Friday, December 16, 2016

SINDIKET PENIPUAN TERANCANG! ... AWASSSSS!!!.. By Fadzlina Rahman


SCAMMER!!!!
Kejadian baru berlaku umpama pisang goreng panazzzz.... ke atas diri saya sendiri. Korang boleh la mengambil iktibar dari perkongsian ini.

Kejadian berlaku semalam (14/12/2016). Dialami oleh diri aku sendiri.

Melibatkan penggunaan identiti Hong Leong Bank, IPK KL dan Bank Negara Malaysia.

Pemanggil memang pandai memanipulasi keadaan (atau aku telah dipukau? - Wallahualam).

Senario kejadian seperti di bawah:

3.27pm

Aku menerima panggilan telefon dari Hong Leong Bank bernombor 03-76268899. Aku tak angkat kerana aku sedang menunaikan solat Zuhur di surau

3.28pm

Hong Leong Bank bernombor 03-76268899 menelefon aku kembali. Kerana panggilan bertubi-tubi, aku pun angkat dan memberitahu aku berada di surau. Pemanggil ada memberitahu serba-sedikit cerita tetapi disebabkan aku berada di surau, aku kurang memberi perhatian terhadap penceritaan itu.

3.40pm

Hong Leong Bank bernombor 03-76268899 menelefon aku kembali. Aku angkat. Pemanggil memaklumkan bahawa bank mendapati terdapat pemindahan wang luar biasa ke atas akaun aku pada jam 2.30pm itu. Bila aku tanya akauan apa. Pemanggil memaklumkan bahawa akaun itu adalah akaun Hong Leong Bank yang didaftarkan atas nama aku bernombor 1785 0052 660 dan telah dibuka di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Aku terkasima kerana aku tidak mempunyai saving account Hong Leong Bank. Beliau memperkenalkan diri sebagai Roslan bin Fauzi (No Staff 18823). Apabila aku mengatakan tidak pernah ada akaun Hong Leong Bank, beliau memaklumkan bahawa beliau percaya bahawa ini adalah perbuatan scam dan menasihatkan aku supaya membuat laporan polis. Menurut beliau, beliau akan bekerjasama dengan aku untuk menyambungkan talian ke 999. Beliau menambah, laporan akan diberikan melalui fax ke balai bolis tersebut.

Aku yang dah gelabah ayam + naif, mempercayai syor dan dakwaan Roslan bin Fauzi ini. Maka, aku merelakan panggilan itu disambungkan ke talian 999 tersebut.

Beb, sapa yang tak gelabah... lagi pulak nombor tu dari Bank yang aku selalu berurusan kannnn....

Panggilan yang disambung ke talian 999 tu kemudiannya disambut oleh Sarjan Ahmad. Setelah panggilan disambut, beliau membuat sapaan biasa kepada aku... bagaimana saya boleh membantu cik...katanya. Aku pun memberitahu perkara yang berlaku.

Panggilan itu diputuskan oleh Sarjan Ahmad dan beliau berkata akan menelefon aku kembali menggunakan nombor IPK KL. Beliau meminta aku google nombor IPK KL dan memastikan nombor yang aku google tu mesti sama dengan nombor telefon yang tertera di skrin telefon aku. 

3.58pm 

Aku menerima panggilan semula dari Sarjan Ahmad dari nombor 03-21460522. Nombor ini betul-betul milik IPK KL!
Beliau berkata bahawa beliau boleh membantu aku membuat laporan tersebut sama ada dengan hadir sendiri ke IPK KL atau melalui rakaman suara... 

Apabila aku yang naif ini memberitahu bahawa aku tidak biasa jalan di KL, beliau menyatakan bahawa beliau boleh membantu aku membuat laporan melalui rakaman suara. Walau bagaimanapun, ada syarat yang aku mesti patuhi iaitu:
1) tidak boleh ada suara lain sepanjang rakaman itu hanya suara aku sahaja
2) sekiranya ada soalan - aku perlu menghentikan beliau terlebih dahulu sekiranya beliau sedang berkata2,
3) bateri handphone aku perlu full dan sekiranya terputus, beliau sendiri yang akan menghubungi aku kembali bukan aku.

OMG! aku memang naif, sampai sini pun aku masih tak perasan lagi kepelikkan yang berlaku!


