Monday, April 21, 2014

Umrah... O... Umrah... RJ Kembara Travel & Tours Sdn Bhd Tipu

Salam Semua...

Kami bersama-sama persatuan seramai 39 orang sepatutnya pergi  menunaikan umrah pada 16.03.2014 yang lalu... Namun, apa yang terjadi... akhirnya kami tidak pergi ke mana-masa sampai sekarang... saya ingin mengambil kesempatan berkongsi pengalaman tentang perkara ini supaya dapat dijadikan iktibar bersama....

Sebenarnya sehingga ke hari ini, saya masih tidak faham kenapa mereka sanggup menipu tanpa rasa bersalah...

Syarikat yang menawarkan pakej tersebut dengan bayaran RM4,900.00 seorang adalah dari RJ Kembara Travel & Tours Sdn Bhd.

Sebelum keberangkatan kami ke Tanah Suci, syarikat tersebut telah mengadakan 'kursus' selama 3 kali iaitu pada hujung minggu.

Sebenarnya, hati saya terdetik kenapa kursus Umrah seperti ini? Pengusaha/ Pemilik/ atau dikenali sebagai 'ayah kepada Ustaz Zul aka Mohd Faridzul Redza Mohd Jaafar 34 tahun' lebih banyak membebel2 di hadapan berbanding memberi pengisian ilmu yang diharapkan.

Saya bertanya pada suami, tetapi suami menegur supaya membetulkan niat dan tidak berfikir yang bukan2... jadi, saya akurlah...

Memang syarikat tersebut ada memberi tentatif perjalanan & jadual semasa berada di sana; tetapi yang peliknya tidak ada sebarang tarikh atau nama hotel di situ... hmmm.... disebabkan ini adalah kali pertama saya utk ke Tanah Suci, saya cuba beranggapan bahawa ini adalah normal.

Dipendekkan cerita, pada kursus/taklimat terakhir kami ada diberitahu akan disiapkan dengan beg pakaian, kain umrah, telekung sebagai saguhati dari pihak syarikat... namun, barang2 itu hanya diperolehi pada malam 15.03.2014... Saya bertanya suami kenapa terlalu last minute? Kata suami, syarikat mendakwa terdapat kesalahan printing di beg bagasi kami... hmmm... OK... saya cuba terima alasan tersebut...

Hari yang ditunggu2 pun tiba... ada yang dah buat kenduri doa selamat malam tadi, ada saudara-mara yang dah datang untuk mengiringi pemergian ke KLIA... dan saya sendiri, mak dari Kampung dan Abang dari Nilai sudah siap untuk mengiringi perjalanan kami ke KLIA....

Kami sepatutnya berada di KLIA jam 2.00 pagi 16.03.2014 dan dinasihatkan berada 5 jam awal... iaitu sekitar jam 9.00 malam la... dan kami book bus dari surau utk perjalanan selepas maghrib ke KLIA...

Tiba2 pada jam 4.30 petang, kami dapat pesanan whatsapp  mengatakan perjalanan tidak dapat diteruskan kerana visa kanak2 tidak lepas... Syarikat RJ Kembara Travel & Tours Sdn Bhd.akan menguruskan untuk perjalan 18.03.2014...

Hahaha! ini adalah sangat lawak. Saya berkata pada suami, kenapa hari ini baru dimaklumkan kepada semua Jemaah? Tapi, still berfikiran positif... 

Jadi, kami pun tunggu sampai 18.03.2014.... Haha... you guess what? Perjalanan pada 18.03.2014 itu tidak dapat diteruskan. Kemudian, mereka menjanjikan pula tarikh yang baru iaitu pada 22.03.2014...

This is not right! You guys agree with me kan?

Then, you know? on 22.04.2014, Syarikat RJ Kembara Travel & Tours Sdn Bhd sekali lagi memberi pesanan whatsapp nya... mengatakan bahawa tiada penempatan di Madinah pada tarikh tersebut.

Haha... what a STUPID reason they gave us? This is totally NOT RIGHT! 

Satu mesyuarat tergempar diadakan pada tarikh tersebut di antara persatuan dan Syarikat RJ Kembara Travel & Tours Sdn Bhd (yang diwakili oleh Ustaz Zul)... Mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada jam 2.30 pm itu hanya diadakan pada jam 4.00 petang kerana syarikat tersebut gagal berada di mesyuarat seperti yang dijanjikan dengan alasan ada urusan di Kedutaan Arab Saudi. hoho.... OMG... guys! did you see that this 'Ustaz' nak tipu kita?

Tapi, persatuan sangat baik... percaya dan memberi peluang kepada 'Ustaz' ini... 'Ustaz' ini mengatakan bahawa tarikh yang confirm ada penempatan adalah pada 27.03.2014.... Saya sendiri sudah terasa bahawa ada kebarangkalian penangguhan sekali lagi (dengan alasan yang saya sendiri pun tak pasti)... Sejak hari itu, saya track penempahan tiket Saudi Air Lines utk tarikh 27.03.2014 tersebut....

Sehinggalah pada 26.03.2014, saya tidak nampak sebarang booked flight utk tarikh 27.03.2014 itu... kami (saya dan suami) bertekad utk memberitahu persatuan & menarik diri dari dari meneruskan niat suci kami.

Satu mesyuarat tergempar diadakan pada malam itu dan 'Ustaz' tersebut seperti yang telah dijangkakan menyatakan bahawa flight delay lagi ke 29.03.2014...

Huhu... kesian kan...

Saya & suami tarik diri dan meminta Ustaz tersebut pulangkan duit kami. Namun, ustaz tersebut hanya memberikan post date checque yang bertarikh 3 bulan dari tarikh 27.03.2014. Namun, cek tersebut hanya di whatsapp kan sahaja. Sehingga kini, kami tidak menerima sebarang cek fizikal.

Akhirnya, tarikh yang ditunggu2 pon tiba.... pada 29.03.2014, di saat semua Jemaah telah bersedia menunggu untuk berangkat ke KLIA, 10 minit sebelum keberangkatan 'Ustaz' Zul telah memberi pesanan whatsapp nya iaitu mengatakan bahawa perjalanan tidak dapat diteruskan. Mereka menjadikan kami yang tarik diri sebagai kambing hitam permainan kotor mereka...

hmmm... dan akhirnya, para Jemaah tidak dapat menahan diri dari memaklumkannya ke media & pihak polis...




boleh ke link ini http://www.tv9.com.my/beritatv9/taju...gan_Umrah.html dan http://www.hmetro.com.my/articles/2014040203052820140402030528/2013/Article untuk mengetahui cerita lanjut.

Bukanlah untuk mendedahkan keburukan tetapi untuk berkongsi pengalaman.... ini sangat mengecewakan. percayalah, tuan2 tidak akan jadi kaya raya dengan menipu orang.... apa yang saya harapkan adalah... pulangkan lah duit kami semua...

Meskipun dari desas-desus menyatakan akaun syarikat  RJ Kembara Travel & Tours Sdn Bhd telah kosong; saya sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat kekitaan & jatidiri yang tinggi percaya bahawa Polis Diraja Malaysia mampu menangani permasalahan ini.

Saya berharap, cerita saya ini dapat menjadi pedoman semua pihak....

Wallahualam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...