Friday, September 25, 2015

INNER ANTI TEMBAM.... BY FADZLINA RAHMAN

INNER ANTI TEMBAM.... BY FADZLINA RAHMAN


Huhu.... pipi dah macam kuih apam terlebih mauripan?

Tetiba... bleh jadi kempis pulak...
Tetiba... bleh jadi bujur pulak...
Tetiba... muka boleh jadi panjang pulak...

Hmmmm.... banyaknyer tetibanya....

Apa rahsia?

Rahsianya adalah Inner Anti Tembam.... :-))

Kelebihan-kelebihannya:

- Tidak tutup telinga... 
- Telinga anda tidak berdengung...
- Mesra Solat

Jom tengok 20 pilihan yang ada ... Sila pilih yerrrr.... (Color may vary because of lighting effect)

Harga?

Jom bisik2 ke 0137461811 yer....

Cepat2... jangan tunggu lagi!































































Thursday, September 17, 2015

CERITA KES TIPU UMRAH LAGI... RJ KEMBARA TRAVEL & TOURS a.k.a. "Ustaz Zul" Part 2

CERITA KES TIPU UMRAH LAGI... RJ KEMBARA TRAVEL & TOURS a.k.a. "Ustaz Zul"


Perkongsian saya di dalam entry terdahulu menyebabkan lebih ramai yang tampil dan berkongsi kisah sedih ditipu "Ustaz Zul" ini...

Rujukan link entry terdahulu:


Butir-butir terperinci "Ustaz Zul":

Nama Penuh : Mohd Faridzul Redza Mohd Jaafar
No K/Pengenalan : 800912-14-5911
No Telefon : 0173166621
No Akaun Bank : 1643 - 5107 - 0817 (Maybank)
Nama Syarikat : R.J Kembara Travel & Tours Sdn Bhd (No. Syarikat : 1044332-P)
Jawatan di dalam syarikat : Director
Director Bersama : Roslan @ Roslani Binti Hassan (530525-04-5374) - ibu kepada "Ustaz Zul" : a former teacher from Klang



Ustaz Zul - gambar yang di'blur'kan : diambil ketika beliau ditahan polis : artikel bertarikh 2/4/2014 


Cerita #1

Seorang cikgu mengaku ditipu RM130,000.00 (2 kes penipuan terlibat iaitu berkenaan umrah tahun 2013 & penipuan duit simpanan tahun 2012). Modes Operandi untuk kes penipuan duit simpanan adalah beliau pura2 bercinta dengan mangsa dan meminta wang dari mangsa kononnya beliau mahu membuat modal memulakan perniagaan.

Kenal seminggu dan terus memberi "Ustaz Zul" wang simpanan bernilai RM30k... Kerana "cinta" kononnya... beliau terpanggil untuk membuat pinjaman bank sebanyak 3 kali menjadikan jumlah wang yang ditipu ke angka RM130,000.00

Semua pinjaman yang dilakukan adalah atas nama mangsa dan oleh kerana itu, mangsa terpaksa menanggung beban hutang ini dan selesai sepenuhnya untuk tempoh 15 tahun.


Cerita #2

Seorang mangsa dari Seberang Laut mengaku ditipu RM80,000.oo oleh "Ustaz Zul" ini. Modes Operandi masih sama iaitu pura-pura bercinta dengan mangsa.

Cerita #3

Seorang mangsa lagi bernama xxxx mengaku ditipu RM30,000.oo oleh "Ustaz Zul" ini. Modes Operandi masih sama iaitu pura-pura bercinta dengan mangsa


Cerita #4 (TERKINI!!!)

Seorang menantu mangsa berkongsi cerita ibu mertuanya beserta 2 lagi kawan ibu mertuanya ditipu untuk Pakej Haji tahun 2015 ini sebanyak RM27,000/seorang. Jumlah penipuan untuk kumpulan ini adalah RM81,000.00


Ini adalah beberapa kes penipuan yang dibongkarkan disamping penipuan Pakej Umrah 2014 kami pada Bulan 3 yang lepas. Penipuan mereka ini terhadap kami adalah lebih kurang RM200,000.00

Dah berapa total tu?

RM130,000.00 + RM80,000.00 + RM30,000.00 + RM81,000.00 + RM200,000.00 = RM521,000.00 (setengah jutawan.... nih baru 5 kes yang tampil & dikongsi bersama)

Hmmm... apa untungnya mendapat wang dengan cara begini? Di samping mendapat cacian dan tohmahan dunia... Wang itu juga tidak ada keberkatannya....

Belajarlah menjadi manusia yang bersyukur... Dengan bersyukur, Allah akan terus menambah nikmat di dalam kehidupan kita.

Perkongsian cerita-cerita di atas diharap dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Penipu, tanpa rasa bersalah terus-menerus mencari mangsa...  Semoga kita semua di dalam peliharaan Allah. Wallahualam.


luv - fazz

Wednesday, September 2, 2015

Kelebihan Selawat... By Fadzlina Rahman

Kelebihan Selawat... By Fadzlina Rahman







Iyer... soalan saya... sudahkan anda berselawat hari ini?

Tahukah anda? Nabi Muhamad SAW bersabda... " Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat untuknya sebanyak 10 kali..."

Macam dapat bonus 10 kali gitu kan...  taknak ke bonus 10 kali? Senang kan....



Saya nak share cerita benar... panas lagi... baru berlaku malam tadi...

Kisah Benar:

Jam menunjukkan pukul 9.15 malam & suami perlu mencari bateri kereta kerana baterinya betul2 "kong". Saya keliru kenapa mencari pada waktu ini? kerana... rata-rata kedai sudah tutup pada waktu seperti ini...

Pencarian bermula sepanjang Jalan Kapar & Klang... semua kedai menjual bateri telah tutup. Suami mula risau memikirkan bagaimana hendak pergi kerja pada hari esok jika bateri tidak juga dijumpai malam ini.

Waktu terus bergerak... jam menunjukkan 9.30 malam... kedai bateri yang masih beroperasi masih tidak ditemui.

Di dalam hati, saya terus berselawat... dan berdoa... sekiranya elok untuk suamiku... maka, permudahkanlah & temukanlah dengan kedai menjual bateri yang masih buka.

Dipendekkan cerita, kami menemui kedai yang masih buka pada jam 9.40 malam... Alhamdullillah, Allah mendengar doa saya & menerima selawat saya....

So, jangan perlekeh keupayaan Selawat...

Janji Allah itu pasti... DIA tidak mungkin memungkiri janjinya.... Allah akan berselawat kepada kita sebanyak 10 kali setiap 1 kali selawat yang kita lafazkan.

Antara Kelebihan-kelebihan Selawat Yang Lain:

1) Sesiapa yang sering mengamalkan selawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka

2) Sabda Nabi Muhamad SAW: barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang setiap hari, maka dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat (HR Thabrani)

3) Sabda Nabi Muhamad SAW: barang siapa berselawat kepadaku 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya bercahaya (HR Abu Naim)

4) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini...

Jangan lupa berselawat ke atas nabi... Jadikan amalan setiap hari...

luv,
fazz



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...