Saturday, October 22, 2016

SUKAN SUNNAH MEMANAH.... By Fadzlina Rahman

SUKAN SUNNAH MEMANAH.... By Fadzlina Rahman

🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠

Rasullullah bersabda bahawa orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah (HR Muslim) . 






Rasullullah bersabda lagi Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).(HR Muslim) . 


MEMANAH





 Rasullullah bersabda kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu  (Riwayat Bazzar dan Tabrani).

Rasullullah turut bersabda pada sahabat yang sedang bermain memanah Sesungguhnya datuk kamu iaitu Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah kerana aku bersama Bani Fulan (salah satu daripada kumpulan memanah). (Riwayat Imam Bukhari).

Di antara kebaikan sukan memanah adalah:

1) Melatih si pemanah untuk memiliki emosi yang tenang dan stabil.
2) Membantu membentuk emosi positif
3) Membina konsentrasi
4) Melatih menjadi sabar dan berdisiplin tinggi
5) Membantu mengatasi rasa ketakutan
6) Membentuk keyakinan diri
7) Memberi manfaat kepada seluruh anggota badan dan mental
8) Dapat dikaitkan dengan proses muhasabah bagi menilai diri iaitu fikiran, pendirian dan proses membuat keputusan kerana pemanah yang baik perlu berada di dalam keadaan yang tenang ketika melepaskan busar panah

Sebagai mengikuti sunnah Rasul yang kita cintai ini, anak-anak didedahkan dengan sukan ini. 2 jam petang di hujung minggu cukup untuk memupuk rasa cinta anak-anak terhadap sukan ini....

Jom tengok Ameera, Aneesa, Aleeya dan Aqeela memanah santai.... Semoga mereka akan menjadi pemanah yang baik satu hari nanti.... InsyaAllah... 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...