Aku bersetuju dengan syarat tersebut dan mula membuat aduan yang ingin dibuat. Sarjan Ahmad bertanya nombor kad pengenalan untuk pengesahan. Aku yang naif memberi nombor tersebut tanpa ragu-ragu. Kemudiannya, nombor kad pengenalan aku itu diberikan oleh Sarjan Ahmad ke bahagian IT untuk penyemakkan. Aku dengar Sarjan Ahmad bercakap dengan seseorang di hujung talian melalui walkie talkie. 

Dari hujung sini, aku dengar Officer IT tersebut menyatakan bahawa nombor kad pengenalan aku itu mempunyai kes jenayah penyeludupan dadah dan sindiket wang haram. Tambahnya lagi, aku bersekongkol dengan Penjenayah yang bernama Tan Boon Hwa yang kononnya baru ditangkap baru-baru ini atas kesalahan yang sama. 

Tan Boon Hwa telah memberi beberapa nombor kad pengenalan orang-orang yang bersekongkol dengannya kepada pihak polis . Tan Boon Hwa menyatakan bahawa kononnya beliau telah membayar RM2000 kepada aku sebagai memberi izin beliau menggunakan nama aku untuk membuka akaun untuk dirinya. Beliau mendakwa aku sangat miskin dan memerlukan wang tersebut.

bila sampai sini - aku terkasima... sebab aku tidak miskin dan aku tak pernah membenarkan orang lain menggunakan nama aku untuk kepentingan mereka. Tetapi, aku masih tidak mampu untuk mematikan panggilan telefon tersebut! Adakah aku telah dipukau? Aku tidak dapat memberi jawapan....

Kemudian, aku dengar perbualan di antara Sarjan Ahmad dan pihak IT itu diputuskan.

Sarjan Ahmad mengherdik aku kerana bersubahat dengan penjenayah yang kononnya bernama Tan Boon Hwa itu.

Memang saspen sebab aku tak kenal siapa mamat Cina tu dan aku memang betul-betul takut. Kiranya sampai tahap air mata keluar sendiri la... huhu...

Maka, perdebatan antara aku dan Sarjan Ahmad pun bermula... di mana beliau memaksa aku untuk mengaku perkara yang aku tak buat ini. Dan aku pula memang berkeras tidak mengaku.

Di tengah-tengah perdebatan itu, beliau ada meminta maklumat jenis bank dan wang yang aku ada. Aku yang ketakutan + panik + naif ini pun memberitahu jumlah wang dari setiap bank yang aku ada... aduhai... agak "bongok" di situ... tetapi pada ketika itu, aku memang betul2 panik. 

Beliau ada menyatakan bahawa beliau perlu memastikan sumber kewangan yang aku ada itu mesti dari sumber yang sah.

Perdebatan ini berlaku dalam satu tempoh tertentu. Ada juga Sarjan Ahmad cuba menghubungi pegawai atasan beliau dengan merujuk kepada nombor kes tipu aku tu (no kes : 27/6511/7). Dari jauh aku dengar beliau bercakap mengenai 2 helai pakaian.

Apabila talian antara beliau dan pegawainya diputuskan, Sarjan Ahmad bertanya aku sama ada aku tahu maksud 2 helai pakaian itu. Aku mengatakan bahawa aku tak tahu. Dia menyatakan 2 helai pakaian bermaksud tahan reman sehingga kes selesai. 

Sarjan Ahmad mengatakan kepadaku bahawa aku ada 2 pilihan sama ada 2 helai pakaian atau akaun sementara dari pihak mahkamah.

Sarjan Ahmad menyatakan beliau sudi menjadi penjamin aku dan bersedia untuk merujuk kes ini kepada pegawai atasan beliau. Beliau meminta aku memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai atasan beliau itu. Bila aku tanya kerjasama yang macam mana yang beliau perlukan. Beliau menyatakan bahawa aku perlu bersetuju dengan cadangan pegawai atasan beliau. Beliau memberikan aku dialog untuk bercakap dengan pegawai atasan. Pegawai atasan beliau bernama Tn IO Lin. Dialog yang diajar berbunyi begini:

Selamat Petang Tn IO Lin, Saya (nama penuh saya), nombor kes 27/6511/7 (dah ada nombor kes kau! mana tak gelabah ayam!) mengaku tidak mengenali Tan Boon Hwa dan merayu pihak tuan untuk menyiasat melalui Kementerian Kewangan bahawa akaun yang saya daftarkan atas nama saya tidak mempunyai unsur jenayah. Saya memohon akaun sementara daripada pihak mahkamah.

aku rasa memang aku dipukau la kot... sebab aku tak berdaya nak mematikan panggilan itu.... grrrrr

Apabila panggilan disambungkan, Tn IO Lin meminta aku menunggu di talian sebanyak 2 kali... kononnya ada kes yang hendak diselesaika!... aku patuh menunggu. (bangang gak kalau diingat balik).

