Tuesday, November 14, 2017

TEMPAT MAKAN BEST DI TANJUNG KUPANG, JOHOR... By Fadzlina Rahman

TEMPAT MAKAN BEST DI TANJUNG KUPANG, JOHOR... By Fadzlina Rahman

✔✔✔✔✔✔✔✔✔✔



Baru ni Kak Nova ada meeting di Jabatan Kastam di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tg Kupang, Kedudukannya selepas tol terakhir dari Johor Bahru menuju ke Singapura melalui second link.

Kiranya, ini kali pertama Kak Nova ke sini... ambil teksi lagi senang... lepas tol terakhir tu... Kak Nova tanya pada kakak tol tu arah ke Jabatan Kastam Kompleks Sultan Abu Bakar nih...

Kompleks ni besar sangat... Kak Nova sampai hilang punca nak pergi arah mana... Kak Nova kemudiannya, turun kereta dan tunggu sampai ada orang yang datang untuk disapa/ditanya.

Sampailah ada satu abang motor tu bawa Kak Nova ke Bahagian Import dan Eksport. Tak sempat nak snap picture abang motor tu... 

Temujanji Kak Nova pukul 10.00 pagi... dan Kak Nova tiba lebih awal... Alhamdullillah...

Pegawai-pegawai kastam di sini, baik-baik belaka... Kak Nova dilayan baik dan kemusykilan Kak Nova terjawab dengan baik... syukur...

Tengahari tu... kami makan di Restoren Yeo Sekeluarga di Tanjung Kupang.

Jaraknya agak jauh juga ikut jalan kampung dari belakang Kompleks Sultan Abu Bakar tu... dalam 15 minit macam tu la ikut jalan kampung tu...

Jarak yang Kak Nova tunjuk ni kalau kita lalu second link la... 



maafkan la muka Kak Nova yang keletihan nih... Almaklum baru habis meeting panazzzzz

Restoran ni menyediakan makanan laut yang enak dan lazat... yummy... memang sedang elok la... tengah lapar kan... kita makan la bersungguh-sungguh.

Yummy kan... tu masih ada lagi lauk yang tak sampai tuh... hehehe 👇👇👇



Dengan kawan... accidentally terserempak kat office Kastam ni... kita makan sekali... 👇👇👇


Belakang tu Tg Pelepas okay... hmmmm.... erti sebuah pembangunan... pesat betul!



Kita share menu yang ada kat sini pulak yer.... (sumber : google sebab tak dan nak ambik gambar hari tu... lapar sangat)











Ni lala yang kitorang makan hari tu... 👇👇👇 yummy...



 ni ruang legar restoran ni... simple dan bersih... (sumber : google)





BTW, ni adalah tempat yang Kak Nova rekomen untuk korang semua try... sedap, cepat dan bersih....


Cuba tau... jangan tak cuba... :-)






Thursday, November 2, 2017

PENGINAPAN BAJET DAN SELESA DI TG. GEMOK, ROMPIN ... By Fadzlina Rahman

 PENGINAPAN BAJET DAN SELESA DI TG. GEMOK, ROMPIN ... By Fadzlina Rahman

🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊



Kak Nova nak kongsi tempat persinggahan bajet yang selesa sebelum korang meneruskan perjalanan ke Pulau Tioman.

Ni diaaaa.... Hotel Jeti Tg. Gemok!

Pada Kak Nova, lokasi Hotel Jeti Tg. Gemok ni memang ideal. Jaraknya lebih kurang 5 minit walking distance ke Terminal Feri Tanjung Gemok. So, untuk outsider/foreigner tak perlu gusar nak ambil teksi ke terminal ini. Jalan kaki jer... 5 minit dah sampai.

Untuk cari tempat makan pula, memang tak susah. Bawah hotel ini ada satu kedai mamak 24 jam... Sayid Ali dan disebelahnya pula ialah KFC.

Dalam seminit perjalanan, ada gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan masakan panas (goreng-goreng la tu).

Kalau siang, terdapat gerai nasi dan lauk-lauk. Kiranya dalam perjalanan ke terminal feri tu... kalau lapar, boleh la singgah di gerai-gerai tersebut....😁😁😁😁

Di bahagian hadapan hotel ini terdapat seven eleven. Jadi, kalau korang tiba-tiba terlupa bawa ubat gigi ke, berus gigi ke... boleh la beli di sini.

