Sunday, August 28, 2016

Langkawi D4 🌹🌹🌹 ... By Fadzlina Rahman

Langkawi D4 🌹🌹🌹 ... By Fadzlina Rahman

------------------

Day 4 di Langkawi... kami ke:

1) Galeria Perdana
2) Kilim Geoforest Park
3) Langkawi Craft Complex
4) Faizy Crystal Glass Blowing Studio
5) Tanjung Rhu

Hari ni memang kami balun jalan kaw-kaw... Bukan sebab esok puasa.... Kami tak ingat pun yang hari esok dah start puasa.... huhu...



GALERIA PERDANA.

Galeria Perdana ni adalah tempat menyimpan cenderahati dan anugerah yang diterima oleh Mantan Perdana Menteri Ke-4 kita... Tun Mahathir Mohamad dan isteri.

Memang banyak cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-ketua Negara serta pemimpin-pemimpin dari dalam dan luar negeri semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri. 

Kiranya Tun mengamalkan konsep cenderahati ini adalah milik kerjaan dan rakyat Malaysia.

Besar betul galeria ni... ada Blok A, Blok B dan Blok C.

Sempat jugak la saya mengabdikan kenangan semasa di galeria ini.


Replika kapal layar ni tak ingat la dari mana... tapi, tengok tu semua SYAFEEQA bergambar di situ... huhu

'


Terdapat ruang bertingkat di setiap blok. Perjalanan agak memenatkan juga... tapi, kita enjoy!




Gambar bawah tu konon2 nak tiru Tun. Tapi, Cik Abang kita dah terlebih lentok plak... adohai...

Ni kat Blok B rasanya.




Gambar budak gembira... Aneesa & Aqeela di depan pintu masuk Blok C... 




 Bergambar dengan kereta F1.



Sempat selfie dengan Pontiac Catalina & Mitsuoka Classic Type F. Hehe...





Kat depan galeria ni ada sebuah bahtera kayu. Kami ambil kesempatan untuk ber "wefie" dua orang. 




Perjalanan di Galeria Perdana tamat tengahari... So, ada masa lagi untuk kami buat aktiviti lain... hehe



KILIM GEOFOREST PARK

Dah alang-alang, kami decided nak boating la...

Hmmm... yuran tak mahal la untuk satu boat tu

Tapi, untuk yang tak biasa naik bot cam diriku ini... memang terasa macam nyawa nak melayang la... adohai....

Tapi, good experience to go through actually.... πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Kami ambil one hour package jer... iaitu:

- Bat Cave
- Fish Farm
- Eagle Watching
- Crocodile Cave
- Andaman Sea Tour



 Gua Kelawar (Bat Cave)






Tak berapa nak perasan - ada banyak kelawar sebenarnya atas tuh... huhu... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Hutan bakau di sekitar Gua Kelawar. Cantik sungguh ciptaan Allah. Ni air tengah pasang... memang tak nampak segala selut dan jerlus... memang cantik...






 Di Andaman Sea... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Kecut perut juga bila bot nih laju jer menuju ke laut lepas... Laut Andaman... First time sampai ke Laut Andaman nih & boleh nampak Thailand dari sini....







Dalam takut-takut tu sempat jugak la ber"selfie" berlatar belakangkan bukit batu berlabel "KILIM GEOFOREST PARK". 

Actually, kat bahagian atas tu leh nampak batu seperti bentuk penyu... ia terbentuk secara semulajadi... Subhanallah!




River Cruise... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





Lunch @ Restoran Terapung ... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Nah... belanja gambaq lobster sekeping!




Alang-alang makan memang kami makan betul-betul la... Lebih kurang RM500.00 jer... utk 6 orang makan... rasa pun boleh tahan sedapnya... Alhamdullillah...





 Kak Ameera dengan kulit Lobster.


 Nah... belanja lagi gambaq... perut masing-masing pun dah boroi... dah kenyang la tewwww...








LANGKAWI CRAFT COMPLEX  πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

ialah salah satu tarikan pelancong yang mana di dalamnya memaparkan hasil kraftangan masyarakat Malaysia dan budaya masyarakat Malaysia.

Ia terletak 21km dari Pekan Kuah.




FAIZY CRYSTAL GLASS BLOWING STUDIO πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Studio ini terletak di atas bukit di kawasan yang sama dengan Langkawi Craft Complex. Ia memaparkan hasil kraftangan yang menggunakan kristal. Pelbagai hasil kraftangan dihasilkan dan dijual di sini.






TANJUNG RHU πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Lepas beli souvenir dari Faizy, kami terus ke Pantai Tanjung Rhu. Hmmm... Pasirnya memang halus mulus! Memang cantik... Subhanallah!

