Monday, December 21, 2015

KEBAKARAN DI TEMPAT PARKIR BERSEBELAHAN STESEN LRT TAMAN JAYA, PETALING JAYA... BY Fadzlina Rahman

KEBAKARAN DI TEMPAT PARKIR BERSEBELAHAN STESEN LRT TAMAN JAYA, PETALING JAYA... BY Fadzlina Rahman

_____________________________________

Dalam lebih kurang jam 12.58 tengahari, kawan-kawan dok riuh kata... Wei, ada asap tebal wei depan tuh... ada kebakaran la wei... semua kami berlari ke arah tingkap yang berhampiran... 

Pergh... sapa pegang phone? cepat call bomba... ada kawan pegang phone & terus call bomba... Bomba jawab & kata dah ada orang report & depa tengah hantar orang ke sana....

Tunggu bomba datang dengan berdebar-debar... 

Mula-mula kami menyaksikan kereta kuning wira tuh terbakar... pastu... asap hitam semakin pekat berkepul2 naik... dengar bunyi letupan kecil... tak pasti dari mana... tapi, mungkin dari tangki minyak kot! 

Tak lama selepas itu, api semakin liar memusnahkan laluan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT dan Bangunan PJX... Kemudian, bumbung, tiang semua rebah ke bumi...

Heat + Hot... api menjangkit ke kereta yang berhampiran dengan laluan pejalan kaki tersebut... huhu...

Wei tengok tuh! Kereta hitam tu memang berani la... tuannya bawak lari keluar dari situ sedangkan Heat dah mula kena pada keretanya... MasyaAllah! Nekad sungguh perempuan itu!

Bomba datang lebih kurang jam 1309 dan selama 12 minit itu kami menyaksikan kerakusan api... Betul orang tua2 kata, api masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan...

Api sudah mula memanjat tiang stesen LRT tersebut... huhu...

Apabila bomba sampai, mereka terus menjalankan tanggungjawab mereka dengan jayanya... Alhamdullillah...

Api selamat dipadamkan lebih kurang jam 1332 gitew...

Pengalaman yang sungguh ngeri bagi saya. menyaksikan api begitu rakus sekali tidak mengenal apa yang disambarnya...

Takziah kepada pemilik2 kereta yang terlibat.... Mujurlah tiada kemalangan jiwa....




turut bersedih - Fazz

Thursday, December 17, 2015

SYAFEEQA JEWEL... SESUCI KASIH SEINDAH PERMATA... BY FADZLINA RAHMAN

SYAFEEQA JEWEL... SESUCI KASIH SEINDAH PERMATA... BY FADZLINA RAHMAN

-------------------------------------------

Set skincare #syafeeqajewel membantu:

❤ menghilangkan jeragat dalam masa 14 hari
❤ mengembalikan keremajaan kulit
❤ mencerahkan wajah secara semulajadi
❤ melembut, menghalus dan melicinkan kulit muka
❤ mengecilkan pori-pori
❤ menghilangkan bekas jerawat dan sel kulit muka yang telah mati


 Set skincare #syafeeqajewel terdiri daripada:

★ Pencuci Muka (Facial Cleanser) : KKM NOT 150102167K
★ Penyegar Wajah (Facial Toner) : KKM NOT 150102165K
★ Serum (Beauty Serum) : KKM NOT 150102166K
★ BB Cream (Beauty Blemish Cream : KKM NOT 150102167K

Cara penggunaan set skincare #syafeeqajewel:

1) Pencuci Muka (Facial Cleanser)



2) Penyegar Wajah (Facial Toner)




3) Serum (Beauty Serum) 




4) BB Cream (Beauty Blemish Cream





Kami sedang mencari agent/dropship/peniaga-peniaga online/offline yang berminat untuk menjana pendapatan bersama-sama kami.
.
PM kami segera di 0137461811.
.
fazz







Wednesday, December 16, 2015

CERITA KES TIPU UMRAH LAGI... RJ KEMBARA TRAVEL & TOURS a.k.a. "Ustaz Zul"... Part 3

CERITA KES TIPU UMRAH LAGI... RJ KEMBARA TRAVEL & TOURS a.k.a. "Ustaz Zul"... Part 3

-------------------------------

Ada lagi yang pm tanya pasal agensi nih..

hmmmm... ini dia saya bagi keratan akhbar... daripada Harian Metro... leh tengok Harian Metro tarikh 2 April 2014 page 2....



Ni pulak berita kami keluar di TV9 pada hari kejadian tu... huhu.... kesian tak? Pembatalan pada hari yang dijanjikan pergi... yang hampehnya, mamat ni (yang dikata Ustaz tu) & Ibunya (bekas guru) tak datang di Surau tempat kumpulan kami berkumpul pun... dia whatsapp aje...


