Wednesday, September 2, 2015

Kelebihan Selawat... By Fadzlina Rahman

Kelebihan Selawat... By Fadzlina Rahman







Iyer... soalan saya... sudahkan anda berselawat hari ini?

Tahukah anda? Nabi Muhamad SAW bersabda... " Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat untuknya sebanyak 10 kali..."

Macam dapat bonus 10 kali gitu kan...  taknak ke bonus 10 kali? Senang kan....



Saya nak share cerita benar... panas lagi... baru berlaku malam tadi...

Kisah Benar:

Jam menunjukkan pukul 9.15 malam & suami perlu mencari bateri kereta kerana baterinya betul2 "kong". Saya keliru kenapa mencari pada waktu ini? kerana... rata-rata kedai sudah tutup pada waktu seperti ini...

Pencarian bermula sepanjang Jalan Kapar & Klang... semua kedai menjual bateri telah tutup. Suami mula risau memikirkan bagaimana hendak pergi kerja pada hari esok jika bateri tidak juga dijumpai malam ini.

Waktu terus bergerak... jam menunjukkan 9.30 malam... kedai bateri yang masih beroperasi masih tidak ditemui.

Di dalam hati, saya terus berselawat... dan berdoa... sekiranya elok untuk suamiku... maka, permudahkanlah & temukanlah dengan kedai menjual bateri yang masih buka.

Dipendekkan cerita, kami menemui kedai yang masih buka pada jam 9.40 malam... Alhamdullillah, Allah mendengar doa saya & menerima selawat saya....

So, jangan perlekeh keupayaan Selawat...

Janji Allah itu pasti... DIA tidak mungkin memungkiri janjinya.... Allah akan berselawat kepada kita sebanyak 10 kali setiap 1 kali selawat yang kita lafazkan.

Antara Kelebihan-kelebihan Selawat Yang Lain:

1) Sesiapa yang sering mengamalkan selawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka

2) Sabda Nabi Muhamad SAW: barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang setiap hari, maka dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat (HR Thabrani)

3) Sabda Nabi Muhamad SAW: barang siapa berselawat kepadaku 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya bercahaya (HR Abu Naim)

4) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini...

Jangan lupa berselawat ke atas nabi... Jadikan amalan setiap hari...

luv,
fazz



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...