Ada permatang hingga ke tengah laut... tapi tak berani nak meniti permatang tu sebab takut air naik tiba-tiba tak berani nak lari... hehehe

Kitorang main pantai betul2 sebelah Tg Rhu Resort....

Melompat kegembiraan... hahaha... sekali2 'buat hal' kat tempat orang....



Balik dari Tg Rhu, kami singgah di Laksa Ikan Sekoq untuk makan-makan. 

Memang cantik sunset di tepi pantai nih.... Nah belanja gambar!




Kiranya final place untuk hari ke-4 ini ialah Laksa Ikan Sekoq di Padang Matsirat la... esok puasa... & confirm la takde orang jual laksa kat sini... Kami siap tapau bawak balik lagi... hehe...

Aktiviti hari ke-4 memang happening! ❤❤❤

Sunday, August 14, 2016

MISI MENCARI IKAN DI PANTAI REMIS, JERAM... By Fadzlina Rahman

MISI MENCARI IKAN DI PANTAI REMIS, JERAM... By Fadzlina Rahman

------------------------

Kata orang, di Pantai Remis ada jual ikan-ikan segar. Hmmm... dah lama duduk di Klang ni, baru tahu yang di Pantai Remis ada jual ikan segar yang baru naik dari laut katanya...

Kami pun 'usha' la... 

Kepada yang tak tahu mana dia Pantai Remis... ni nak habaq mai... lokasinya di antara Kuala Selangor dan Kapar. Kira-kira dalam 20 km kot dari Kuala Selangor... 

Selain pasar basah, ada juga la kedai makan kat sini. Kot2 malas nak buat sarapan kat rumah... leh try menu2 kat sini... OKla... sekali2 kan...  ada yang dah ready & ada yang boleh dimasak ikut menu yang kita order...

Ni Aleeya & Aneesa... tengah tunggu menu masing-masing.




Ada playground jugak la kot2 ada yang bawak anak kecik2 nak main2 buaian, gelungsur, etc... bolehla... tamannya pun bersih.





Pantainya bersih juga... cuma, pasir-pasirnya tak halus la.. Kalau banding ngan Pantai Cenang or Pantai Rhu kat Langkawi tuh... memang jauh la...

Tapi, not bad sebab Pantai ni tak tercemar pon dengan sampah-sarap. Banyak cengkerang2 siput kat sini... & dari pemerhatian memang banyak betul orang menjala & memancing kat sini... 




Dah puas jalan, kami ke pasar ikan segarnya... hmmm... ikan memang looks fresh you!...

Ketam besar tu dalam RM24-RM27 sekilo harganya... ok.. worth it. Ketam gemuk & isinya pun banyak... Rasanya pun, memang MANTAP. Goreng pun sodappp





Kepah, kupang, sembilang, jenahak, mayong semua ada... Tapi, yang paling *win* pada pilihanku ialah telur sotong... memang MANTAP... suka2... sekilo dalam RM25.00 camtu...

Telur sotong, masak kunyit potong lada... hmmm... memang tak pasan mak mertua lalu sebelah la... hihi...




 Isi lala pon kena rembat gak... hmmm... sedap masak sambal... senang tak yah masak ngan kulit dia....

ps... tengok acik tuh... rilek jer... korang rasakan berapa income dia ek? perghhhh.... memang mahsyuk acik ni... weldone acik!




Selain pasar ikan nih... ada gak pasar jual sayur2 kampung... kangkung, serai, petai, etc... tak sempat lak nak snap... huhu.. maafin...

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ Bawah nih contoh booth yang jual makanan2 kering contohnya otak2 & sata. Ada juga booth2 lain... jual makanan, pakaian, etc.

Bolehla... bawak family jalan2 tepi laut sambil makan2 otak2... hihi...


Kami kat sini tak lama, dalam 2 jam jer... boleh siap semua... jalan2, makan pagi & shopping ikan segar....

Beli stok ikan segar untuk seminggu... & minggu depan leh pegi lagi... :-)

So, this is recommended place untuk korang yang nak cari ikan segar... sebelah nih ada Pasar Nelayan jugak.... 

Untuk korang yang malas nak bersesak2 kat Pasar Klang atau mana2 pasar ikan... boleh la try ke sini yer...

(͠≖ ͜Κ–͠≖)πŸ‘Œ... Fadzlina Rahman

Thursday, August 11, 2016

ENGLISH TUITION AT SJ BIZ CENTRE...By Fadzlina Rahman

ENGLISH TUITION AT SJ BIZ CENTRE...By Fadzlina Rahman

✎✎✎✎✎✎✎✎✎✎


We will share some pictures for the English Tuition Class held at SJ Biz Centre, Shah Alam in May, June and July 2016.

Usually, our business centre will be booked for the English Class on Saturday night and Sunday.

The English Class were held for students standard 4,5 and 6. It will be focus to those who will sit for UPSR.