Aku baca skrip yang diberi di atas dan Tn IO Lin memberi kata dua kepada aku iaitu 2 helai pakaian atau akaun sementara dari pihak mahkamah.

Ofkos aku takut dan memilih pilihan kedua!... Jerat mereka hampir terkena beb! Memang itu yang mereka mahukan sebenarnya!!!

Tn IO Lin menyatakan bahawa aku terlibat dengan kes jenayah berat dan meminta aku transferkan semua wang yang aku ada (Sarjan Ahmad dah tahu & dah kira tadikan)... ke dalam akaun mahkamah itu nanti. Menurut beliau, beliau akan menghantar akaun tersebut ke Bank Negara untuk menyemak kerana tidak mempercayai mana-mana bank selain Bank Negara

Menurut beliau lagi Tan Boon Hwa adalah bekas Pengurus Maybank dan tahu selok-belok kewangan. Beliau mengatakan bahawa apabila sumber kewangan aku memang didapati benar-benar sah, wang aku akan dikembalikan dalam masa 30 minit.

Bahasa Tn IO Lin tak lembut... dan agak kurang ajar sikit. Tapi takpe... aku layankan dengan soalan2 aku.

Aku tanya dia... macam mana nak pindahkan. Dia jawab melalui online.

Aku tanya lagi... online transfer ada had limit. Dia jawab : dia boleh bantu untuk naikkan had limit.

Aku tanya lagi... kenapa kena buat kelam-kabut?. Dia jawab : sebab nak elakkan aku dari dikenakan tindakan pertama iaitu 2 helai pakaian. Dia mengatakan waran tangkap telah dikeluarkan pada pukuk 5.30 petang.

Aku tanya lagi... Aku kata kenapa keluarkan waran tangkap? Dia jawab : sebab aku tak bekerjasama dengan pihak polis. Aku membuang masa dia.

Aku cakap : Saya tak kata saya tak nak bekerjasama dengan pihak polis... Saya cuma pelik... mula2 saya buat aduan pasal pemindahan luar biasa, akaun palsu & end up saya pulak yang bersalah. Saya jumpa Tn aje la petang ni balik kerja. Saya nak tanya banyak soalan ni. Dia jawab : apa yang u nak tanya? tanya sekarang! 

(pelik polis nih... Allah dah mula memberikan keberanian pada aku. Aku letak phone pada loud speaker mode. aku print screen nombor tu & forward pada suami aku)

Oh ya... lupa nak bagitahu...sepanjang sesi soal jawab aku dan Tn TO Lin tu, dia banyak kali putuskan panggilan... (macam diskas sesuatu dengan orang lain di situ...)

Sesi soal jawab tidak terhenti di situ...

Aku tanya lagi: Bagi saya masa kejap. Saya nak diskas dengan husband saya. Dia jawab : U tak dibenarkan memberitahu perkara ini kepada sesiapa pun kerana takut akan mengganggu siasatan polis.

Dia menyambung : saya dapati kamu tidak memberi kerjasama dengan pihak polis. Sekarang kamu cakap. Kamu nak beri kerjasama dengan pihak polis atau tidak? Kamu mesti pindahkan wang kamu ke akaun mahkamah ini. Kalau tidak, kamu mungkin akan ke tali gantung! Saya pulak cakap : Tolong bagi saya surat mahkamah. Kemudian saya akan fikir.... huhuhu

Tiba-tiba panggilan terputus dan aku decided untuk balik rumah je... kepala aku memang betul2 serabut sekarang ni dan takde mood nak buat kerja dahhhh.

5.33pm

terima call dari "unknown" number. Tak sempat pick-up.


5.35pm

terima call dari "unknown" number lagi.

Rupa-rupanya, Tn IO Lin menelefon aku semula. Tapi kali ni bukan dari nombor IPK KL... Memang kanasai mamat ni... 

