Sunday, April 20, 2014

TRIBOLOGY TECHNOLOGY INSIDE JTX OIL.... By Fadzlina Rahman


TRIBOLOGY TECHNOLOGY INSIDE JTX OIL.... By Fadzlina Rahman
----------------------------------------

Hi Semua,

Siapa kata wanita tak tahu apa2 pasal minyak enjin? hehe... ini bukan sebarang wanita tau! Ini wanita lahir dari GLAM... iye la... GLAMpreneur... ❤❤❤

OK... Jom kita cerita pasal minyak hari nih... discussion kita hari ni sedikit teknikal la... tapi takpe, InsyaAllah ianya masih mudah difahami....

JTX1000 adalah minyak pelincir berprestasi tinggi yang dirumus khas menggunakan teknologi TRIBOLOGY iaitu anti geseran dan menjadi perawat enjin terkini. Minyak JTX ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan menepati spesifikasi dan standard piawaian antarabangsa dan sesuai untuk kegunaan enjin petrol, diesel dan NGV.

✔ APA ITU TRIBOLOGY?

Tribologi ialah bidang kajian sains dan teknologi tentang geseran, kehausan dan pelinciran serta pembangunan teknologi dalam mengoptimakan proses geseran di dalam bearing, alat transmisi (transmission equipment) enjin dan elemen2 mesin yang lain.

Teknologi pelinciran yang berkaita rapat dengan tribology merupakan teknik mengurangkan daya geseran dan hakisan menerusi bahan pelincir dan penggunaan bahan pelincir pada kawasan geseran.


Faham ke faham? Ok kan....? πŸ‘πŸ‘πŸ‘

OK... kita tengok definisi seterusnya pula....

✔ APA ITU TCF DAN APA KAITANNYA DENGAN MINYAK JTX1000 INI?

TCF 
πŸ‘‰ Tribo Clear Fim
πŸ‘‰ iaitu selaput/filem yang ada dalam JTX1000 untuk mengelakkan geseran dan hakisan di dalam tempat-tempat yang telah dinyatakan di atas

✔ APAKAH JENIS-JENIS JTX YANG ADA DAN APAKAH PERBEZAANNYA?

JTX1000
✔ API Grade : SL/CI-4
✔ SAE Viscosity : 15W-50
✔ Mileage : 10,000 km
✔ Jenis kereta : untuk 2004 dan yang lebih lama. 



JTX1000 GOLD
✔ API Grade : SN/CF
✔ SAE Viscosity : 10W-40
✔ Mileage : 10,000 km
✔ Jenis kereta : untuk 2011 dan yang lebih lama



✔ APAKAH SAE 15W-50?

 SAE : Society of Automative Engineers yang merupakan sebuah badam profesional bagi kejuruteraan automatif.
 Minyak pelincir telah digredkan mengikut standard SAE.
 Penggredan minyak pelincir bergantung kepada indix kelikatan (viscosity index) di mana pada tahap suhu tertentu, minyak pelincir ini tidak lagi dapat berfungsi untuk melindungi enjin.
 SAE J300 telah menetapkan 11 nilai kelikatan minyak Single-Grade, di mana 6 daripadanya diklasifikasikan sebagai Winter-Grades dan diberi petunjuk W. 11 nilai kelikatan ini ialah : 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50 dan 60. Angka2 ini disebut sebagai 'weight' bagi mintak enjin.
Perbezaan penunjuk dengan W (Winter Grade) dan tanpa W (Non-Winter Grade) : mengikut perbezaan ujian kelikatan pada minyak. Pada asasnya, lebih tinggi kelikatan minyak, maka lebih tinggi grade kelikatan pada SAE.
Untuk beberapa aplikasi, misalnya apabila suhu ketika penggunaan enjin berkisar dalam kadar yang tidak terlalu besar, penggunaan minyak single-grade adalah berpatutan: contoh -> mesin rumput, aplikasi industri dan kenderaan2 vintage dan klasik.




✔ PERBEZAAN 15W-50 DAN 10W-40?

Kelikatan minyak SAMA ketika enjin beroperasi sepenuhnya. Perbezaan ketara pada ketika enjin belum/akan dihidupkan atau dalam keadaan sejuk. 10W lebih efisyen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi pada suhu tersebut. Umumnya, 15W adalah memadai bagi keadaan cuaca di Malaysia.

✔ PERBEZAAN DI ANTARA MINYAK JTX (MINERAL OIL) & MINYAK BRAND LAIN (SYNTHETIC OIL)?

★ Minyak pelincir "Fully Synthetic" dihasilkan melalui 4 campuran bahan kimia utama iaitu Ceflon, Teflon, Chlorine dan Parafil
★ Jika 4 bahan di atas dicampur dengan minyak mentah (mineral), maka minyak "Semi Synthetic" akan terhasil.
★ Pada tahun 1930-an dan awal 1940-an, saintis Jerman mencipta minyak sintetik akibat kekurangan minyak mentah untuk industri mereka (terutamanya keperluan ketenteraan) 
★ Populariti mintak sintetik meningkat kerana kemampuannya mencair walau pada tahap suhu sejuk yang melampau (ketika musim sejuk).
★ Setiap jenis minyak ada kelebihannya tersendiri. Bagi minyak sintetik, ia mempunyai agen pembersih yang membendung keladak pada enjin. Dan, ia akan kelihatan gelap sedikit. Namun, ia tidak menjejaskan fungsi2 biasa ia sebagai pelincir & pelindung permukaan logam dan enjin.
★ Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam adalah disebabkan tiada bahan pencuci di dalamnya yang menyebabkan enapan akan melekat pada bahagian enjin.


★ Mineral Oil seperti JTX diperolehi dari minyak mentah petroleum yang telah ditapis.
★ Minyak JTX (mineral oil) mengandungi elemen AW/EP iaitu anti geseran dan extreme pressure terutama bagi mereka yang mengamalkan  pemanduan extreme (racing).
★ Minyak ini (JTX1000 dan JTXGold) melindungi enjin anda dari geseran yang boleh merosakkan permukaan logam di dalam enjin akibat dari pemanduan yang ekstreme tersebut.
★ Selain itu, ia juga dapat menjimatkan petrol antara 10-20%, meningkatkan keupayaan enjin antara 20-30% dan memanjangkan hayat enjin anda.

Cukup dulu discussion kita tentang 3 perkara berbeza iaitu:
--> Tribology Technology
--> Difference between JTX1000 & JTX Gold
--> Difference between Mineral Oil (JTX) & Synthetic Oil

Will see you again next time yer....

Berminat untuk menjadi pengedar JTX dengan modal yang rendah? do buzzzz me ok!

Here is my number.... 0137461811

See u soon... luv : fazz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...