To parents who are looking for the english classes you may whatsapp me at 0137461811 for the details.











(Ι”◔‿◔)Ι” ♥ : fadzlina rahman


Wednesday, August 10, 2016

Langkawi D3 🌹🌹🌹 ... By Fadzlina Rahman

Langkawi D3 🌹🌹🌹 ... By Fadzlina Rahman
---------------------------------

Untungla di Langkawi Dayang Bay ada bilik untuk basuh baju.... So, whilst the kids splashing at the pool with their father, me took the opportunity to wash our cloth.... beli jer sabun cecair kat kedai depan nu... & guna la perkhidmatan mesin basuh dia di aras 2.... berhampiran dengan lif... senang.... sabun kena bawa sendiri yer.... ≧◠‿◠≦✌

Tengahari sikit, baru kami gerak untuk makan tengahari dan agenda hari ini adalah ke Langkawi Wild Life Park & Bird Paradise, Pantai Pasir Hitam dan Pantai Chenang...


Burung kat sini jinak2... boleh feed lagi... 
Beli jer makanan haiwan selepas entrance & dah boleh feed burung2 di situ berdasarkan panduan yang diberikan....



Nih peta lantai (floor plan) untuk Langkawi Wild Life Park & Bird Paradise:




Pergi tempat-tempat macam nih, budak-budak la yang paling excited sekali... iyer la... mereka ni membesar sebagai budak bandar... tak pernah merasa bagi makan ayam/burung kat tapak tangan kannnn....

Tengok Aqeela... excited bila burung tu dok atas tapak tangan dia sambil  makan dedak... hihi... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Burung-burung tuh pon comel jerrr... saje jer bila orang pegang dia...






Bila masuk area "rabbit" πŸ‡πŸ‡πŸ‡ ... masing-masing berebut-rebut nak pegang rabit pulak....

Rabbit tu pulak, manja sangat.... hmmm... 






Lepas tu, kami ke Aviary Section... ada "Winston Show" kat depan kolam.

Winston tu is an Eagle... 

Winston pun sporting... dah biasa bergambar agaknya tu...










Black Sand Beach

Lepas puas bermain dengan burung di Langkawi Wild Life & Bird Park, kami bergerak ke Pantai Pasir Hitam (Black Sand Beach) pulak. Memang amazing.... pasir-pasirnya memang hitam... Berdasarkan fakta sains, pantai ini terbentuk dari hasil paduan beberapa mineral seperti turmalin, ilmenit dan zirkon dengan batuan granit menyebabkan ianya berwarna hitam. (sumber Wikipedia)



Masa kami sampai di Black Sand Beach nih, pantai tengah surut... so, takleh nak main air... tengok ajela...

Ada deretan kedai menjual T-Shirt & cenderahati Langkawi di sini. Kami dapati, T-Shirt & cenderahati jauh lebih murah berbanding di kawasan-kawasan lain di Langkawi nih... 

Kalau pandai pilih kedai & pandai tawar-menawar... tuan/puan memang boleh dapat harga yang berbaloi-baloi... πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Kat sini juga ada kilang Simen yang besar banget!... Lafarge!... 

Jalan-jalan pusing Langkawi & akhirnya kami sampai di power station tinggalan TNB. Memang betul2 di belakang kilang Lafarge tu... hmmm... status tanah ni tak tahu... sebab kami lihat ianya terbiar tanpa security.... tapi, dengar khabar tarbin gas asalnya dah dipindahkan ke Kubota... wallahualam....




Lepas pusing-pusing Teluk Ewa, kami ke Pantai Cenang pulak...

Pantai Cenang

Berbanding dengan Pantai Pasir Hitam, Pantai Cenang memang ramai pengunjung.'

Pasir di Pantai Cenang memang halus dan cantik....

Parasailing activities ni memang banyak sangat kat sini.... Tengok tu, parasailing ketika sunset.... heheh... cantik betul ciptaan Tuhan...

Rasanya di Tanjung Rhu pun ada parasailing nih...

Kalau korang tak gayat... wajar cuba... hehehe



Sunset di Pantai Cenang... wink...wink... πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰









Haha... nak jugak selfie di waktu matahari terbenam... Nah... Ambik!



Pasirnya memang halus dan bersih... dok santai dengan anak-anak atas pasir... hahaha... 

Bila matahari dah betul-betul terbenam, kami pun balik dari situ & meninjau2 kedai cenderahati di kawasan ni... 

Hmmm.... kawasan ni, cenderahati memang agak mahal la berbanding kat Pantai Pasir Hitam...

Nasib baik dah borong cenderahati kat Pantai Pasir Hitam... so, tak nyesal la.... huhu...

Balik untuk makan malam... & rancang untuk esok punya aktiviti plak... πŸƒπŸƒπŸƒ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...