Dengan jarak 3 minit (dengan kereta) pula, ada pusat dobi layan diri di sebelah kanan korang... aisey... memang senang la... 

Hotel Jeti Tg. Gemok  ni tidak jauh dari jambatan yang menghubungkan Pahang dan Johor. Dalam 1.5 minit sahaja anda sudah boleh berada di Negeri Johor iaitu di daerah Endau.

OK... Jom Kak Nova ajak tengok-tengok keadaan hotel....

Kak Nova la tu possing depan hotel tu... 


Kak Nova ambil bilik single jer... since Kak Nova pun seorang diri... 

Pada Kak Nova, susun atur bilik sederhana dan sesuai dengan Kak Nova yang tidak terlalu cerewet ni. Keadaan bilik pun bersih dan tidak berbau...



Dan yang paling penting... keadaan bilik airnya... memang bersih.... dan tidak berbau. Kak Nova memang selesa tinggal di sini selama lebih kurang seminggu.





Di lobi hotel pula, terdapat sudut makanan/air panas yang disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu-tetamu di hotel ini.

Jadi, kalau tengah-tengah malam dan terasa nak makan, boleh ke sudut ini... boleh sapu jem dan roti buat alas perut... Air panas pun ada boleh la buat rendam mi segera... hehe.



Ada meja untuk makan dan minum di pantry kecil ini... 



Di lokasi yang bertentangan, terdapat lif. Jadi, sekiranya dapat bilik di tingkat 3, tidak perlulah memanjat tangga...
Sangat mudah dan convenient lah...




Di bawah ni pula, meja reception hotel ini. Sangat selesa mata memandang. 




Pendek kata, kalau korang semua sampai di daerah endau-rompin ni dan tidak ada tempat untuk menginap, boleh lah singgah menginap di sini. Selesa dan bersih.

Cubalah....


Tuesday, October 31, 2017

CARGO TO TIOMAN... By Fadzlina Rahman

CARGO TO TIOMAN... By Fadzlina Rahman

🚢🚢🚢🚢⛴⛴⛴⛴🚚🚚🚚🚚🚛🚛🚛🚛

Kak Nova tidak pernah percaya bahawa Kak Nova boleh melakukan tugasan logistik sesukses ini. Kak Nova tidak pernah percaya bahawa Kak Nova telah berada di tahap di mana Kak Nova boleh mencorakkan bentuk logistik yang Kak Nova ingini di dalam syarikat. Kak Nova tidak pernah percaya bahawa Kak Nova boleh memberi advise dan awareness kepada yang memerlukan tentang logistik. Kak Nova juga tidak pernah percaya bahawa pada hari ini Kak Nova telah menjadi bahan rujukan ramai pengguna....

Alhamdullillah... aturan Allah itu memang indah.

Bermula dengan seorang Jurutera Elektrik kemudian menjadi negotiator yang dibenci... dan kini menjadi seorang pemudahcara dan pengatur logistik syarikat.

Kak Nova berpeluang mengatur logistik dari yang sekecil-kecil barang sehingga ke sebesar-besar barang.

Peluang ini memang sungguh bermakna untuk Kak Nova.

Trip ke Tioman kali ini, Kak Nova perlu membawa kargo 40 kaki Open Top dari Netherland ke Pulau Tioman.

Tugasan kali ini sedikit mencabar kerana Kak Nova mengarahkan 3PL Kak Nova untuk melakukan urusan pengimportan bebas cukai.

Untuk tujuan tersebut, pengurusan yang teliti perlu dilakukan di Jeti yang disahkan oleh pihak kastam untuk melakukan pengeksportan barang ke Pulau Tioman.

Dan, syukur Alhamdullillah kerana pihak Kastam memang memberikan kerjasama yang sangat baik bagi memastikan kelancaran proses/program Kak Nova kali ini.

Kak Nova dari sudut hati yang paling dalam mengucapkan terima kasih kepada 3PL Kak Nova, pihak Kastam dan pihak jeti yang memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi.

Walaupun aktiviti hari ini selesai lebih kurang jam 8.00 malam, tetapi Kak Nova puas kerana aktiviti pemunggahan barang keluar dari kontena berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Alhamdullillah....

Esok, Kak Nova update lagi tentang aktiviti pengeksportan barang ke Pulau Bebas Cukai ini pula...

