tuesday, August 15, 2017

KAIN SULAM ASLI PADANG, INDONESIA.... By Fadzlina Rahman

KAIN SULAM ASLI PADANG, INDONESIA.... By Fadzlina Rahman
-----------------------

Mak aihhhhh.... dalam gambar dah cantik... kalau depan mata lagi la berkali-kali cantik... πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Ciri-ciri kain sulam ini yang perlu anda ketahui....
1) Satin Velvet
2) Ukuran 3.5 m
3) Bidang besar - 60"

Jangan risau sis!.... Lebar kain boleh muat untuk orang badan besar - XXL gitew..... πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ

Boleh buat baju kurung, baju jubah, baju kebaya.... etc... cantik dan selesa tau!!!!

OK... Kak Nova tunggu sis-sis pm yer... boleh pm ke 0137461811.... pm tau! 



Baju Sulam Code 001 πŸ‘‡





Baju Sulam Code 002 πŸ‘‡





Baju Sulam Code 003 πŸ‘‡





Baju Sulam Code 004πŸ‘‡





Baju Sulam Code 005 πŸ‘‡
SOLD





Baju Sulam Code 006πŸ‘‡
SOLD





Baju Sulam Code 007 πŸ‘‡





Baju Sulam Code 008 πŸ‘‡







Thursday, August 3, 2017

PREMIUM BEAUTIFUL PROMOTION (July - September 2017)...By Fadzlina Rahman

PREMIUM BEAUTIFUL PROMOTION (July - September 2017)...By Fadzlina Rahman

---------------------

Kak Nova nk habaq mai ni...

Yang pakat2 nak beli PB ni... elok la beli time promotion camni... tak rugi... malah untung ada... 

Yang masih nak tahu pasal PB ni... boleh la terus ke link nih.... KLIK SINI

Nanti, boleh pm Kak Nova la yer... 0137461811.




Tuesday, August 1, 2017

SURAH AT-TAUBAH AYAT 128,129... By Fadzlina Rahman

SURAH AT-TAUBAH AYAT 128,129... By Fadzlina Rahman

------------


Bermaksud:

128 : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saw), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih-sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

129 : kemudian, jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad) : "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Semoga kita dapat amalkan ayat2 ini selepas solat 5 waktu.

Ia sebagai penawar di kala kita kesusahan, kesedihan dan kesempitan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...