Dia memarahi aku kerana memutuskan telefon tadi. Aku kata bukan aku putuskan tapi terputus. Dia memaksa aku untuk ke IPK KL untuk menyelesaikan kes ini petang itu juga. Aku kata, OK... aku akan pergi selepas membuat laporan polis di Pejabat Polis berhampiran. Dia marah2 dan maki2 aku. Aku sempat meminta nombor polisnya.. dakwanya nombornya adalah : I31447... aku tak tahu nombor sapa yang dikebabnya .

petang tu jugak aku block semua kad ATM, online banking aku. Bedebah mamat ni.. Gurau kasar sampai menyusahkan aku. Penat aku beratur lama nak tukar kad ATM baru... tetiba aku kena batalkan balik dan kena bayar RM12.00 kalau nak aktifkan balik kad ATM tu. errrr... tapi, tu lebih baik dari kehilangan semua duit yang aku ada...

Petang tu jugak aku pergi buat report polis... Polis kata, dah banyak yang terkena...  & siap transfer duit lagi.... Polis kata syukur aku tak transfer apa2 & tak beri nombor akaun etc.

Alhamdullillah... aku masih berada di dalam perlindungan Allah... Syukur...

Beb... kiranya lakonan nih bermula dari jam 3.27pm dan berakhir pada 5.37pm. 2jam 10minit beb!

Memang kurang ajar mereka nih... korang ... tolong berhati2...

Ini adalah pengalaman yang cukup mengerikan aku. Ada perkara2 yang boleh kita ambik iktibar dari kejadian yang menimpa aku ni:

1) Polis kalau nak tangkap penjenayah, takkan ada kata 2 macam nih... 
2) Jangan pindahkan duit kepada orang yang tak dikenali... 
3) Cuba istighfar semasa kita rasa tak berdaya nak mematikan talian telefon/perbualan yang meragukan seperti ini. Kerana kemungkinan kita telah dipukau.
4) Jangan jadi terlalu naif
5) Jangan percaya pada talian 999 yang disambungkan oleh pihak tertentu. Kalau betul2 nak dail 999 -> DAIL SENDIRI!
6) Jangan mudah percayakan orang....

itu saja kisah mimpi ngeri aku nih. Aku harap, korang yang baca nih... jadikan iktibar... jangan terkena macam aku... Ingat! Jangan percaya pada talian kepada polis yang disambung oleh pihak ke-3! Semoga kita semua terpelihara dari perkara2 yang tidak diingini seperti ini.

Blog2 yang ceritanya lebih kurang sama dengan pengalaman aku ... boleh dirujuk di sini:

SATU
DUA




34 comments:

  1. Kisah ni sebiji dengan kes suami sy..tp bank affinbank.. tpi bile dah lebat jenayah dadah n mcm mengarut suami mintak untuk hubungu sendiri bukit aman.. tpi x tepon bukit aman tpi suami tepon balik no. Affinbank.. dan org affinbank kate banyak kes mcm ni berlaku.. dorg kol melalui internet.. mgunakan no bank dan ipk.. nasib baik suami dpt rase lain bila tetiba lebatkan jenayah dadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan... semoga kita semua di dalam peliharaan Allah. Aminnn....

      Delete
    2. Ya allah adakah saya sudah terkena ni.kes sama mcm kes saya jumaat lepas.ya allah

      Delete
    3. sis dapat panggilan telefon dan transfer duit ke?

      Delete
  2. Pernah terima panggilan yang sama beberapa tahun lalu, modus operandi yang sama. Syukur masih dilindungi. Semak di internet nombor sama. Call sendiri pakcik yang bekerja di IPK Pulau Pinang minta bantuan dia untuk check, kata tak ada nama pegawai yang dinyatakan. Bila bagi ID Pegawai tu, katanya kalau pangkat sekian IDnya sekian. Berhati-hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... sama2 kita berhati2... Semoga kita semua di dalam perlindungan Allah....
      baru2 nih, sy dapat WA pula yang kononnya beliau terlibat di dalam penyiasatan kes penipuan seperti ini.... sungguh mencurigakan...

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Saya dapat panggilan juga dripda nombor yg sama.. Dan saya bertuah saya tidur pada msa itu.. Cuma ragu-ragu bila dpt pesanan suara.. Jadi saya cuba kesan no ni di internet.. And i read your blog.. Alhamdulillah again.. All my question have been answered.. Thank you ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah... semoga kita semua dilindungi... Amin

      Delete
  4. Bru tdi dpt call dri HLbank..katanya sya ada tggkn kd kredit..pdhl sya x prnh brurusan dgn bnk tu..then org bank tu sndri smbungkn talian ke ipd tawau utk sya buat report..knp ipd tawau?sbb katanya akaun tu dibuka di sana..huhu..gelabah beruk weh..kita duk perak tpi mklumat kita leh dpt ke sabah..