Ia sangat menarik....So, stay tune!




Thursday, October 19, 2017

SANDAKAN... WE MEET AGAIN... By Fadzlina Rahman

SANDAKAN... WE MEET AGAIN... By Fadzlina Rahman

❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥


Its almost 1 year I haven't met Sandakan... huhu...

Kali ni, Kak Nova kena habiskan kerja-kerja yang masih belum selesai... Actually, its getting closer to the end of my task... Alhamdullillah....

Kali ni Kak Nova pergi untuk 3 hari sahaja. 



Bermakna, Kak Nova akan tinggalkan all the Syafeeqa ni 3 hari la..

Penerbangan tanpa henti dari KLIA ke Sandakan dengan MAS mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit...

Kak Nova ke Sandakan dengan MH2710 di gate A11. 






View from top is always BEAUTIFUL👇👇👇!... Subhanallah!



View from top is always BEAUTIFUL👇👇👇!... Subhanallah!



Nasi with Rendang Kari Ayam...👇👇👇



Reading is a MUST DO 👇👇👇...



OK. Cerita-cerita di atas tu cuma iklan aje... 

Actually, tugas Kak Nova adalah untuk memastikan 2 Tarbin Gas sampai semula ke Sandakan dengan selamat untuk dimula-tugaskan secepat yang mungkin.

2 Tarbin Gas itu diletakkan di dalam 2 casing di bawah 👇👇👇.

Arrangement perlu dilakukan dengan teliti supaya kedua-dua tarbin gas tersebut dapat dilakukan dengan 0 error... 



Ini adalah gambar yang Kak Nova ambil semasa proses pengalihan Tarbin Gas tersebut dari atas barge.

Tarbin Gas #1 👇👇👇



Tarbin Gas #2 👇👇👇



Oleh kerana saiz kargo yang terlalu besar... arrangement yang dilakukan adalah dengan menggunakan air dan udara.

Air : dari Sabah ke Semenanjung Malaysia
Udara : dari Semenanjung Malaysia ke repairer country

Alhamdullillah... arrangement dapat dilakukan dengan jayanya dengan izin Allah... dan dengan kerjasama semua pihak...

Korang... actually, I'm engineering people... when management giving me the responsibility to setting up logistics unit in my company, I have no choice except to accept the offer and the challenge as well.

So, what to do kan? & Frankly speaking... logistics/freighting arrangement is such an interesting work.

I likeeeeeeeee...

Moralnya... whatever you do... Do with wholeheartedly. InsyaAllah dipermudahkan...

Kata arwah ayah Kak Nova... jadilah benih yang baik... dicampak ke laut menjadi PULAU... dicampak ke darat, menjadi GUNUNG...


hehe...BTW, esok... Kak Nova cerita lagi tentang ini..

Terima kasih baca tulisan Kak Nova yer... 💋💋💋







Wednesday, October 11, 2017

AKAN TIBA MASANYA NANTI....

AKAN TIBA MASANYA NANTI....
------------------

Kak Nova memang betul-betul tersentuh bila baca nukilan ni... tu nukilan Kak Nova dapat dari group whatsapp Kak Nova... 

bila Kak Nova baca bait-bait kata-katanya, Kak Nova mula teringat keletah anak-anak Kak Nova...

Masa kecik2.. memang dia memanjat-manjat badan kita... bila dah besar... lain pulak keletah dia... sedih plak kejap... sebab rindu keletah budak2 masa diorang kecik2... huhu... 😭😭😭

Meh Kak Nova share bait-bait kata-kata penulis tersebut....


Nanti tiba saatnya....

Anak kita dah tak lagi memanjat kita...
Anak kita dah tak lagi minta kita buatkan susu...
Anak kita dah tak lagi minta kita suapkan makanan...
Anak kita dah tak lagi berlari-lari keriangan bila nampak kita balik dari kerja...

Anak kita dah tak lagi percaya magic yang kita buat
Anak kita dah tak lagi nak dipeluk masa tidur
Anak kita dah tak minta kita dukung lagi...
Anak kita dah tak lagi minta kita bacakan buku cerita...
Anak kita dah tak lagi minta kita nyanyikan lagu kegemarannya...

Anak kita dah tak lagi minta kita mandikan mereka...
Anak kita dah tak lagi tarik-tarik tangan kita...
Anak kita dah tak lagi tarik-tarik tudung kita...
Anak kita dah tak lagi ikut 'punggung' kita ke mana sahaja kita pergi ...

