Monday, January 11, 2016

CUTI-CUTI MALAYSIA : PULAU PINANG D1 by Fadzlina Rahman

CUTI-CUTI MALAYSIA : PULAU PINANG D1 by Fadzlina Rahman

❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥

Perjalanan diteruskan.... keluar dari Lumut lebih kurang jam 2.00 petang.... Kami makan tengahari di Lumut jerrr....

Tak sempat nak ambik gambar kedai makan tu... sebab orang ramai sangat... 

Food review: makanan biasa jer... tak berapa nak sedap la... cara servis -> layan diri.

OK... perjalanan diteruskan... untuk ke Pulau Pinang...

Kami merentasi lautan untuk ke Pulau dengan melalui Jambatan Kedua (Batu Maung). Sampai di situ dah masuk waktu maghrib dahhhh...

Jom tengok antara gambar yang dapat di'captured' semasa perjalanan ini...

Jambatan Kedua (Pulau Pinang):

Fakta Mengenai Jambatan Kedua Pulau Pinang: Jambatan Kedua ini dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Panjang jambatan ini adalah 24km (15 batu) di mana 16.9km daripadanya berada di dalam air. Jambatan ini merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Jambatan ini mula dibina pada Tahun 2008 dan dibuka penggunaannya untuk orang awam pada 1 Mac 2014. Ianya dinamakan sempena nama Yang Dipertuan Agong yang ke-14.












Hotel  (Vistana Hotel):


masa check-in : Dekya, Kak Meera ngan Qeela


dalam lif : Dekya, Kak Neesa


Susun atur dalam bilik: 

Kami tinggal di sini... ada 2 bilik tidur, 2 bilik air, pantry, ruang makan dan ruang tamu... OK la...untuk 7 orang... huhu...
RM400 per night...




ruang makan



pantry


Tok Mak & anak-anak di hadapan bilik hotel



anak-anak di hadapan kolam renang



pemandangan Bukit Jambul dari bilik tidur kami




Sampai Penang, kalau tak 'pekena'nasi kandar memang tak sah... malam tu kami jalan kaki cari nasi kandar... memang tak jauh dari Hotel ni... dalam 5 minit gitewwww...Kami borong nasi kandar dia... Kak Neesa memang suka nasi kandar Penang nih....











borong nasi kandar kayu... :-)


Lepas pekena nasi kandar, kami terus ke Batu Feringghi untuk sama-sama me'ramai'kan 'night market' di sana... hehehe... 

Okla... boleh window shopping & shopping betul2 juga... kebanyakan yang kami beli adalah T-Shirt dan beberapa barang lain sebagai cenderahati.

Balik tu dalam pukul 1.00 am... sampai bilik dah tak larat apa dah... gosok gigi, ambil wudhu' dan terus tidur.... ready untuk next day trip pulak... 

hihi...

❤ Fazz




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...