Sampai sekarang, duit kami (~RM200,000.00 untuk 39 jemaah) tidak dipulangkan lagi pun.... 
.
Takpe la... tak pulang sekarang, nanti dia pulangkan la di Padang Mahsyar... masa tu cari la sorang-sorang di dalam lautan manusia kannnn....
.
Hari ini, dia susahkan orang... satu hari nanti... kita tak tahu... kan ke dunia ni berputar... kejap ada kat atas, kejap ada kat bawah... huhu...
.
Sekian dulu. Ada info lagi nanti, saya update lagi....
.

Wednesday, December 9, 2015

WARKAH BUAT ANAKKU JALIL...

WARKAH BUAT ANAKKU JALIL...


Ia benar-benar menyentuh perasaan... tapi, apakan daya... Allah adalah sebaik-baik perancang... 

Alfatehah... Tunku Jalil, Tunku Laksamana Johor...


Tuesday, December 8, 2015

ALFATEHAH ... YAM TUNKU ABDUL JALIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU LAKSAMANA JOHOR

ALFATEHAH ... 

YAM TUNKU ABDUL JALIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU LAKSAMANA JOHOR



Dilahirkan pada bulan 5 Julai 1990 dan meninggal dunia pada 5 Disember 2015 : Meninggal dunia pada usia 25 tahun.

Seorang putera raja yang berjiwa rakyat. Saya kerap kali mengikuti aktiviti-aktiviti harian beliau melalui akaun instagram beliau.

Sebagai rakyat Johor... saya turut berkabung dan bersedih di atas pemergian putera raja ini...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya... Alfatehah

Thursday, December 3, 2015

COZUMA LIPSTICK... BY FADZLINA RAHMAN


COZUMA LIPSTICK... BY FADZLINA RAHMAN



MATTIFYING LIPSTICK

Colors:

✿ Sensual Touch
✿ Peach Passion
✿ Pandora Red
✿ Berry Me
✿ Lolly Pink
✿ Cherry Bloom
✿ Rose I Love U
✿ Shanghai Tang
✿ Fantasy Kiss
✿ Romance Pink


Unique Color Powder Technology:

❤ Papaya fruit extracts and collagen spheres for plumping lips
❤ Safflower Seed Oil and Cotton Seed Oil for a superior glide and satin finish
❤ Vitamin C and E for lip protection from harsh environment
❤ Squalane for a smooth, lightweight feeling



PRICE PER PC : RM39.00

Special price ? Please pm me at 0137461811...

Tuesday, December 1, 2015

❥❥MIMPIKU...IMPIANKU❥❥

____________________________________
 
❥❥❥❥ MIMPIKU.... IMPIANKU❥❥❥
____________________________________
 
 
 
Masa kecik2 dulu, emak dan arwah ayah selalu pesan.... kena berimpian untuk BERJAYA. Lepas tu, kena kerja keras untuk capai impian tu. Emak dan arwah ayah kata... kalau tak berusaha, sama la seperti Mat Jenin... Mat Jenin tu terlalu kuat berangan tetapi dia tidak berusaha untuk mencapai angan-angan itu...
 
Berimpian tu something like "berangan" la....
 
Ekceli, semua impian saya telah saya letakkan di dalam BUKU IMPIAN SAYA.... Bila ada buku impian, apa yang kita nak capai di dalam hidup ini tampak lebih jelas. Bila hari-hari kita tengok, Insyaallah impian-impian itu akan terus terukir di dalam minda kita dengan lebih JELAS lagi...
 
Antara impian saya sejak kecil adalah ingin bergambar dan menjejaki EIFFEL TOWER, Paris...
 
Hmmmm.... Macam best aje... ambil gambar di menara yang menjadi 'kegilaan' ramai nih....
 
Saya PASTI satu hari yang INDAH, saya pasti akan ke sini dan mengabadikan gambar-gambar kenangan yang saya impikan sejak kecil lagi...
 
Waktu itu akan datang!
 
 
 
 


Fakta mengenai Eiffel Tower (from google) ❤❤❤:

✔ Ilham dari seorang jurutera Perancis bernama Alexandre Gustave Eiffel
✔ Tinggi menara 324m (986 kaki)
✔ Pusat kepada Champ De Mars (Champ De Mars adalah kawasan lapang berkonsepkan hijau)
✔ Kos : 1.5 juta Euro
✔ Kerja pembinaan bermula 1887 - siap dalam masa kurang 2 tahun - mempunyai 300 orang pekerja (seorang meninggal dunia dalam tempoh pembinaan akibat kemalangan)
✔ Bentuknya dibuat berdasarkan pengiraan matematik yang melibatkan pengiraan angina


Blue Print Eiffel Tower:
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...