    ReplyDelete
  5. kes ni sama je mcm kes saya smlm kak..punya lah takut kena tipu mcm tu sekali..memang sbji cerita mcm tu..cuma nama staf yg dinyatakn berbeza..nasib baik saya xikut ckp meka juga..dan btanya kepada yg lebih arif ttg hal mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah... nasib baik takde apa2... semoga kita semua dalam perlindungan Allah. Boleh buat report polis tu...

      Delete
  6. baru dapat call tadi dari hong leong bank konon2. dengar suara operator robot tu dah tahu scammer sbb mana ada akaun hong leong plus saya mana simpan duit dalam bank. hahaha. tak habis robot tu cakap terus letak. g mam sama scammer !

    ReplyDelete
  7. Kamk baru saja dpt panggilan seperti ini.kak terperanjat,sebab no telepon rumah.kak tak bagi pd sembarang org.bila kak jawab,dia org kata kak ade pinjam duit rm 50000.kak jadi takut,sebab kak suri rumah tangga dan tak pernah buat pinjaman.sarjan wong chee meng dari polis jenayah perakmenyoal dan mengatakan kak ade sendikit dadah.kak takut sgt bile sebut pasal dadah.tiba tiba dgn kuasa allah kak jadi berani dan meminta no ic nya kalau benardia seorang polis.dia bagi no kad kerjanya,tapi kak paksa dia bagi no ic.dia jadi marah dan memaki.terus dia letak telepon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah takde apa jadi pada kak.... semoga kita semua di dalam perlindunganNYA. Amin...

      Delete
    2. Sy dpt jgk pggilan mcmni ahad lepas..tp xbgi apa2 mklumat kt dia alhmdulillh..diorg xblh detect atau copy mklumat dari hnset kita kn? Just mintak pencerahan.

      Delete
    3. tentang tu... saya kurang pasti puan... tergantung kepada tahap kebolehan scammer tersebut. tapi, dinasihatkan jangan save nombor acc kita/ pin etc dalam handphone utk keselamatan...

      Delete
  8. saya kenal kessama sama macam ini kat pagi ini juga. step step dia sumua sama. nasih dia tak jadi tipu, lucky
    26/1/2019

    ReplyDelete
  9. Baru nampak post lepas kena call. Siap lagi "polis" tu ckp jng beritahu siapa2.
    Dekat lagi percaya. Trus nampak post ni. Nasib xda kena tipu apa2. Skrng Otw buat laporan polis.

    ReplyDelete
  10. Ya Allah..adakah sye terkene jgak..dan sye telah pindahkan wang tersebut.. Ya Allah..apa ptut sye buat..

    ReplyDelete
  11. Assalam.. saya baru terima kejadian yg sama sprti akak.. YaAllah.. terima panggilan dripda Mahkamah katanya.. kmudian dsmbung ke bahagian kecemasan HQ Bukit Aman untk buat laporan mngenai data peribadi disalahguna org ke3.. kmudian dismbung kepada Sarjan Kamal katanya.. jalan crita sama sprti crita akak.. cuma nama brbeza.. mmg betul scammer ye kak? Skrg saya otw nak buat laporan polis..

    ReplyDelete
  12. Baru baca... Kemarin sy kna dan habis lesap 8200... Sy pun x percaya terkena smpai mcm tu skali... Balik baru pk.... Dya menakut nakutkan kita shingga mengugut ahli keluarga.. Sebijik kes diatas... Minx semua jngn angkat dan guna app true caller... Harap x de lg kes mcm nie... Ksiann

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer... TRUE CALLER pun membantu...
      semoga semua kita dipelihara dari penipuan2 seperti ini...

      Delete
  13. Saya pun sama mcm kes akak..cuma bezanya sy mengenai pengambilan ubat tanpa kawalan..pada awlnya kemudian sy mcm xcaya dan sy diminta buat laporan polis dan sambung ke talian 999. Dan sambung ke orang lain iaitu sarjan ho Mun ho..lepastu dia check nama dan ic kat IPD bukit aman..melalui rakaman suara..dan katakan maklumat sy terlibat kes penyelewengan wang haram menggunakan current akaun Maybank.. dan sy menafi sekerasnya..endingnta sama mcm alhamdulolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk baru kena pagi tadi, binggung + terkejut, yelah kn di sabitkn terlibat dgn kes penipuan ,mahu tk terkejut