Anak kita dah tak lagi tanya kita soalan yang sama bertalu-talu...
Anak kita dah tak lagi kacau kita solat, panjat badan, masuk dalam telekung, duduk atas kepala masa sujud....
Anak kita dah tak lagi cucuk mata kita bila dia dah bangun dulu dari kita...
.
.
.
Hargailah mereka, setiap detik yang ada..

Haaaa... macam mana? sedih tak korang? Kak Nova sedih tau... huhu
.
.
Korang share la kalau korang nakkkk....
.
.
.





Tuesday, October 10, 2017

SYAFEEQA JEWEL... SKIN CARE SET BY FADZLINA RAHMAN

SYAFEEQA JEWEL... SKIN CARE SET BY FADZLINA RAHMAN

💕💕💕💕💕💕💕💕

Bukankah mencari yang halal itu wajib?

Set Skincare #syafeeqajewel adalah set penjagaan kulit yang halal dan patuh syariah.

Diperbuat dari sumber-sumber alami yang membantu anda menjaga wajah anda menjadi seperti yang anda ingini... 



SET PENJAGAAN WAJAH INI TERDIRI DARIPADA:

💋 Pencuci Muka (Facial Cleanser)
KKM NOT 150102167K
💋 Penyegar Wajah (Facial Toner)
KKM NOT 150102165K
💋 Serum (Beauty Serum)
KKM NOT 150102166K
💋 BB Cream (Beauty Blemish Cream) 
KKM NOT 150102167K


KEBAIKAN SET PENJAGAAN WAJAH #SYAFEEQAJEWEL:

❤ menghilangkan jeragat dalam masa 14 hari
❤ mengembalikan keremajaan kulit
❤ mencerahkan wajah secara semulajadi
❤ melembut, menghalus dan melicinkan kulit muka
❤ mengecilkan pori-pori
❤ menghilangkan bekas jerawat dan sel kulit muka yang telah mati


PM Kak Nova untuk tempahan set ini yer... 0137461811.

See you... 💋💋💋






Sunday, October 1, 2017

DITINGGALKAN 45D....By Fadzlina Rahman

DITINGGALKAN 45D ....By Fadzlina Rahman

🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆

Aiseh.... Bila Cik Abang kena pegi Australia selama 45 hari, Kak Nova dah mula risau... camna la nak handle semua aktiviti sorang2... hehehe... 
.
Ekceli Cik Abang pegi untuk habiskan program master dia.
.
Flight dari Malaysia 5/8/2017... 
Flight sampai semula ke Malaysia 17/9/2017
.
Bermula la drama budak-budak ni.... grrrr....

Kak Nova ngan anak-anak kat KLIA

 Ayah pun sedih tewww sebenarnya nak tinggalkan anak2... hehe... Ayah belanja adik makan nasik lemak dulu... nanti, lagi 45 hari ayah balik... ayah belanja adik makan best-best lagi....


Aqeela makan nasi lemak. Ayah belanja

Ambil gambar sekeluarga sebelum ayah pergi

Possing lagi

Possing banyak-banyak

Sayonara ayah...

See you ayah... belajar rajin-rajin yer

Bila Cik Abang dah hilang di mata, Kak Nova pun ajak la anak-anak balik rumah.... huhu... drama air mata bukan main hebat lagi memandangkan Cik Abang dan anak-anak tak pernah berpisah lama-lama macam nih...


Tengok la surat Aqeela untuk ayah dia... 👇👇👇... 





Hehe... gelihati ada... sedih pun ada....

Tapi, serius bila dah berjauhan tu baru la rasa rindu dan perlunya dia ada dekat2 kita... Kak Nova insaf sekejap... 

Time dia takde nih, time tu la... Mesin basuh rosak la... lampu terbakar la.... budak2 periksa la... so, memang kena extra work hard +++....

pergh... berpeluh Kak Nova... rushing pergi/balik kerja untuk ambil/hantar budak2 pergi sekolah

Hehehe...

So, Kak Nova memang respek sangat kat para ibu tunggal walau di mana anda berada... anda memang HEBATTTTT terrrr!!!!


OK... nanti Kak Nova share lagi yer... gtg....
see you... 💋💋💋💋





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...