Saturday, March 22, 2014

Persiapan Ke Umrah




Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalah
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalah


Syukur diberi rezeki lebih untuk menunaikan umrah tahun ini.... Tiket penerbangan dijadualkan pada 27.3.2014 sehingga 7.4.2014.... Semoga segalanya dipermudahkan olehNYA...

Memang tak sabar nak pergi, so awal2 lagi dah kena siap2 dengan barang2 yang perlu dibawa. Ini adalah senarai barang2 yang saya sediakan sepanjang tempoh saya di sana. Barang2 tak perlu lah bawa banyak2....

Nih barang2 yang saya sediakan utk diri saya semasa di sana nanti:

  1. Telekung sembahyang 1 helai
  2. Mini telekung 2 helai
  3. Jubah biasa/ Jubah seluar 2-3 pasang
  4. Baju tidur dan seluar panjang 2 pasang
  5. Stoking tawaf & saie (bertapak tebal) 1 pasang
  6. Stoking biasa 3 pasang
  7. Tuala kecil 1 helai
  8. Sarung tangan 3 helai
  9. Buku doa(kecil)
  10. Pakaian dalam wanita yang secukupnya (semestinya my PREMIUM BEAUTIFUL)
  11. Penyangkut baju 5
  12. Ubat-ubatan (ubat batuk/sakit tekak/Strepsil/cirit-birit//vitamin c)
  13. pengetip kuku 1
  14. Beg sejadah kecil 1
  15. Uncang kasut 1
  16. Alat cukuran 1
  17. Alat mandian 1 (semestinya my Marine Essence Soap)
  18. Krim bibir dan tumit 1
  19. Marker pen (jika perlu) 1
  20. Telefon bombit & charger 1
  21. Selipar 1
In Sha Allah, cukup lah barang2 nih.... Semoga urusan Ibadah saya dipermudahkanNYA... Amin....

-Fazz-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...