      Delete
  14. Saya baru kena pagi tadi, dapat panggilan dr staf Tnb yg mgatakan saya ada buat permohonan elektrik utk rumah kedai di ipoh, perak. Sdgkn saya org trg. Lps saya menafikan ada buat permohonan ,staf tu sambungkn saya IPK, ipoh perak dn bcakap dgn sarjan ho - mun - foo. Selepas bberapa soalan yg di ajukn pd saya, kemudian sarjan buat panggilan pulak pegawai bahagian jenayah utk cek nama dn ic saya, jika masih ada lagi penipuan yg di gunakan ats nama dn ic saya..
    Selepas tu pegawai polis yg bcakap mlalui walkie talkie mgatakan ada pembukaan acc maybank ats nama dn ic saya utk satu sindekit penubuhan wang haram yg bjumlah 230k..terkrjut saya, dn saya nafikn yg saya tk tahu menahu kewujudan acc maybank tu.
    Pegawai tadi soal selidik dn mgatakan saya suspek utama yg mana ketuanya adalh tan boon hwa, di mana tan ni adalh pegawai maybank di k. Tetengganu..
    Dr pukul 10.30 pagi sampailh pkul 2.30 ptg, soal selidik ni blangsung.. Dn saya di nasihatkn utk tdk bgitau pd sesiapa pun bkenaan kes, du kuatiri keselamatan saya, famili akn terjejas..
    Bnyak kali jgklh pegawai polis ni pesan pd saya..

    Lps tu pegawai tu suruh saya tunggu sekejap utk dia bcakap dgn pegawai atasan utk mgesahkn yg saya ni adalh mangsa pd kes penipuan mgunakn identiti saya tanpa pgetahuan saya..
    Dan utk itu pegawai akn col saya swtiap 6 jm sekali bgi mmastikn saya ni betul2 bgi kjesama dn jgk nk pastikn saya dlm keadaan selamat.. Soalan saya adakh perlu saya buat laporan polis sbb dorg ni dh myamar sbgai pgawai polis dn no wsp dorg ad logo pdrm.. Tlg bntu saya..

    ReplyDelete
  15. Semua acc saya di selidik, mjur jgklhh saya xde buat apa2 transfer lagi..tapi semua acc yg saya ada dorg dh tahu..
    Pkul 6 pegawai tu janji nk col saya, tapi dia xcol, hanya wsp je..
    Lps tu saya google nama tan boon hwa barulh saya lps baca kisah kt dlm ni.. Ya Allah nasib baik Allah lindung xbuat apa2 transfer lagi.. Pegawai tu siap tanya brp jumlah wang yg ad dlm semua acc yg saya ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita . Saya cuma kata saya ada bank BSN. Jumlah dalam tu hanya rm 33.00 ringgit sahaja sebab start saya buka akaun, memang saya xpernah transfer atau masukkan apa² wang . Saya tunggu perkembangan , 2 hari dia x chat or call saya. Terpikir juga kalau dia polis , dia akan sentiasa bantu kita dan sentiasa update . Ini tidak lansung

      Delete
  16. Hi , saya rasa saya kena scam call yg serupa macam ini , 2 hari lepas . Dia cakap dia dari staff j&t kata saya ada hantar barang dari Shah Alam Selangor ke Miri Sarawak yg penerima nya adalah bernama Tan Boon Hwa.Tetapi saya pelik sebab saya tinggal dekat Sri Aman, Sarawak . Saya dahlah memang tidak sesekali pernah pergi ke Miri atau Selangor. Staff tu kata saya hantar benda terlarang seperti kad ATM , sim kad , 1 pendrive dan token bank . Dia kata saya kena berurusan dengan IPK Selangor iaitu Sarjan Ahmad juga. Saya pun berurusan dengan Sarjan tersebut. Dia pun tanya saya Alamat rumah saya , minta gmbar saya , minta ic saya dan dia kata dia akan bantu. Sebab saya x pernah pun buat laporan polis, jadi ini pertama kali saya buat . Selepas tu dia chat , dia kata saya belum dapat pengecaman lagi . Saya cakap , xpa saya akan tunggu perkembangan. Petang tu saya chat balik . Tapi kena bluetick Smpai ke hari ini . Jadi saya pun taip nama Tan Boon Hwa tu dekat Google hari ini, then saya pun terbaca blog akak . Selepas saya baca keseluruhannya, saya punn kesal kerana saya rasa saya telah dikena scam .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...